Nasrudin Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Ustaz Haji
Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Penerangan PAS
Dalam jawatan
2015 – 2017
Didahului oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Dalam jawatan
2015 – 2020
Butiran peribadi
Parti politik PAS logo.svg PAS
Kediaman Pahang Temerloh, Pahang
Pekerjaan Ahli Politik, Pendakwah

Yang Berhormat Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Ketua Penerangan PAS[2]. Isterinya Wan Hamidah Wan Daud.[3]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertanding kerusi parlimen P086 Maran pada 2008 namun tewas teruk kepada calon BN Ismail Abd Muttalib dengan 9,227 undi berbanding 15,868 undi (majoriti 6,641, atau 26%). Pada 2013, Nasrudin Hassan bertanding atas tiket PAS (bawah Pakatan Rakyat) menentang calon BN Dato Saifuddin Abdullah, tokoh politik progresif minoriti dalam UMNO, di Parlimen Temerloh (P088). Dengan majoriti tipis (1.9%), beliau memenangi pilihan raya itu lantas menjadikannya Ahli Parlimen Temerloh.[4] Pada PRU 2018, beliau bertanding di parlimen Indera Mahkota (P082) atas tiket PAS dengan meraih hanya 17,515 undi dan tewas kepada calon PKR (Pakatan Harapan) Dato Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi atau majoriti 11,063 (17.4%). [5]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Lim Guan Eng[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jan 2016, kes saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS dan juga ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim. Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim. [6][7]

Pada 1 Okt 2014, Lim menfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuatnaik kenyataan tersebut dalam laman facebooknya.

Sifat Zuhud Dipersoal[sunting | sunting sumber]

Nasrudin Hassan pernah mengejutkan banyak pihak ketika ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Bharu tahun 2012 apabila mengumumkan kedudukan hartanya dengan hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Namun, beliau dipersoalkan kezuhudannya apabila memiliki kereta mewah Vellfire yang bernilai ratusan ribu sebaik beliau menjadi ahli parlimen Temerloh. Pada Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, poster bertajuk ‎'Zuhud PAS?' memaparkan perbandingan kenderaan digunakan beberapa pemimpin PAS sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen atau memegang jawatan dalam politik‎. [8][9]

Pada April 2015, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]