Noraliza Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Noraliza Yusof
Nama lahirNoraliza binti Mohd. Yusof
Kelahiran (1964-11-29) 29 November 1964 (umur 57)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1986 - 1990-an
Syarikat rakaman
AN Production, PMC

Noraliza Yusof (dilahirkan sebagai Noraliza binti Mohd. Yusof; 29 November 1964) merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dikenali ramai setelah mendapat gelaran "Juara Bintang RTM 1986".[1]

Permulaan karier[sunting | sunting sumber]

Sebelum bergelar penyanyi, beliau bekerja sebagai seorang pereka fesyen dan batik. Selepas menyertai Bintang RTM, beliau telah menjadi penyanyi sepenuh masa. Pada tahun yang sama juga, beliau menjadi hos bagi rancangan Hiburan Minggu Ini yang diterbitkan oleh Noriah Letuar melalui siaran RTM.[1]

Pada tahun 1987, beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Senangkah Ku Dilupai di bawah terbitan AN Production, sebuah syarikat rakaman milik Ahmad Nawab. Dua tahun kemudian, beliau mengeluarkan album kedua bertajuk Ku Tak Ingin Bermimpi di bawah terbitan Pacific Music Corporation (PMC).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Senangkah Ku Dilupai (1987)
  • Ku Tak Ingin Bermimpi (1989)

Album pelbagai[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Noraliza Takut Ramai Lelaki Bermisai Memburunya". URTV. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad: 19. 1987. |first1= missing |last1= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
Didahului oleh
Ramlah Ram (1985)
Juara Bintang RTM
1986
Diikuti oleh:
Nurazmadee (1999)