Bhumibol Adulyadej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bhumibol Adulyadej
Raja Thailand
King Bhumibol Adulyadej Portrait-1945.jpg
Raja Rama IX
Pemerintahan 9 Jun, 1946 - 13 Oktober, 2016
Pertabalan 5 Mei, 1950
Lahir 5 Disember 1927(1927-12-05)
Tempat lahir Amerika SyarikatCambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat
Mangkat 13 Oktober 2016 (umur 88)
Tempat mangkat Hospital Siriraj, Thailand
Pendahulu Raja Ananda Mahidol (Rama VIII)
Waris Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn
Pasangan Ratu Sirikit
Anakanda Puteri Ubolratana Rajakanya
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn
Puteri Maha Chakri Sirindhorn
Puteri Chulabhorn Walailak
Kerabat diraja Chakri
Ayahanda Mahidol Adulyadej, Putera Songkla
Bonda Sangwal, Bonda Permaisuri
Thailand

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Thailand



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Bhumibol Adulyadej (Bahasa Thai: ภูมิพลอดุลยเดช; IPA: [pʰuːmipʰon adunjadeːt]; Institut Diraja: Phumiphon Adunyadet; Mengenai bunyi ini dengar ) diputerakan pada hari Isnin, 5 Disember tahun 1927 ialah raja Thailand yang terkini dan digelar "Yang Agung" (Thai: มหาราช, Maharaja). Baginda juga dikenali sebagai Rama IX. Bhumibol telah memerintah sejak 9 Jun 1946 dan menjadi raja yang paling lama berada di takhta kerajaan Thai. [1]

Walaupun Bhumibol merupakan seorang raja berperlembagaan, baginda telah beberapa kali masuk campur dalam hal ehwal politik Thailand termasuk krisis politik Thailand 2005-2006. Bhumibol juga mempunyai peranan dalam membawa negara Thai ke arus demokrasi pada 1990-an walaupun pada awalnya Bhumibol pernah menyokong pemerintahan rejim tentera. Bhumibol pernah menyokong perbuatan pihak tentera yang mengguling kerajaan Thaksin Shinawatra semasa insiden kudeta Thailand 2006. Sebagai seorang jutawan, Bhumibol banyak menggunakan kemewahannya untuk membiayai projek pembangunan terutama sekali di tempat-tempat perkampungan. Beliau merupakan seorang raja yang sangat dihormati dan disukai rakyatnya dan sering kali didewakan. Para pengkritik, terutama sekali mereka yang berada di luar Thailand, menganggap keadaan ini berlaku akibat dasar tentangan keras kerajaan Thai atas segala bentuk kritikan yang dikenakan kepada institusi diraja.[2]

Bhumibol dilahirkan di Amerika Syarikat dan menerima pendidikannya di Switzerland. Baginda juga merupakan seorang ahli muzik, artis dan pelayar yang ulung.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Sejak 2006, kesihatan Bhumibol semakin merosot. Bhumibol telah dirawat di Hospital Siriraj sepanjang tahun 2016. Baginda mangkat di hospital yang sama pada 13 Oktober 2016 pada pukul 3:52 petang waktu tempatan. Kemangkatan Bhumibol diumumkan oleh pihak istana pada waktu malam. Putera Maha Vajiralongkorn yang dilantik oleh Bhumibol sebagai putera mahkota pada 1972 akan mewarisi takhta Thai, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri negara itu, Prayuth Chan-ocha.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "A Royal Occasion speeches". Worldhop.com Journal. 1996. Dicapai pada 2006-07-05. 
  2. Macan-Markar, Marwaan (May 24, 2006). "MEDIA-THAILAND: A Critic May Now Look at a King". AsiaMediaForum. Dicapai pada 2006-08-14.  Check date values in: |date= (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]