Mohd Redzuan Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oney
Latar belakang
Nama lahirMohd Redzuan bin Abdul Aziz
Juga dikenali sebagai
Oney
Kelahiran (1972-11-04) 4 November 1972 (umur 51)
Pulau PinangPulau Pinang
Berasal dariMalaysiaMalaysia
GenreRock, Metal, Slow Rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1990 - sekarang
Syarikat rakaman
1991 - 1992: Warnada
1997 - 2001: BMG Music
Pengkarya berkait
Lipanbara, May, Jump-P

Mohd Redzuan bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Oney merupakan salah seorang penyanyi rock terkenal Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Pulau Pinang dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi.

Line-Up MAY[sunting | sunting sumber]

Mus Man Abu Yus Man Abu Yus Yantzen Man Mat Abu Yus (Mat,Onie) Man Abu Ag Yus

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Oney mula menceburi bidang muzik ketika berusia sekitar 18 tahun. Beliau pernah menjadi vokalis kumpulan Lipanbara pada awal dekad 90-an apabila vokalis asalnya, Ismail atau Yell menarik diri selepas merakamkan dua lagu dalam album Rock Galactica. Lipanbara sempat merakamkan dua album sebelum berpecah sekitar tahun 1993.

Sebagai vokalis May[sunting | sunting sumber]

Kemudian Oney menyertai kumpulan May dari tahun 1997 hingga 2002 iaitu selepas Yantzen meninggalkan kumpulan tersebut. Beliau sempat merakamkan dua buah album bersama kumpulan tersebut di mana lagu hitnya berjudul Jemu masih diminati sehingga sekarang.

Beliau turut mempelbagaikan kebolehannya dalam bidang seni suara apabila diberi peluang berduet dengan penyanyi wanita, Safura dalam lagu pop balada berjudul Jangan Menangis Sayang ciptaan komposer Eddie Hamid dan penulis lirik Man Toba.

Oney menamatkan tugasnya apabila vokalis asal May, Mus kembali kepada kumpulan tersebut pada tahun 2002. Selepas keluar daripada May, beliau menubuhkan sebuah kumpulan baru yang diberi nama Jump-P pada tahun 2003.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Bersama Lipanbara:[sunting | sunting sumber]

  1. Tanda Tanya (1991)
  2. Harimau (1992)
Oney (kanan) bersama Mus dan Yantzen pada sekitar tahun 2011

Bersama May:[sunting | sunting sumber]

  1. Penaklukan (1997)
  2. Keras (1997)
  3. 3 Generasi May (1998)
  4. Rock Klasik (2008)

Bersama Jump-P:[sunting | sunting sumber]

  1. Halusinasi (2006)
  2. Wujud (2013)

Lagu lain:[sunting | sunting sumber]

  1. Jangan Menangis Sayang (1998) - duet bersama Safura (album Nangis Punya!)

Rujukan[sunting | sunting sumber]