Roman Weidenfeller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Roman Weidenfeller
Roman Weidenfeller 2011.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Roman Weidenfeller[1]
Tarikh lahir (1980-08-06) 6 Ogos 1980 (umur 40)
Tempat lahir Diez, Jerman Barat
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 1
Kerjaya remaja
1985–1996 Sportfreunde Eisbachtal
1996–1998 1. FC Kaiserslautern
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–2002 1. FC Kaiserslautern II 74 (0)
1999–2002 1. FC Kaiserslautern 6 (0)
2002–2005 Borussia Dortmund II 13 (0)
2002– Borussia Dortmund 340 (0)
Pasukan kebangsaan
1997 Jerman B17 6 (0)
1999–2001 Jerman B21 3 (0)
2005 Jerman B 1 (0)
2013–2015 Jerman 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun 2015 (UTC)

Roman Weidenfeller (lahir 6 Ogos 1980) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Borussia Dortmund dan Jerman di posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Pada usia remaja, beliau bermain untuk Sportfreunde Eisbachtal. Weidenfeller kemudian membuat debut profesional pada tahun 1997 selepas aksi beliau di Kejohanan Duniam B-17 FIFA 1997.

Kaiserslautern[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, Weidenfeller berpindah ke kelab remaja 1. FC Kaiserslautern, di mana beliau membuat 40 penampilan dalam dua musim. Beliau kemudian menyertai pasukan senior tetapi hanya membuat enam perlawanan liga pada dua musim.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Weidenfeller berpindah ke Borussia Dortmund pada tahun 2002 dengan bayaran percuma sebagai kemungkinan untuk menggantikan Jens Lehmann yang telah berpindah ke Arsenal pada 2003. Weidenfeller dilaporkan tidak beberapa gembira semasa bermain untuk Kaiserslautern kerana beliau menjadi penjaga gol kedua di belakang Georg Koch. Beliau membuat debut untuk Dortmund pada 17 Disember 2003 menentang bekas kelab, Kaiserslautern dengan kekalahan 0-1.

Pada 2005, Weidenfeller menjalankan pembedahan berikutan bahagian meniskus pada lutut kirinya terkoyak semasa menjalani latihan.

Pada awal musim 2007-08, Weidenfeller digantung tiga perlawanan dan disaman 10 ribu dolar euro kerana melakukan perkauman ke atas penyerang Schalke 04, Gerald Asamoah. Asamoah pada asalnya melaporkan hal itu selepas perlawanan pada 18 Ogos 2007 di antara dua kelab itu dan insiden tersebut berlaku pada minit ke-51. Weidenfeller dilaporkna meminta maaf kepada Asamoah berikutan berita baru namun ia berita tidak benar tentang kenyataan meminta maaf tersebut.

Weidenfeller menjuarai trofi Bundesliga bersama Dortmund pada musim 2011 dan menjuarai trofi Bundesliga dan DFB-Pokal pada musim berikutnya.

Pada 6 Mei 2013, Widenfeller melanjutkan kontraknya bersama Dortmund sehingga 2016. Pada 27 Julai 2013, beliau membawa pasukannya untuk menjuarai DFL-Supercup 2013 selepas menang 4-2 menentang Bayern Munich.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Weidenfeller memegang trofi Piala Dunia 2014 di Brazil

Pada November 2013, Weidenfeller dipanggil buat pertama kali oleh pasukan kebangsaan Jerman untuk perlawanan persahabatan menentang Itali dan England. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa ketika menentang England di Stadium Wembley pada 19 November 2013 membuatkan beliau pemain tertua Jerman membuat debut. Beliau kemudian tampil pada perlawanan menentang Cameroon, seri 2-2. Perlawanan ketikanya pada perlawanan persahabatan menentang Azerbaijan, 6-1.

Beliau menjadi penjaga gol simpanan di belakang Manuel Neuer untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Pasukan Jerman menjuarai trofi Piala Dunia buat kali keempat dan namun Weidenfeller tidak bermain sebarang perlawanan.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 6 Jun 2014
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2013 1 0
2014 2 0
Jumlah 3 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ "Scheda". bvb.de. Dicapai pada 7 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]