Mohd Fakhrudin Abdul Mukti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Dato' Dr.

Mohd Fakhrudin Abdul Mukti

DSDK, SDK (Kedah)
Timbalan Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Memegang jawatan
15 Disember 2020
Yang DipertuaNasrudin Hassan
Didahului olehZokharnain Abidin
Presiden Rabitah Antarabangsa
Alumni Al-Azhar Malaysia
Memegang jawatan
2013
Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Dalam jawatan
16 Februari 2016 – November 2018
Didahului olehMohd Yusof Kasim
Digantikan olehShamsul Jamili Yeob
Butiran peribadi
Lahir (1957-03-09) 9 Mac 1957 (umur 67)
Pendang, Kedah
KerakyatanMalaysia
Alma materUniversiti Malaya
ProfesionAhli akademik, Ulama, Pegawai

Professor Dato' Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti merupakan ilmuwan dari Malaysia kelahiran Pendang, Kedah. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia. Beliau juga merupakan Rektor UNISHAMS ke-4[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dilahirkan pada 9 Mac 1957 di Pendang, Kedah. Beliau belajar di Maktab Mahmud. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Usuludin: Aqidah dan Falsafah) dari Universiti Al Azhar, Kaherah; Sarjana Sastera (Falsafah Islam) dari Universiti Ain Shams, Kaherah dan Sarjana Sastera (Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau seterusnya memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) pada 2001 dari Universiti Birmingham, United Kingdom dalam Pengajian Islam dengan tesis bertajuk Pembangunan Kalam dalam Dunia Melayu: Idea dan Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Universiti Malaya sebagai tutor dan kemudian menjadi pensyarah pada 1981 serta menjawat pelbagai jawatan daripada Timbalan Dekan hingga menjadi Professor Madya (2002-2016). Beliau kemudian menjadi Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir (2005-2007) hingga kemudian di lantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir pada 2010 hingga 2013.

Beliau kemudiannya menjadi Rektor Kolej Universiti Insaniah bermula 2016 hingga 2018. Dalam pentadbirannya, beliau telah berjaya menaik taraf Kolej Universiti Insaniah menjadi universiti penuh dengan nama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS).

Beliau juga telah dilantik ke dalam pelbagai jawatankuasa dan pertubuhan serantau telah menghasilkan lebih dari 10 kertas ilmiah dan telah menhasilkan lebih dari 10 buah buku terjemahan antaranya Kepincangan Ummah, Bidaah Menurut Ulama Salaf dan Konsep Tabi’i Manusia Menurut Islam.

Beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia, dan berperanan meredakan suhu perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia.

Sekarang, beliau menjadi salah seorang pensyarah dalam bidang Aqidah dan Pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Negara Brunei Darussalam.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Mohd Fakhrudin dianugerahi SDK pada 2010 dan DSDK pada 2011 oleh Sultan Kedah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rektor Baharu UniSHAMS Mulakan Tugas Hari IniI". 3 Februari 2019. Dicapai pada 17 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)