Muzik bambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Muzik bambu banyak terkenal di negara-negara seperti Taiwan, Filipina, Indonesia dan Malaysia (Sabah).


Pengenalan alat muzik[sunting | sunting sumber]

SOMPOTON

Sandakan Sabah Sompoton-01.jpg

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Sompoton juga dikenali sebagai 'SUMPOTON' tetapi nama sompoton lebih digunakan oleh masyarakat di sabah.

Selain itu, Sompoton mempunyai pelbagai jenis dan berbeza mengikut batang bambu(Lopong) ,contohnya

Sompoton 8 lopong(batang bambu) dimainkan untuk Redeem dan bass Sahaja dan sompoton 10 lopong(batang bambu) boleh memainkan melodi,kod,redeem dan bass. Ada juga sompoton 12,14,16 lopong dan boleh dimainkan semua lagu.

BABADON / KULINTANGAN BAMBU

Babadon diperbuat daripada buluh yang mempunyai saiz yang berbeza. Babadon dibuatkan seperti kulintangan. Tetapi bentuknya bagai Piano bambu. Bentuk Babadon/Binabad juga seperti Marimba yang terkenal di negara indonesia.

Fungsi Babadon boleh dibuatkan persembahan dan pertandingan the festival music bamboo. Selalunya babadon dapat mengantikan kulintangan untuk memainkan 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'.

Suling.jpg SULING


Suling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Fungsi Suling dimainkan untuk keseronokan individu. Notamanis instrumen ini biasanya didengar pada waktu malam selepas penduduk kampung telah pulang dari medan - hari ini lebih kerap mendengar karaoke ... Ia dimainkan olehsemua kumpulan etnik Sabah.


KAJON

Kajon diperbuat daripada kayu. Gelaran lain ialah (Kajon),kahon dan gendang.

Fungsi Kajon menyempurnakan persembahan atau pertandingan dalam sesuatu band bambu itu. Iya dimainkan seperti gendang dan kompang.

TONTOG/GENDANG

Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.


TONGGUNGGAK


Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.


Fungsi idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.


BANGAU

Dikenali sebagai bungkau. Bangau distilahkan untuk pemain pemain sekolah di sabah. Imej menunjukkan perasmian sesuatu aktiviti oleh Jahid Jahim

Fungsi Bungau mempunyai 7 atau lebih bambu yang berbeza saiz kepanjangan, pecahan bambu yang ada melintang di bangau dan selipar dijadikan pemukul lubang .


TONGKUNGON


Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar. Ia dibuat dari tiub buluh dengan jalur nipis dipotongpermukaannya untuk membentuk rentetan, yang boleh ditala dengan serpihan-serpihan kecil kayu / rotan pada akhir setiap tongkungon yang besar. Nama dan nombor tali inisesuai dengan gong utama.

Fungsi Tongkungon kebiasaannya dimainkan secara Solo dan hanya untuk hiburan persendirian. Walaupun begitu muzik yang dihasilkan oleh tongkungon juga boleh menemani tarian tanpa diiringi muzik berkumpulan Gong.


TULARI

Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling.


Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’.


ANGKLUNG

Alat ini ramai dikenali di indonesia, tetapi pemain muzik di sabah juga mengunakan alat ini kerana alat ini mencantikan lagi kesedapan lagu yang dimainkan tersebut.

Fungsi Angklung di perbuat dari bambu, mempunyai beberapa saiz untuk digetarkan.


SUNDATANG/GAGAYAN


Pengenalan:

Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah. Diperbuat dari:

Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Fungsi: Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian seseorang dari keluarga Seseorang dari keluarga terdekat.

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

Sompoton mempunyai 7 kod.[1] Tiupan terhadap Sompoton boleh menghebus dan menarik nafas berulang-ulang kali.

Bangau juga mempunyai 7 kod. Kod-kodnya telah dilebelkan mengikut saiz kepanjangannya.

Suling dan teruli menggunakan nafas. Alat ini sesuai dimainkan Melody lagu. Alat muzik ini mengantikan suara penyanyi.


Kumpulan Muzik Bambu di Sabah[sunting | sunting sumber]

  1. Kinabalu Merdu Sound https://www.youtube.com/watch?v=aDtU7QAbJGY
  2. Suara Buluh Perindu https://www.youtube.com/watch?v=lA8ejhrpR1U
  3. Sarakit Bambu

Galery walk & lagu² muzik bambu[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu-lagu:

  • Sayang Kinabalu
  • Jambatan Tampaluri
  • Aki Odu
  • Tanak Kampung
  • Gangnam Style
  • Cinta terbaik
  • Kotobian doid tadau kaamatan
  • Rumandawi
  • xiao-xiao ping kuo
  • Tak tungtuang
  • (lain-lain lagi)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. Irama daripada buluh jadi orkestra alam [2]
  2. Kinabalu Bamboo Orchestra (OMBAK)[3]

Sumber[sunting | sunting sumber]