Lorenzo Insigne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lorenzo Insigne
Barça - Napoli - 20140806 - 13 (cropped).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhLorenzo Insigne
Tarikh lahir (1991-06-04) 4 Jun 1991 (umur 27)
Tempat lahirNaples, Itali
Ketinggian1.63 m (5 ka 4+316 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor24
Kerjaya remaja
2006–2010Napoli
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2010Napoli1(0)
2010Cavese (dipinjam)10(0)
2010–2011Foggia33(19)
2011–Napoli167(40)
2011–2012Pescara (dipinjam)37(18)
Pasukan kebangsaan
2010–2011Itali B205(1)
2011–2013Itali B2115(7)
2012–Itali14(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 28 Mei 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 24 Mac 2017

Lorenzo Insigne (lahir 4 Jun 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang kini bermain untuk kelab Napoli dan pasukan kebangsaan Itali di posisi sayap kiri atau kanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Foggia dan Pescara[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli akademi remaja Napoli dan dijual ke kelab Foggia. Di sana, beliau menjaringkan 19 gol.

Pada 8 Julai 2011, beliau akhirnya bersetuju untuk dipinjam ke kelab Serie B, Pescara. Insigne menjaringkan 18 gol di liga itu dan menjadi penjaring kedua terbanyak liga di belakang Ciro Immobile dan beliau juga membuat 14 hantaran. Selepas kejayaan di Serie B, Pescara naik ke Serie A. Di anugerah Oscar del Calcio 2012, beliau menjadi Pemain Terbaik Serie B.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Aksi Insigne telah menarik Napoli untuk membawa beliau pulang untuk musim 2012-13. Insigne membuat debut untuk Napoli asalnya pada 24 Januari 2010 ketika menang 2-0 ke atas Livorno den beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada 16 September 2012, 3-1 ke atas Parma. Ketika masa itu, beliau telah membuat 34 kemunculan dan menjairngkan lima gol serta tujuh hantaran. Selepas banyak ketibaan pemain seperti Edinson Cavani, Goran Pandev, Eduardo Vargas dan Omar El Kaddouri, beliau mula hanya duduk di bangku simpanan.

Pada musim berikutnya, Insigne membuat debut Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada 18 September 2013. Insigne menjaringkan gol pada perlawanan debutnya dengan sepakan percuma dan membantu pasukannya untuk mengutip tiga mata penuh selepas menang 2-1. Pada perlawanan terakhir Coppa Italia pada 3 Mei 2014, beliau menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan menang 3-1 ke atas Fiorentina.

Ketika musim 2014-15, Insigne mengalami kecederaan pada lutut kanannya pada 9November 2014 pada perlawanan menentang Fiorentina.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Insigne dipanggil buat pertama kali oleh pasuakn kebangsaan Itali pada September 2012 pada usia 21 tahun oleh pengurus Cesare Prandelli untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014] menentang Bulgaria dan Malta. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa bersama Itali pada 11 September 2012 menentang Malta dan beliau menjadi pemain gantian menggantikan Alessandro Diamanti.

Pada 14 Ogos 2013, Insigne menjaringka gol pertamanya untuki pasukan Itali pada perlawanan persahabatan menentang Argentina namun pasukannya tewas 2-1 di Rom.

Pada 1 Jun 2014, beliau termasuk dalam skuad terakhir 23 pemain oleh Prandelli ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Pada 20 Jun, beliau membuat penampilan pertama Piala Dunia pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Costa Rica menggantikan Antonio Candreva pada separuh masa kedua dan perlawanan itu satu-satu perlawanan Insigne di Piala Dunia dan pasukanyya tersingkir di peringkat kumpulan.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 14 Ogos 2013 Rom, Itali  Argentina 1–2 1–2 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Pescara
Napoli

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]