Melayu Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Melayu Kedah
ﻤﻼﻴﻮ ﻗﺪﺡ
Scha Alyahya.jpg
Janna Nick.jpg
Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg
Mahathir 2007.jpg
Jumlah populasi
(3.1 juta (Lembah Kedah - 2008) jumlah sebenar mungkin lebih daripada 5 juta)
Kawasan ramai penduduk
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Malaysia), selatan Thailand & selatan Myanmar
Bahasa
Bahasa Malaysia dalam loghat atau dialek seperti Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Baling dan Bahasa Malaysia piawai, Thai, Burma, Inggeris
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik yang berkaitan
Melayu Malaysia

Melayu-Kedah merupakan antara masyarakat subetnik Melayu yang terbesar. Rata-rata mereka tinggal di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, orang Melayu-Kedah juga turut membentuk komuniti di luar negara khususnya di wilayah-wilayah Selatan Thailand dan bahagian selatan wilayah Tanintharyi di selatan Myanmar.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Suku Melayu Kedah merupakan antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[perlu rujukan]. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[perlu rujukan].

Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada berdekatan Thailand mempunyai darah campuran Orang Thai.

Lembah Kedah[sunting | sunting sumber]

Majoriti daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Satun di Thailand serta 3 negara bahagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) dan juga bahagian negeri Perak Utara sehingga ke daerah Manjung dan Pulau Pangkor. . Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.

Nama etnik[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaysia. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Bahasa Utara atau logat utara.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisiran (Standard), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.

Bahasa Melayu Kedah Bahasa Melayu Standard
Hang Kamu
Cek Saya
Depa Mereka
Hangpa Kalian
Kalot Tergesa-gesa
Pi Pergi
Mai Datang, Mari
Awat, Pasepa Mengapa
La Sekarang
Sat Sebentar, Sekejap
Mengkala Bila, Apabila
Ketegaq Degil
Jom Ayuh, Mari
Kot Mungkin, Barangkali
GeRek Basikal

Adat dan budaya[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:

Tokoh-tokoh Melayu Kedah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • (Inggeris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
  • Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.