Dzulkefly Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr.

Dzulkefly Ahmad

DGSM (Melaka); MD; PhD
Menteri Kesihatan
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanDato Lukanisman Awang Sauni
Didahului olehDr. Zaliha Mustafa
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
TimbalanDr. Lee Boon Chye
Didahului olehSubramaniam Sathasivam
Digantikan olehAdham Baba
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P96 Kuala Selangor, Selangor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehdirinya sendiri
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Irmohizam Ibrahim
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 24 Jun 2013
Didahului oleh Mohd Daud Tarihep (BN)
Digantikan oleh Irmohizam Ibrahim (BN)
Majoriti860
Butiran peribadi
Lahir (1956-01-01) 1 Januari 1956 (umur 68)
Rembau, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik PAS (sehingga 2017)
PH-AMANAH
PasanganDatin Seri Azlin Hj Hezri
Anak-anak7 orang anak dan 4 orang cucu
KediamanShah Alam, Selangor
PendidikanPh.D (Toksikologi)
Alma materUniversiti London
PekerjaanBekas pensyarah
KabinetKabinet Malaysia 2023
Kabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai
Laman web rasmihttp://blog.drdzul.com

YB Datuk Seri [1] Dr. Haji Dzulkefly Ahmad (lahir 1 Januari 1956) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor. Di peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya AMANAH. Pada 12 Disember 2023, beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Kesihatan di bawah Pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal dan menengah rendah di Singapura dan kembali ke Malaysia  sebelum mendapat peluang melanjutkan pelajaran A-Level dengan biasiswa Kerajaan pada tahun 1974.

Pencapaian akademik tertingginya ialah Ijazah Falsafah Kedoktoran, Ph.D dalam bidang Toksikologi dari Imperial College, St. Mary’s Hospital Medical School, Universiti London UK pada tahun 1993.

Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama.[2][3]

Kerjaya

Dr. Dzulkefly Ahmad pernah menjadi pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang (1984-1989) dan HUSM, Kelantan (1993-1997). Beliau menjadi pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997). Dzulkefly adalah bekas anggota British Toxicology Society (BTS) dan bekas Asia Pacific Association of Medical Toxicology (APAMT).[4]

Beliau juga pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Jaiputra, Kelantan (1999-2003), IPTS pertama berakreditasi penuh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus bersepadu antara profesional dan agama. Beliau juga Konsultan di sebuah syarikat pengurus asset di Kuala Lumpur (1999-2001), bekas Pengarah (2003-2004) sebuah Syarikat Awam Tersenarai (PLC-Main Board). Penasihat Kanan sebuah syarikat hartanah milik rakyat Saudi di Kuala Lumpur (2005-2007).Pengarah Syarikat Pendidikan Antarabangsa, berpusat di Oman (2017- kini).

Pemikir Politik dan Penganalisis Politik

Dr. Dzulkefly pernah menjadi pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70-80an),Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) 1997-1998),Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009),AJK Kerja PAS Pusat (2004-2015), AJK Lujnah Politik PAS Pusat (2004-2015 ),AJK Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).

Beliau juga sempat menulis dan mengulas isu-isu semasa di media massa dan turut membentang kertas kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, Political Islam dll).Sejak penglibatan, beliau telah menghasilkan beberapa buku dalam bahasa lnggeris dan Bahasa Malaysia seperti 'Blindspot' (2003), Striving For Change (2007), Pergelutan Demi Perubahan (2016 ) dan Najibnomiks: Rahmat atau Malapetaka?(2017).

Beliau telah memimpin Pusat Penyelidikan PAS dan kemudian setelah keluar dari PAS, beliau menjadi ahli parti Amanah Negara, dan menyandang jawatan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara.  Sebagai sebahagian dari pasukan pemikir parti, beliau telah menghasilkan buku 'Negara Berkebajikan' semasa bersama Parti Islam Se Malaysia (PAS). Beliau turut sama menghasilkan 'Belanjawaan Alternatif' setiap tahun dan Buku Jingga ketika dalam Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

Ahli Kumpulan Pemikir dalam Pakatan Harapan yang menghasilkan Belanjawaan Alternatif (2017 dan 2018) dan penerbitan Manifesto Pakatan Harapan yakni "Buku Harapan". Disamping itu beliau juga aktif menulis sebagai Kolumnis dalam majalah The Edge dan media portal seperti Malaysiakini, The Malaysianinsight, TMI, Free Malaysia Today.

Di peringkat antarabangsa dan nasional, beliau sering diundang untuk berkongsi pemikiran dan pengalamannya dalam 'Political Islam', agenda pembangunan sosio-ekonomi dan isu-isu antara agama dan antara tamadun.

Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Jahaya Ibrahim dengan majoriti sebanyak 860 undi. Beliau memperolehi 18,796 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,936 undi.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dr Dzulkefly kalah kepada Irmohizan bin Ibrahim dengan majoriti 460 undian Beliau memperolehi 27,040 undian berbanding dengan 27,500 undian untuk lawannya.

Terkini Beliau kembali bersama Parti Gabungan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula kawasan Parlimen Kuala Selangor (P096) dengan majoriti 8,498 undi dalam pilihanraya 3 penjuru iaitu Irmohizan bin Ibrahim (BN - 21344) undian manakala Fakaruddin Ismail (PAS - 8,532).

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[5][6][7][8][9][10][11]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P131 Rembau, Negeri Sembilan Dzulkefly Ahmad (PAS) 10,008 25.88% Firdaus Muhammad Rom Harun (UMNO) 28,664 74.12% 39,866 18,656 74.46%
2008 P96 Kuala Selangor, Selangor Dzulkefly Ahmad (PAS) 18,796 51.17% Jahaya Ibrahim (UMNO) 17,934 48.83% 37,671 862 79.81%
2013 Dzulkefly Ahmad (PAS) 27,040 49.58% Irmohizam Ibrahim (UMNO) 27,500 50.42% 55,592 460 89.24%
2018 Dzulkefly Ahmad (AMANAH) 29,842 43.00% Irmohizam Ibrahim (UMNO) 21,344 30.80% 60,843 8,498 87.70%
Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) 8,535 12.30%

Anugerah

  •  Melaka
    • 2018- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM); membawa gelaran Datuk Seri

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ 5 menteri bergelar Datuk Seri
  2. ^ "Bernama Radio on Instagram: "Infografik: Profil Menteri Kesihatan #BernamaRadio #semuanyatentanganda #pakatanharapan"". Instagram.
  3. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2010. Dicapai pada 11 January 2010. Turnout figures for Kuala Selangor unavailable.
  4. ^ Mustafa Kamal, Shazwan (1 Januari 2010). "Khir Toyo says in mourning over Allah ruling". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2010. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013. Results only available from the pilihan raya umum 2004 (PRU11).
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.Results only available for the pilihan raya umum 2013.
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  10. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". SPR. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  11. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.