Yazid bin Muawiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Yazid bin Muawiyah atau Yazid I (645-683) ialah khalifah kedua Kerajaan Bani Ummaiyyah selepas mengantikan ayahandanya Khalifah Muawiyah. Dia meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683 selepas hanya tiga tahun memerintah.

Menjadi Khalifah[sunting | sunting sumber]

Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan, ialah khallifah Islam yang ke-7 selepas bapanya Khalifah Muawiyahr.a. daripada kalangan kaum Arab Quraysh. Itu jika dikirakan tempoh khalifah Hasan bin Ali r.a sebagai khalifah, walaupun sekejap. Yazid dilahirkan pada tahun 26 Hijrah semasa bapanya, menjadi gabenor Sham di bawah pemerintahan Sayyidina Uthman.

Khalifah Muawiyahr.a. memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid selepas mendapat persetujuan dari bandar bandar taklukan kerajaan Islam serta berbincang dengan para sahabat Rasullulah saw seperti Ibnu Abbas,Inbu Umar dan Isteri Nabi Aisyah serta disokong oleh Muhammad bin Ali bin Abi Talib al-Hanafiyah r.a (anak Khalifah Ali r.a. yang paling alim). Jelas, inilah yang menjadikan Muawiyah memikirkan untuk melantik Yazid, ia sebenarnya idea para sahabat beliau juga agar umat Islam ketika itu tidak terus diporak-perandakan oleh Syiah. Sebagai seorang sahabat yang berpandangan jauh, Muawiyah telah nampak isu ini. Kes pembunuhan Umar, Uthman, dan Ali sendiri telah membuktikan segala-galanya. Langkah melantik Yazid adalah langkah yang paling tepat untuk menjaga survival kerajaan Islam ketika itu.

Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada Abdullah Ibn Zubayr r.a. dan Husayn bin Ali r.a. dan segelintir penduduk Madinah dikenali sebagai 'Fitnah Ibn Zubayr'. Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Khalifah Muawiyah wafat.

Legenda[sunting | sunting sumber]

Yazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Dia meneruskan kebanyakan daripada polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar Damsyik. Anaknya, Muawiyah II menggantikannya sebagai khalifah.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]