Fakhrul Radhi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Fakhrul Radhi
Edisi Khas (Album UNIC).jpg
Gambaran hadapan album UNIC 2012
Kelahiran
Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin

(1986-04-06) 6 April 1986 (umur 35)
Warganegara Malaysia
Nama lainFakhrul UNIC
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
  • Diploma Tahfiz Quran dan Qiraat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah
Pusat pendidikanKolej Universiti Insaniah (KUIN)
PekerjaanPengarah Eksekutif, Penyanyi, Pendakwah, Pengacara, Qari, Tenaga Pengajar Al-Quran
Tahun aktif2009-kini
MajikanUNIC DotMy Pro Sdn. Bhd.
Terkenal kerana
  • UNIC
  • Juara pertandingan Akademi Al-Quran musim ketiga.
PasanganSyahirah Sohimi
AnakMuqri
Waffa

Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin yang lebih mesra dipanggil Fakhrul dilahirkan pada (1986-04-06) 6 April 1986 (umur 35) di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan ahli UNIC[1] yang baru pada tahun 2008 dan membuat penampilan pertama dalam album terakhir UNIC di bawah label Hijjaz Records iaitu album Langkah Tercipta pada tahun 2009. Selain menyanyi, beliau juga aktif berdakwah dan pernah menjadi pakar motivasi. Beliau kini aktif mengacara rancangan Bismillah Ad-Duha bersama PU Amin, Yana Samsudin dan Diana Amir selain mengajar Al-Quran sebagai sampingan. Beliau juga ialah juara pertandingan Akademi Al-Quran musim yang ketiga[2] dan terbaru beliau dan kumpulan UNIC telah merangkul juara bagi pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya bernama Syahirah dan dikurniakan dua orang anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]