Yantzen Juniwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yantzen
J Yantzen.jpg
Album solo pertama Yantzen
Latar belakang
Nama lahirYantzen bin Juniwan
Juga dikenali sebagai
Yantzen
Kelahiran (1958-12-02) 2 Disember 1958 (umur 60)
Singapura
Berasal dariSingapura Singapura
GenreRock , Heavy metal
PekerjaanPenyanyi / Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1985 - sekarang
Kegiatan berkaitan
Rusty Blade, May

Yantzen Juniwan (lahir pada 2 Disember, 1958) atau lebih dikenali sebagai Yantzen merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura.[1]

Kerjaya sebagai penyanyi[sunting | sunting sumber]

Yantzen dikatakan pernah pernah tinggal dikawasan Jurong. Beliau merupakan penyanyi utama kumpulan Rusty Blade akhir 1980-an. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah muncul dengan album Ikrar Perwira pada 1985, Rintangan Hidup Dunia (1986), Berat (1988) dan Awas (1989). Album terakhir mereka sebelum menyepi dari industri muzik tempatan adalah album Awas pada 1989. Yantzen dikatakan pernah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura).

Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas Rusty Blade tidak lagi aktif, Yantzen menghasilkan album solo pertamanya berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada tahun 1991. Lagu hit dari album ini berjudul Insan ciptaan Nathan dan lirik oleh Allahyarham Juwie menjadi siulan ramai, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi rock solo yang diminati hingga kini.

Pada tahun 1992 hingga tahun 1995 Yantzen menganggotai kumpulan May sebagai vokalis menggantikan tempat Mus yang menubuhkan kumpulan Strangers.[2]

Nama Yantzen menjadi popular semula pada 2005 apabila beliau menyertai album projek Semangat Zaman bersama lima vokalis rock ternama lain iaitu Rahim Maarof, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash. Hubungan Yantzen dengan kumpulan May juga terjalin semula pada 2005 apabila beliau diundang membuat persembahan bersama kumpulan itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.

Filem[sunting | sunting sumber]

Yantzen bersama kumpulan May pernah membintangi sebuah filem iaitu Penyu pada tahun 1994. Watak mereka adalah sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis, Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994.[3] Lynn melahirkan anak mereka Muhammad Aliff Ronan pada 1999. Yantzen dan Lynn akhirnya bercerai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Rusty Blade[sunting | sunting sumber]

  1. 786 Ikrar Perwira (1986)
  2. Rintangan Hidup Dunia (1987)
  3. Berat (1988)
  4. Awas (1989)

Album bersama May[sunting | sunting sumber]

  1. Ziet Geist (1992) - lagu hit Meniti Suratan
  2. Wira Cyborg (1994) - lagu hit Suci dan Tiada Lagi Berseri
  3. Ideologi (1995)
  4. Layar (1995)
  5. Rock Klasik (2008)

Album solo[sunting | sunting sumber]

  1. Lain Dulu Lain Sekarang (1991)
  2. Impian (1994)

Album lain[sunting | sunting sumber]

  1. Semangat Zaman (2005) - bersama Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash
  2. Rock Rohani (2009)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]