Mitchell Langerak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mitchell Langerak
Maklumat peribadi
Nama penuh Mitchell James Langerak[1]
Tarikh lahir (1988-08-22) 22 Ogos 1988 (umur 35)
Tempat lahir Emerald, Queensland, Australia
Ketinggian 192 cm (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor 1
Kerjaya remaja
1996–2002 Tieri Tigers
2003–2005 Bundaberg Waves
2006–2007 AIS
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2010 Melbourne Victory 21 (0)
2007South Melbourne (pinjaman) 14 (0)
2010–2012 Borussia Dortmund II 10 (0)
2010–2015 Borussia Dortmund 19 (0)
2015– VfB Stuttgart
Pasukan kebangsaan
2006 Australia B20 5 (0)
2013– Australia 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 April 2015

Mitchell James Langerak (lahir 22 Ogos 1988) merupakan pemain bola sepak Australia yang kini bermain untuk kelab Borussia Dortmund di posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Melbourne Victory[sunting | sunting sumber]

Langerak menandatangani kontrak profesional pertamanya pada Februari 2007 bersama kelab A-League, Melbourne Victory FC. Beliau kemudian dipinjam ke South Melbourne untuk baki perlawanan Liga Perdana Victoria 2007 untuk memperoleh pengalaman dan mengisi masa.

Setelah pinjamannya tamat, Langerak meneruskan tugasnya menjadi penjaga gol ketiga sebelum Eugene Galekovic berpindah ke Adelaide United. Beliau membuat debut untuk Melbourne pada hari perlawanan ke-21 musim 2007-08 menentang Sydney FC yang berkesudahan seri 2-2.

Setelah Galekovic berpindah ke Adelaide United, Langerak menjadi penjaga gol kedua pasukan. Selepas penjaga gol pertama, Michael Theoklitos berpindah ke luar negara, Melbourne menandatangani pemain antarabangsa New Zealand, Glen Moss dari making Wellington Phoenix. Moss bermain pada musim 2009-10 sebagai penjaga gol pertama dan Langerak menjadi penjaga gol pertama semula pada baki perlawanan sebelum akhir musim.

Pada 13 April 2010, Melbourne melaporkan bahawa mereka telah menolak bidaan Langerak oleh Borussia Dortmund. Pada 4 Mei 2010, bidaan kedua Langerak oleh Dortmund kali ini tetap ditolak oleh Melbourne Victory.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2010, Melbourne Victory menerima tawaran ketiga Dortmund untuk Langerak. Beliau kemudian menandatangani kontrak empat tahun. Selepas sertai Dortmund, Langerak menjadi penjaga gol kedua pada musim 2010-11.

Selepas Roman Weidenfeller mengalami kecederaan, Langerak memulakan perlawanan pertamanya untuk Dortmund menentang FC Bayern Munich denga perlawanan berkesudahan pasukannya menang 3-1. Pada 12 Mei 2012, dua tahun bersama Dortmund, Langerak bermain pada perlawanan akhir DFB-Pokal menentang Bayern Munich. Beliau menggantikan Roman Weidenfeller yang mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan Mario Gómez pada awal perlawanan. Dortmund menang 5-2 dan menjulang trofi dan trofi ini merupakan gelaran ketiga Langerak untuk Dortmund.

Langerak bermain pada perlawanan pembukaan musim 2013-14 menentang FC Augsburg, di mana beliau menjaga gawang gol daripada tidak dibolosi dengan berkesudahan 4-0. Pada tujuh perlawanan Langerak bermain untuk Dortmund, semua keputusan perlawanan adalah menang.

Pada 18 September 2013, Langerak membuat debut Liga Juara-Juara menentang Napoli selepas Weidenfeller dibuang padang. Beliau kemudian gagal untuk menghalang jaringan pemain lawan, Lorenzo Insigne untuk menjaringkan gol.

Pada 23 Ogos 2014, gawang gol Dortmund yang dijaga oleh Langerak telah dibolos dalam masa 9 saat, salah satu jaringan gol tercepat dalam sejarah Bundesliga pada perlawanan pembukaan musim 2014-15 menentang Bayer 04 Leverkusen. Perlawanan berkesudahan Dortmund tewas 0-2.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Langerak membuat debut untuk pasukan kebangsaan Australia pada perlawanan persahabatan menentang Perancis pada 12 Oktober 2013, perlawanan berkesudahan skuad Socceroos dibelasah 6-0. Perlawanan kedua Langerak untuk Australia ketika menentang Kanada, perlawanan berkesudahan Australia menang 3-0.

Langerak termasuk dalam senarai 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau juga termasuk dalam senarai akhir pemain Australia yang bertanding di Piala Asia AFC 2015 yang berlangsung di tanah air sendiri, Australia. Skuad Australia memenangi kejohanan itu dengan membenam Korea Selatan, 2-1 di perlawanan akhir. Namun, beliau tidak membuat sebarang penampilan di kejohanan itu.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 Oktober 2014
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Australia 2013 2 0
2014 3 0
Jumlah 5 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Melbourne Victory
Borussia Dortmund

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Australia

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Harry Kewell PFA: 2009–10

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 3. Dicapai pada 11 June 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]