Oktober 2009
Penampilan
Oktober 2009 ialah bulan ke-10 untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Khamis dan berakhir selepas 31 hari pada hari Sabtu.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 Oktober - ICANN membenarkan negara dan wilayah memohon domain Internet peringkat tinggi yang ditulis dalam abjad bahasa-asli mereka.
- 28 Oktober - Penerbangan ujian pertama dalam program Ares I, Ares I-X berjaya dilancarkan NASA.
- 26 Oktober - Zine El Abidine Ben Ali (gambar) memenangi penggal kelimanya sebagai Presiden Tunisia.
- 26 Oktober - Tuanku Muhriz ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.
- 22 Oktober - Sistem pengendalian Microsoft Windows 7 mula dijual kepada ramai.
- 20 Oktober - ECOWAS menggantung keahlian Niger atas sebab krisis perlembagaannya yang masih berlangsung.
- 19 Oktober - Hari Malaysia diisytihar sebagai cuti umum mulai 2010.
- 17 Oktober - Jenson Button dan Brawn GP memenangi Kejohanan Formula Satu musim 2009.
- 13 Oktober - Di bawah skim One Laptop Per Child, Uruguay menjadi negara pertama membekalkan setiap pelajar sekolah rendah dengan sebuah komputer riba (gambar).
- 9 Oktober - Kapal angkasa lepas NASA LCROSS berjaya dalam misinya menghentam Bulan, dalam rangka mencari air.
- 9 Oktober - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009.
- 6 Oktober - Penemuan gelang Phoebe Zuhal (gambar bayangan artis), yang mempunyai jejari 200 kali ganda planet itu, diumumkan.
- 2 Oktober - Rio de Janeiro, Brazil, dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.
- 1 Oktober - Mahkamah Agung United Kingdom (gambar bangunan) mula beroperasi, mengambil alih fungsi kehakiman Dewan Pertuanan.