Muhammad Kebungsuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muhammad Kebungsuan
Sultan Maguindanao
Pemerintahan 1520–1543
Nama penuh Sharif Muhammad Kebungsuan
Tempat keputeraan Johor
Mangkat 1543
Tempat mangkat Maguindanao
Pendahulu tiada
Pengganti Sharif Maka-alang Saripada
Isteri Puteri Macaapun Rajah Simbaan dari Malabang
Angintabo (puteri Maranao)
Masawang (kemenakan Angintabo)
Anakanda Maka-alang Saripada
Dayang Daragat
Layagun
Aloyodan
sembilan anak lainnya
Kerabat diraja Maguindanao
Ayahanda Sharif Ali Zainal Abidin
Bonda Puteri Sultan Malaka-Johor
Agama Islam

Sharif Muhammad Kebungsuan (ejaan Filipina: Shariff Mohammed Kabungsuwan) adalah seorang Arab-Melayu yang menyebarkan Islam di selatan Filipina dan mengasaskan Kesultanan Maguindanao pada tahun 1515.[1][2][3]

Menurut tradisi Maguindanao, Muhammad Kebungsuan adalah anak kepada Sharif Zainal Abidin, seorang keturunan Arab yang menetap di Johor, dengan seorang anak perempuan Sultan Johor.[4] Mereka mempunyai tiga orang anak: Ahmad yang berdakwah ke Brunei, Alawi yang berdakwah ke Sulu, dan yang paling muda adalah Muhammad Kebungsuan.[4]

Muhammad Kebungsuan meninggalkan Johor dan tiba di Malabang, Cotabato, pada tahun 1475.[5] Beliau datang bersama-sama dengan suku Bajau-Samah yang sudah Islam, dan dengan bantuan mereka berjaya mengatasi rintangan penduduk asli tempatan.[5] Selain suku nomad Bajau-Samah, usaha beliau juga dibantu oleh Tabunaway, seorang datu tempatan.[4] Setelah berjaya mengawal Lembah Cotabato, Muhammad Kebungsuan menetap di sana manakala suku Bajau-Samah meneruskan perjalanan ke Teluk Sarangani dan Teluk Davao.[4]

Muhammad Kebungsuan kemudiannya berkahwin dengan anak-anak perempuan dari para ketua puak-puak tempatan.[6] Ramai orang-orang asli di sekitar Lembah Cotabato kemudian masuk Islam, antaranya ialah suku-suku Magindanao, Slangan, Matampay, Lusud, Katittwan, Simway, dan lain-lain.[4] Sebahagian daripada orang asli yang enggan menyertai pergi ke gunung, yang merupakan nenek moyang suku kaum asli Bilaan, Monobo, Subanun, Tiruray, Tagabilis, dan lain-lain pada masa ini.[6][7]

Pada sekitar tahun 1515, Muhammad Kebungsuan mengasaskan Kesultanan Maguindanao.[6] Keturunan beliau dan wanita tempatan meneruskan usaha beliau untuk menyebarkan agama Islam, sehingga kaum Iranun (di pantai Malabang) dan kaum Maranao (Tasik Lanao) secara keseluruhannya juga telah memeluk agama Islam pada masa kedatangan penjajah Sepanyol di kawasan itu.[7]

Bekas wilayah Shariff Kabunsuan di Filipina dinamakan sempena nama beliau.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad, Abu Talib (2014). Museums, History and Culture in Malaysia. NUS Press. m/s. 94. ISBN 9971698196, 9789971698195. 
  2. ^ Donoso, Isaac (2013). Historia cultural de la lengua española en Filipinas: ayer y hoy. Verbum Editorial. m/s. 200. ISBN 8479628138, 9788479628130. 
  3. ^ Susetyo, Heru (2009). The journal of a Muslim traveler: Sebuah jurnal perjalanan melintasi Asia, Amerika, Eropa, & Australia. PT Mizan Publika. m/s. 7. ISBN 6028436143, 9786028436144. 
  4. ^ a b c d e Gonda 1975, m/s. 93.
  5. ^ a b Halili 2004, m/s. 52.
  6. ^ a b c Halili 2004, m/s. 53.
  7. ^ a b Gonda 1975, m/s. 94.
  8. ^ Miller, Michelle Ann (2012). Autonomy and Armed Separatism in South and Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 294. ISBN 9814379972, 9789814379977. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]