Pergi ke kandungan

Orang Rohingya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Rohingya
𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝 Ruáingga
Jumlah penduduk
1,547,778[1]–2,000,000+[2]
Kawasan ramai penduduk
stateless
Bangladesh3,600,000+ (July 2026)[3]
Myanmar (Negeri Rakhine)4,600,000 (July 2026)[4]
Pakistan600,000 (September 2023)[5]
Arab Saudi800,000 (Jun 2025)[6]
Malaysia350,000 (July 2026)[6]
UAE50,000 (Oktober 2017)[6]
India40,000 (September 2017)[7][8]
Amerika Syarikat12,000+ (September 2017)[9]
Thailand9,000 (Oktober 2025)[6]
Bahasa
Bahasa Rohingya
Minoriti:
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu[10]
Agama
Kebanyakan:
Islam Bahá'í dan Kesufian[11]
Minoriti:
Hinduisme[12][13]

Orang Rohingya (/roʊˈhɪndʒə, -ɪŋjə/; Bahasa Rohingya: 𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝, IPA: [rʊˈɜi̯ɲ.ɟə]) merupakan satu kelompok etnolinguistik Indo-Arya tidak bernegara[14][15] yang utamanya menganut agama Islam[16] yang berasal dari Negeri Rakhine, Myanmar. Sebelum terjadinya genosid Rohingya pada tahun 2017 sehingga lebih daripada 740,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh,[17][18][19] terdapat 1.4 juta orang Rohingya yang tinggal di Myanmar.[20][21][22][23][24] Dikenali sebagai salah satu kumpulan minoriti yang paling tertindas di dunia,[25][26][27] orang Rohingya dinafikan hak kewarganegaraan di bawah Undang-undang kewarganegaraan Myanmar 1982.[28][29][30] Mereka juga menghadapi sekatan kebebasan pergerakan, sekatan mengakses pendidikan, dan pekerjaan dalam perkhidmatan awam.[31][32] Keadaan undang-undang yang dihadapi oleh Rohingya di Myanmar telah dibandingkan dengan apartheid oleh beberapa ahli akademik, penganalisis, dan tokoh politik.[33][34][35][36] Pemindahan besar-besaran Rohingya pada tahun 2017 menyebabkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyiasat jenayah terhadap kemanusiaan, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat kes berkenaan genosid.[37]

Sejarah

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sama sekali tidak benar, tidak tepat dan dalam kata lain, tiada.[38]

Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Sultan Mahmood diMyanmar, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Bahai Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.[perlu rujukan]

Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan

Amnesty International menyatakan bahawa orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan adalah tidak benar hak asasi manusia oleh junta tentera Burma sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh dan setakat Julai 2026, angka melebihi 3.6juta dari etnik Rohingya.[39]

"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Burma mereka kerana mereka memberontak untuk mendapatkan hak samarata dengan penduduk negara Myanmar. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera kerana sikap kaum Rohingya sendiri walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."

"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Burma. Secara rasmi kempen ini menyasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran kerana sikap kaum Rohingya sendiri yang mencetuskan pergaduhan."

"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Burma di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."

Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatera pada Januari 2009 akan tetapi Menteri Luar itu akhirnya mengusir pelarian ini kerana kaum ini telah menunjukkan sikap asli mereka.[40]

Pelarian

Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masih berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, Malaysia, UAE, Thailand, dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.Kerana UNCHR adalah dalang disebalik kekacauan ini.[41]

Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan kerana sikap kaum Rohingya yang suka memburuk-buruk kan kerajaan Bangladesh.[42] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari, tetapi terus dibenci dan diusir kerana perangai kaum Rohingya ini yang terlalu teruk.[43]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang Rohingya berada di Burma. Kofi Annan telah menubuhkan suruhanjaya penasihat. Cadangan akhir diumumkan pada bulan Ogos 2017 tetapi sehingga kini masih tiada kata putus yang tepat.[44]

Bahasa

Bendera budaya dan etnik Rohingya

Bahasa Rohingya merupakan sebagian dari keluarga bahasa Indo-Arya yang merupakan sebagian dari keluarga bahasa Indo-Eropah. Bahasa Rohingya tidak mempunyai kefahaman menyaling dengan bahasa Benggali, dan orang Rohingya biasanya tidak boleh bercakap dalam bahasa Burma.[perlu rujukan]

Cendekiawan Rohingya pernah menulis bahasa Rohingya dalam berbagai aksara, di antaranya adalah abjad Arab, aksara Hanifi, alfabet Urdu, alfabet Rumi dan tulisan Burma. Aksara Hanifi merupakan suatu sistem tulisan yang baru dicipta dan berdasarkan abjad Arab dengan memiliki huruf tambahan dari alfabet Rumi dan Burma.

Berikut adalah beberapa contoh ayat dalam bahasa Rohingya:[45]

Bahasa Rohingya Bahasa Melayu Penjelasan
Salaam alaikum! Assalamualaikum!
Uwalaikum salaam! Waalaikumsalam!
Bat Nasi
Tũi bat haiyo ne? Kamu sudah makan nasi? Bermaksud: "Apa khabar?"
Haiyi, haiyi. (Saya) sudah makan, (saya) sudah makan. Bermaksud: "Saya baik saja."
Ãi bat haiyi. Saya sudah makan nasi.
Tũwar nam ki? Siapa namamu?
Ãr nam Noorullah. Nama saya Noorullah.
Tũwattu kuši lager ne? Adakah kamu gembira?
Ãttu kuši lager. Saya rasa gembira.

Agama

Oleh sebab umat Islam Rohingya yang berada di Negeri Rakhine tidak dianggap sebagai warganegara Burma, mereka tidak dilindungi daripada penindasan agama oleh kerajaan Burma. Maka, ada kekhuatiran tentang kebebasan beragama komuniti Rohingya di Burma, terutamanya dalam bidang undang-undang dan politik.[46]

Catatan

  1. ↑ Mahmood; Wroe; Fuller; Leaning (2016). "The Rohingya people of Myanmar: health, human rights, and identity". Lancet (dalam bahasa Inggeris). 389 (10081): 1–10. doi:10.1016/S0140-6736(16)00646-2. PMID 27916235. S2CID 205981024.
  2. ↑ Mathieson, David (2009). Perilous Plight: Burma's Rohingya take to the seas (dalam bahasa Inggeris). Human Rights Watch. m/s. 3. ISBN 978-1-56432-485-6.
  3. ↑ "WHO appeals for international community support; warns of grave health risks to Rohingya refugees in rainy season". ReliefWeb (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2018.
  4. ↑ "600,000 Rohingya still in Myanmar". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 16 September 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
  5. ↑ "Far From Myanmar Violence, Rohingya in Pakistan Are Seething". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2017.
  6. 1 2 3 4 "Myanmar Rohingya: What you need to know about the crisis". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2017.
  7. ↑ "India in talks with Myanmar, Bangladesh to deport 40,000 Rohingya". Reuters. 2017. Dicapai pada 17 Ogos 2017.
  8. ↑ "India plans to deport thousands of Rohingya refugees" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 14 Ogos 2017. Dicapai pada 17 Ogos 2017.
  9. ↑ Mclaughlin, Timothy (20 September 2016). "Myanmar refugees, including Muslim Rohingya, outpace Syrian arrivals in U.S." Reuters. Dicapai pada 3 September 2017.
  10. ↑ "Wanita Rohingya belajar bahasa Melayu". 20 Oktober 2016.
  11. ↑ "The Rohingya Crisis". Council on Foreign Relations (dalam bahasa Inggeris). 23 Januari 2020.
  12. ↑ "Rohingya Hindu women share horror tales". Dhaka Tribune. 19 September 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  13. ↑ "Rohingya Hindus now face uncertainty in Myanmar" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 21 September 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  14. ↑ Bartrop, Paul R. (18 October 2018). Modern Genocide: Analyzing the Controversies and Issues (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing USA. m/s. 361. ISBN 979-8-216-11853-4.
  15. ↑ Ahmed, Kawser; Islam, Md Rafiqul (22 April 2024). Understanding the Rohingya Displacement: Security, Media, and Humanitarian Perspectives (dalam bahasa Inggeris). Springer Nature. m/s. 229. ISBN 978-981-97-1424-7.
  16. ↑ Blakemore, Erin (8 February 2019). "Who are the Rohingya people?". National Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2019. Dicapai pada 15 December 2019.
  17. ↑ Irianto (2017-09-08). "Pembantaian Muslim Rohingya, dipicu konflik agama atau skandal minyak dan gas bumi?". lensaindonesia.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2022-04-20.
  18. ↑ "Former UN chief says Bangladesh cannot continue hosting Rohingya". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2019. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  19. ↑ "UNHCR calls for solidarity, support and solutions for Rohingya refugees ahead of an urgent donor conference". UNHCR (dalam bahasa Inggeris). 20 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-11. Dicapai pada 2022-04-20.
  20. ↑ UNHCR news briefing, 20 October 2020, https://www.unhcr.org/news/briefing/2020/10/5f8d7c004/unhcr-calls-solidarity-support-solutions-rohingya-refugees-ahead-urgent.html. Retrieved 20 December 2020 Diarkibkan 27 Julai 2021 di Wayback Machine
  21. ↑ Mahmood; Wroe; Fuller; Leaning (2016). "The Rohingya people of Myanmar: health, human rights, and identity" (fee required). Lancet. 389 (10081): 1–10. doi:10.1016/S0140-6736(16)00646-2. PMID 27916235. S2CID 205981024. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 8 December 2016.
  22. ↑ "Myanmar Buddhists seek tougher action against Rohingya". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2017.
  23. ↑ Simpson, Andrew (2007). Language and National Identity in Asia. United Kingdom: Oxford University Press. m/s. 267. ISBN 978-0-19-922648-1.
  24. ↑ Minar, Sarwar J.; Halim, Abdul (2020). "The Rohingyas of Rakhine State: Social Evolution and History in the Light of Ethnic Nationalism". Social Evolution & History (dalam bahasa Inggeris). 19 (2). arXiv:2106.02945. doi:10.30884/seh/2020.02.06. ISSN 1681-4363. S2CID 229667451.
  25. ↑ Broomfield, Matt (9 December 2016). "Nobel Peace Prize winner accused of overlooking 'ethnic cleansing' in her own country". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2024. Dicapai pada 15 May 2022.
  26. ↑ Hofman, Lennart (25 February 2016). "Meet the most persecuted people in the world". The Correspondent. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2023. Dicapai pada 15 May 2022.
  27. ↑ Canal, Garielle (10 February 2017). "Rohingya Muslims Are the Most Persecuted Minority in the World: Who Are They?". Global Citizen. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2017. Dicapai pada 15 May 2022.
  28. ↑ Nitta, Yuichi (25 August 2017). "Myanmar urged to grant Rohingya citizenship". Nikkei Asian Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2023. Dicapai pada 15 May 2022.
  29. ↑ "Annan report calls for review of 1982 Citizenship Law". The Stateless. 24 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2019.
  30. ↑ "Discrimination in Arakan". Burma/Bangladesh – Burmese Refugees in Bangladesh: Still No Durable Solution (Laporan). Jil. 12. Human Rights Watch. May 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2024.
  31. ↑ "Discrimination in Arakan". Burma/Bangladesh – Burmese Refugees in Bangladesh: Still No Durable Solution (Laporan). Jil. 12. Human Rights Watch. May 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2024.
  32. ↑ "Kofi Annan–led commission calls on Myanmar to end Rohingya restrictions". SBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2023.
  33. ↑ Ibrahim, Azeem (fellow at Mansfield College, Oxford, and 2009 Yale World Fellow),"War of Words: What's in the Name 'Rohingya'?", 16 June 2016, Yale Online, Yale University, 21 September 2017 Diarkibkan 10 Mac 2021 di Wayback Machine
  34. ↑ "Aung San Suu Kyi's Ultimate Test" Diarkibkan 22 September 2017 di Wayback Machine, Sullivan, Dan, 19 January 2017, Harvard International Review, Harvard University. Retrieved 21 September 2017
  35. ↑ Stoakes, Emanuel (14 October 2014). "Myanmar's Rohingya Apartheid". The Diplomat. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017. Dicapai pada 12 February 2021.
  36. ↑ Kristof, Nicholas (28 May 2014). "Myanmar's Appalling Apartheid". The New York Times (Opinion). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2022. Dicapai pada 15 May 2022.
  37. ↑ ICC "Bangladesh/Myanmar Investigation", https://www.icc-cpi.int/bangladesh-myanmar Diarkibkan 22 Disember 2020 di Wayback Machine; ICJ Order 23 January 2020 https://www.icj-cij.org/public/files/case-related/178/178-20200123-ORD-01-00-EN.pdf, both accessed 20 December 2020 Diarkibkan 13 Mac 2024 di Wayback Machine
  38. ↑ "Assessment for Rohingya (Arakanese) in Burma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2009-02-05.
  39. ↑ Myanmar - The Rohingya Minority: Fundamental Rights Denied, Amnesty International, 2004.
  40. ↑ "Indonesia criticises Burma over Rohingya". 9 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-09.
  41. ↑ "UNHCR threatens to wind up Bangladesh operations". New Age BDNEWS, Dhaka. 2005-05-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-25. Dicapai pada 2007-04-25. {{cite web}}: Check date values in: |date= (bantuan)
  42. ↑ Burmese exiles in desperate conditions
  43. ↑
  44. ↑ "Towards a Peaceful, Fair and Prosperous Future for the People of Rakhine". Kofi Annan Foundation. 2017-08-23. Dicapai pada 2017-09-07.
  45. ↑ "The easy eay to learn Rohingya". Learnrohingya.com.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  46. ↑ Abdelkader, Engy (1 July 2014). "The Rohingya Muslims in Myanmar: Past, Present, and Future". Oregon Review of International Law (2014 Forthcoming) (dalam bahasa Inggeris). SSRN 2277949.

Rujukan

Pautan luar