Narai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Narai Agung
นารายณ์มหาราช
Raja Ayutthaya
Patung baginda diukir t. 1966
berdekatan dewan raya Lopburi
Raja Ayutthaya
Pemerintahan26 Oktober 1656 – 11 Julai 1688
Didahului olehSi Suthammaracha
Diikuti olehPhetracha
Keputeraan16 February 1633
Kemangkatan11 Julai 1688
(aged 55)
PasanganSuriyong Ratsami
AnakandaSudawadi, Puteri Yothathep
Suriyenthrathibodi
KerabatPrasat Thong Dynasty
AyahandaPrasat Thong
BondaSirithida[1]

Raja Narai Agung (Bahasa Thai: สมเด็จพระนารายณ์มหาราช, RTGSSomdet Phra Narai Maharat disebut [sǒmdèt pʰráʔ nāːrāːj māhǎːrâːt ]) atau Ramathibodi III (Bahasa Thai: รามาธิบดีที่ ๓ Mengenai audio inilisten ) adalah raja penguasa ke-27 Kerajaan Ayutthaya serta raja ke-4 dan terakhir dari dinasti Prasat Thong. Baginda memerintah Kerajaan Ayutthaya dari tahun 1656 hingga 1688.

Pemerintahannya paling memakmurkan sepanjang wujudnya kerajaan Ayutthaya dengan tersaksinya banyak kegiatan komersial dan diplomatik hebat dengan negara-negara asing termasuk sejauh Timur Tengah dan Barat. Baginda turut terlibat dalam penaklukan kerajaan Toungoo di Burma antara 1662 hingga 1664, penumpasan kota Singgora tahun 1680 dan konflik menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Penjalinan hubungan diplomatik erat kerajaan baginda dengan pihak kerajaan Perancis melalui seorang pegawai kelahiran Yunani, Chao Phraya Wichayen, di mana banyak askar dan bangsawan sana mendapat layanan dan kurniaan setaraf yang ada dalam kalangan warga Ayhutthaya. Keadaan ini sangat tidak disenangi para menteri asal yang mula mencetuskan revolusi menggulingkan takhta baginda pada 1688.

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Penggulingan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M.L. Manich Jumsai (เขียน) ธิติมา พิทักษ์ไพรวัน (แปล). สมเด็จพระนารายณ์ และโกษาปาน. กรุงเทพฯ:คุรุสภาลาดพร้าว, 2531, หน้า 17 (dalam bahasa Thai)