May (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MAY
Latar belakang
Juga dikenali sebagai M.A.Y
Berasal dari Ipoh, Negeri PerakPerak
Malaysia Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Penyanyi / Pemuzik
Instrumen Vokal / Band
Tahun aktif 1986 - sekarang
Label 1988 - 1990: Warnada
1991: Antares Muzik
1992 - 1994: Suria Records
1995 - 1998: BMG Music
2003 - 2008: Nova Music
Ahli
Mus - vokal
Man - drum
Abu - gitar
Yus - bass
Bekas ahli
Yantzen - vokal
Oney - vokal

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Kumpulan May telah menyertai pertandingan Battle Of The Band pada tahun 1987 dan mendapat tempat ketiga, malah Mus berjaya meraih hadiah Vokal Terbaik pada pertandingan itu. Kejayaan tersebut menarik perhatian syarikat rakaman Warnada Records untuk menawarkan kontrak rakaman kepada kumpulan ini. Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1988 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.

Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1989.

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah.

Tiga vokalis May, Yantzen (kiri), Mus dan Oney

Anggota asal[sunting | sunting sumber]

  1. Mus (Mustaffa Din, lahir 10 Mei 1968) - Vokal (1986 - 1991), (2002 - sekarang)
  2. Man (Mohamad Saarip bin Yaakob, lahir 1965) - Drum
  3. Abu (Mohd Nassier bin Yusof, lahir 12 Januari 1967) - Gitar
  4. Yus (Mohd Mohtar bin Mohd Madin, lahir 1965) - Bass

Bekas vokalis[sunting | sunting sumber]

  1. Yantzen (Yantzen Juniwan, lahir 2 Disember 1958) bekas vokalis Rusty Blade (1992 - 1996)
  2. Oney (Mohd Redzuan Aziz, lahir 4 November 1972) bekas vokalis Lipan Bara (1997 - 2002)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album Live[sunting | sunting sumber]

Live & Unplugged at Planet Hollywood (2005)[sunting | sunting sumber]

01 - Sendat & Ketat
02 - Jiwa Karat
03 - Pelayaran
04 - Penghuni Kota
05 - Grafiti
06 - Dari Kaca Mata
07 - Mai Pen Rai
08 - Sinar
09 - Gadis Bertudung Putih
10 - Sketsa Sebuah Cinta
11 - Ku Dalam Dilema
12 - Sendiri
13 - Cintamu Mekar Dihati
14 - Wira Cyborg
15 - Meniti Suratan (Yantzen)
16 - Siapa Kau
17 - Hakikat Perjuangan

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Lagu (AJL) - MAY pernah menyertai peringkat akhir AJL sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1989 menerusi lagu Sendiri dan 2003 dengan lagu Sinar.
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) - MAY memenangi kategori Album Hard Rock Terbaik selama tiga tahun berturut-turut iaitu AIM 2004 menerusi album Sinar, AIM 2005 menerusi album Otai Jamm! dan AIM 2006 menerusi album Live & Unplugged at Planet 05. Manakala album Ideologi tersenarai dalam Top 5 di AIM 1996.
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Empat, album Hakikat terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia. 
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Rahsia terjual melebihi 160,000 unit di Malaysia. 

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • May pernah membintangi sebuah filem iaitu Penyu pada tahun 1994. Pada waktu itu vokalis May ialah Yantzen dan mereka diberi watak sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.
  • Album Hakikat berjaya memasuki pasaran album di Indonesia pada tahun 1990.
  • Pelakon Norazah Aziz membintangi muzik video lagu Meniti Suratan dari album Ziet Geist (1992).
  • Mus merupakan satu-satunya vokalis yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu dengan dua kumpulan berlainan, iaitu pada tahun 1989 dan 2003 sebagai vokalis May, manakala pada tahun 1997 sebagai vokalis Wings.
  • Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Keras iaitu Bergegar Segunung Rindu ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Man, pemain drum May.
  • Gitaris May, Abu berasal dari keluarga berdarah seni dan merupakan anak saudara kepada ikon pop yeh yeh 60-an, Allahyarham M. Shariff.
  • Pemain bass May, Yus pernah dilanda gosip hangat pada tahun 2010 apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang merupakan penghidap penyakit Aids mendakwa beliau adalah bapa kandungnya. Walau bagaimanapun perkara tersebut telah diselesaikan secara baik dan dianggap sebagai salah faham.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]