Muawiyah bin Yazid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muawiyah bin Yazid atau Muawiyah II (661-684) ialah khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah hanya selama empat puluh hari selepas kematian ayahnya Yazid I. Empayar yang diwarisinya berada dalam keadaan bergolak selepas Abdullah bin Zubayr melantik dirinya sebagai khalifah dan menguasai daerah Hijaz di samping daerah-daerah yang lain.

Muawiyah II dianggap sebagai seorang yang baik hati dan tidak menunjukkan minat dalam politik. Dia kemudiannya wafat tidak lama selepas itu. Ada pendapat mengatakan bahawa dia diracun. Saudaranya, Marwan I mewarisi takhta kerajaan.