Navaratna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kalung "Navaratna Permaisuri Sirikit" dari Thailand.

Navaratna (Bahasa Sanskrit: नवरत्न) ialah satu kata majmuk Sanskrit yang bermaksud "sembilan permata". Barang kemas yang direka menurut gaya ini mempunyai makna budaya yang penting dalam Hinduisme, Jainisme, Buddhisme, dan Sikhisme.

Ikat diraja[sunting | sunting sumber]

Asal-usul kuno sembilan permata - yang dipanggil Navaratna dalam Sanskrit, Hindi, Kannada, bahasa Indonesia, bahasa Burma dan bahasa Nepal, Navarathinam dalam bahasa Tamil, Navarathnalu dalam bahasa Telugu, Navarathnam dalam bahasa Malayalam, Navaratna dalam bahasa Sinhala, dan Nawarat atau Noppharat dalam bahasa Thai - terbukti mustahil dijejaki. Pun begitu, penekanan diberikan kepada gabungan sembilan permata ini sehingga dianggap suci dan bersifat diraja dalam kebanyakan negara di Asia, termasuklah India, Nepal, Sri Lanka, Singapura, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Malaysia, tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.[1]

Pengiktirafan di Thailand[sunting | sunting sumber]

Di Thailand, Navaratna diiktiraf secara rasmi sebagai simbol suci dan diraja bagi raja. Anugerah tinggi yang dikurniakan raja dipanggil "Noppharat Ratchawaraphon" (the Ancient Auspicious Order of the Nine Gems).[2]

Ribbon of the Order

Hiasannya terdiri daripada satu kelas (kesateria) tunggal. Tanda kebesarannya adalah:

  • Loket Sembilan Permata, di atas selempang kuning beserta perapi berwarna merah, biru dan hijau, yang dipakai dari atas bahu kanan ke pinggul kiri (bagi lelaki). Bagi wanita, Loket Sembilan Permata dilekatkan pada riben sutera, yang dipakai di bahu kiri hadapan.
  • Bintang Sembilan Permata, yang dipakai di dada kiri
  • Cincin Emas Sembilan Permata, bagi lelaki, dipakai di jari manis kanan.[3]

Permata dan planet[sunting | sunting sumber]

Mendiang ahli nujum Thai Horacharn Thep Sarikabutr memberi makna sembilan permata ini dalam Parichad-Jataka (bab 2, ayat 21, mukasurat 35-36) yang diterjemahkan seperti berikut:[4]

"Batu delima berkualiti tinggi dan tidak bercacat adalah permata bagi matahari, mutiara semula jadi adalah bagi bulan, batu karang merah adalah bagi Marikh, batu zamrud adalah Utarid, batu nilam kuning adalah untuk Musytari, berlian adalah bagi Zuhrah, batu nilam biru adalah bagi Zuhal, hesonit adalah bagi Rahu, dan baiduri bulan adalah bagi Ketu."

Bukti lanjut[sunting | sunting sumber]

Petikan ini yang dianggap ditulis oleh "Brihat Jatak" Sanskrit juga dipetik dalam "Mani-mala" mukasurat 575, ayat 79 oleh S.M. Tagore (1879), dan juga dalam "Jataka Parijata," kuno bab 2, seloka 21 yang disusun oleh Sri Vaidyanatha Dikshitar,

माणिक्यं तरणेः सुजात्यममलं मुक्ताफलं शीतगोः

माहेयस्य च विद्रुमं मरकतं सौम्यस्य गारुत्मतम
देवेज्यस्य च पुष्पराजमसुराचार्यस्य वज्रं शनेः

नीलं निर्मलमन्ययोश्च गदिते गोमेदवैदूर्यके

dan dibaca dalam Sanskrit yang ditransliterasikan seperti berikut:

maaNikyaM taraNeH sujaatyamamalaM muktaaphalaM shiitagoH

maaheyasya cha vidrumaM marakataM saumyasya gaarutmatama
devejyasya cha puShparaajamasuraachaaryasya vajraM shaneH

niilaM nirmalamanyayoshcha gadite gomedavaiduuryake

Terjemahan:

  1. Batu delima bagi Surya (matahari),
  2. Mutiara bagi Chandra (bulan),
  3. Marjan bagi Mangala (Marikh),
  4. Zamrud bagi Budha (Utarid),
  5. Nilam kuning bagi Bṛhaspati (Musytari),
  6. Berlian bagi Shukra (Zuhrah),
  7. Nilam biru bagi Shani (Zuhal),
  8. Hesonit bagi Rahu (raksasa yang menelan bulan atau matahari dan menyebabkan gerhana)
  9. Baiduri bulan bagi Ketu,
    ...permata-permata ini semestinya bernilai tinggi dan tidak bercacat.[5]

Susunan ikat[sunting | sunting sumber]

Navaratna dalam yantra loket nava-graha.

Ikat dan susunan tradisional sembilan permata ini dipamerkan dalam ilustrasi itu. Batu delima (yang mewakili matahari) sentiasa berada di tengah-tengah, dikelilingi (arah jam dari atas) oleh berlian, mutiara asli, marjan, hesonit, nilam biru, baiduri bulan, nilam kuning, dan zamrud. Ini adalah peletakan yang sama seperti Yantra Nava-graha.

Secara tradisinya, tiada permata selain batu delima atau spinel merah diletakkan di tengah-tengah susunan sembilan permata itu. Jika berbuat sedemikian dipercayai melawan aliran semulajadi. Disebabkan matahari adalah pusat sistem solar, permatanya ditempatkan pada jantung tangkal Navaratna.[6]

Bagi contoh navaratna pada ikat kalung, lihat "Navaratna Sirikit" dari Thailand.[7]

Ketulenan permata Navaratna[sunting | sunting sumber]

Dalam sloka di atas, perkataan sujatyam-amalam (sujati=berdarjat mulia, dan amala=tulen atau tidak bercacat sepenuhnya) adalah penting. Menurut kepercayaan orang Asia, hanya permata yang bersih dan berkualiti tinggi boleh dianggap bertuah.

Sokongan lanjut perkara ini kebanyakannya terlepas pandang imlak, dalam "Garuda Puranam," bab 68, ayat 17, ia dinyatakan oleh pengisah, Sri Suta Goswami:

"Permata yang tulen dan tidak bercacat memiliki kuasa bertuah yang mampu melindungi seseorang daripada syaitan, ular, racun, penyakit, tidakbalas berniat jahat, dan bahaya-bahaya lain, manakala batu yang bercacat mempunyai kesan sebaliknya."

Dan dari "Agni Purana," bab 246, slokas 7 dan 8:

"Permata yang bebas daripada semua kekotoran dan memancarkan kilauan dalaman tipikalnya seharusnya dipandang sebagai pembawa tuah; permata yang merekah, tidak berkilau, atau kelihatan kasar dan berpasir, tidak seharusnya digunakan langsung."[8]

Dan dari karya Yogananda "Autobiography of a Yogi," bab 16:

"Sebagaimana sebuah rumah dapat dimuatkan dengan batang tembaga untuk menyerap kejutan kilat, begitu juga kuil badan dapat menerima kebaikan daripada pelbagai kaedah perlindungan. Zaman dahulu para yogi menemui bahawa logam yang tulen memancarkan cahaya bintang yang berkuasa melawan tarikan negatif planet. Pancaran elektrik dan magnet yang tidak ketara sentiasa tersebar di alam semesta [...] Permasalahan ini mendapat perhatian daripada para rishi; mereka menemui berguna bukan sahaja gabungan logam-logam, tetapi juga tumbuh-tumbuhan dan paling berkesan dalam semua permata tidak bercacat yang tidak kurang daripada dua karat. Kegunaan astrologi bagi tujuan perlindungan jarang dikaji dengan serius di luar India. Satu fakta yang kurang diketahui adalah bahawa permata, logam atau penyediaan tumbuhan yang sesuai tidak bernilai melainkan berat yang dikehendaki terjamin, dan melainkan kesemua agen pengubatan ini disapu pada kulit."

Permata dalam astrologi ikut bintang[sunting | sunting sumber]

Menurut astrologi Hindu, kehidupan di atas bumi dipengaruhi oleh navagraha, atau sembilan pengaruh. Penempatan navagraha dalam horoskop seseorang dikatakan mempengaruhi sepanjang kehidupan seseorang individu. Pemakaian sembilan permata dikatakan menyediakan keseimbangan astrologi dan manfaat kepada pemakainya. Astrologi Hindu juga mengatakan bahawa permata-permata ini berpotensi memberi pengaruh positif mahupun negatif terhadap kehidupan manusia, dan bahawa permata astrologi seharusnya dipakai hanya setelah berbincang dengan ahli astrologi Veda yang juga benar-benar mengetahui tentang permata. Berdasarkan horoskop ikut bintang seseorang individu, samada permata tunggal atau gabungan permata yang bersesuaian dinasihatkan dipakai untuk memasangkan planet yang berfaedah atau untuk melawan planet yang berbahaya.[9][10] Manfaat "secara astrologi" atau "piezoelektrik" pemakaian permata belum lagi dinyatakan kuantitinya secara saintifik.

Agama-agama yang mengiktiraf Navaratna[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Richard Brown (2007). Mangala Navaratna (page 1). Hrisikesh Ltd. ISBN 974-07-1853-1.
  2. ^ "Reference Thai Government". Dicapai pada 2009-08-28.
  3. ^ "How to wear navaratna". Dicapai pada 2010-05-17.
  4. ^ Richard Brown (2007). Mangala Navaratna. Hrisikesh Ltd. halaman 1–2. ISBN 974-07-1853-1.
  5. ^ Richard S. Brown (1995). Ancient Astrological Gemstones & Talismans. AGT Ltd. m/s. 47. ISBN 974-89022-4-2.
  6. ^ Richard Brown (2007). Mangala Navaratna. Hrisikesh Ltd. m/s. 2. ISBN 974-07-1853-1.
  7. ^ Bangkok Gems & Jewellery Magazine (1993). A New Addition to the Crown Jewels of Thailand. BGJ Bangkok.
  8. ^ Richard S. Brown (2008). Ancient Astrological Gemstones & Talismans (ed. 2nd). Hrisikesh Ltd. halaman 33, 51. ISBN 978-974-8102-29-0.
  9. ^ Harish Johari (1982). The Healing Power of Gemstones. Destiny Books. m/s. 35. ISBN 0-89281-215-X.
  10. ^ Howard Beckman (2000). Vibrational Healing With Gems. Balaji Publisher. ISBN 81-212-0704-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Amulets and Talismans Templat:Superstitions