Orang Swahili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Swahili
Waswahili وَسوَحِيلِ
Waungwana وَؤُنْڠوَانَ
Kawasan ramai penduduk
Tanzania (terutamanya Zanzibar), Kenya, Mozambique, Arab Saudi, Oman, Congo[1]
Pantai Swahilis. 1.2 juta
 Tanzania996,000[2]
 Kenya56,074[3]
 Mozambique21,070[4]
 Comoros4,000[5]
Diasporas. 0.8 juta
 Arab Saudi420,000[6]
 Madagaskar113,000[5]
 Oman100,000[7]
 Amerika Syarikat90,000[8]
 Republik Demokratik Congo56,500[9]
 Burundi25,000[5]
Bahasa
Swahili, Bahasa Inggeris, Portugis, Bahasa Arab, Bahasa Perancis
Agama
Kebanyakannya Islam (Sunni, Syiah, Sufi)[10]
Kumpulan etnik berkaitan
Mijikenda, Pokomo, Orang Komoro, Bajuni, Shirazi, Mwani, Manyema, Brava, Makwe dan Lemba

Orang Swahili (Swahili: WaSwahili, وَسوَحِيلِ) ialah penduduk yang tinggal di pantai Swahili dan kebanyakannya kumpulan etnik Bantu, Afro-Arab dan Comoro. Pantai Swahili merangkumi kepulauan Zanzibar dan pesisiran Tanzania, Kenya, utara Mozambique, Kepulauan Comoro dan Madagascar Barat Laut.

Orang Swahili asal membezakan diri mereka daripada kaum-kaum Bantu yang lain dengan memanggil diri mereka sebagai Waungwana (orang yang bertamadun). Di kawasan tertentu (cth. Pulau Lamu), terdapat pembezaan jelas dalam pengelompokan masyarakat dan dialek, menunjukkan bagaimana orang Swahili telah bergabung. Walau bagaimanapun pada masa kini, orang Swahili ialah mana-mana orang berketurunan Afrika yang berbahasa Swahili sebagai bahasa pertama, beragama Islam dan tinggal di sebuah bandar di Tanzania, Kenya, utara Mozambique dan Comoro, melalui proses swahilisasi atau pengswahilian.[11]

Nama Swahili berasal sebagai eksonim daripada bahasa Arab: سواحل, rumi: Sawāhil, lit.'pantai-pantai'. Orang Swahili bercakap dalam bahasa Swahili. Orang Swahili menamakan diri mereka Waungwana, yang bermaksud "orang yang bertamadun."[11] Swahili Baku Moden berasal daripada dialek Kiunguja Zanzibar. Seperti kebanyakan bahasa dunia yang lain, Swahili telah meminjam banyak perkataan bahasa asing, khususnya istilah-istilah pentadbiran daripada bahasa Arab, tetapi juga perkataan daripada bahasa Portugis, Hindi dan Jerman. Dialek lain yang lebih tua seperti Kimrima dan Kitumbatu kurang mempunyai kata pinjaman Arab, menunjukkan Swahili asalnya adalah bahasa Bantu. Kiswahili menjadi bahasa perantara pantai Afrika Timur dan bahasa perdagangan dari abad ke-9. Pedagang dari Zanzibar mula menggunakan bahasa Swahili dengan lebih meluas pada akhir 1700-an, menjadikannya bahasa umum di seluruh Afrika Timur. Kini, Swahili adalah bahasa Afrika yang paling banyak dituturkan, digunakan oleh bukan sahaja orang Swahili.[12]

Agama[sunting | sunting sumber]

Islam mula bertapak di pantai Afrika Tenggara sekitar abad ke-9, apabila pedagang-pedagang Bantu yang menetap di situ memasuki perdagangan Lautan Hindi. Orang Swahili mengikuti mazhab Sunah Waljamaah Islam.[13]

Ramai orang Swahili mengerjakan haji dan umrah, dari Tanzania,[14] Kenya[15] dan Mozambique.[16] Pakaian tradisional Islam seperti jilbab dan thaub juga popular dengan orang Swahili. Orang Swahili mengamalkan ilmu menilik, menggabungkan ciri-ciri Islam dengan kepercayaan orang asli tradisional. Mereka percaya pada jin dan ramai lelaki memakai azimat pelindung dengan ayat-ayat al-Quran.

Menilik dibuat dengan bacaan al-Quran. Selalunya peramal menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk rawatan penyakit tertentu. Sesekali tukang tilik itu menyuruh pesakit untuk merendam kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di dalam air. Dengan air dakwat ini, betul-betul mengandungi ayat Allah, pesakit kemudiannya akan membasuh badannya atau meminumnya untuk menyembuhkan dirinya daripada penyakit. Hanya ahli nujum dan guru agama Islam sahaja dibenarkan menjadi ahli perubatan oleh orang Swahili.[17]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Tulisan Arab Swahili pada syiling satu paisar dari Zanzibar s. 1299 TH (1882 M)
Tulisan Arab Swahili pada pintu kayu berukir (terbuka) di Lamu, Kenya
Tulisan Arab Swahili pada pintu kayu di Kubu Yesus, Mombasa, Kenya

Orang Swahili bertutur dalam bahasa ibunda mereka bahasa Swahili, ahli subkumpulan Bantu dalam rumpun Niger-Congo. Saudara terdekatnya termasuk bahasa Comoro yang dituturkan di Kepulauan Comoro, dan bahasa Mijikenda orang Mijikenda di Kenya.[18]

Swahili bermula sebagai bahasa utama Zanzibar dan bahagian pesisiran Kenya dan Tanzania, kawasan pantai yang dinamakan Pantai Swahili.[19] Swahili menjadi bahasa orang bandar di rantau Tasik-tasik Besar Afrika, dan akhirnya menjadi lingua franca semasa zaman pascapenjajahan.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Ramai sarjana dahulu sangka gaya dan asal seni bina di beberapa tempat adalah Arab atau Parsi. Akan tetapi, ahli akademik kontemporari percaya bahawa bukti arkeologi, tulisan, linguistik, dan budaya mencadangkan Afrika ialah sumbernya. Kemudian, pengaruh Arab dan Islam datang dalam bentuk perdagangan dan pertukaran idea.[20][21] Semasa melawat Kilwa pada tahun 1331, penjelajah Barbar yang hebat, Ibnu Battutah, kagum dengan keindahannya. Beliau menggambarkan penduduknya sebagai "Janggi, berwarna hitam legam, dan dengan tatu di muka mereka", dan menyatakan bahawa "Kilwa ialah sebuah bandar yang sangat halus dan dibina dengan elok, dan semua bangunannya daripada kayu" (keterangan beliau tentang Mombasa juga lebih kurang sama).[22] Kimaryo menyatakan bahawa tatu-tatu tersebut unik bagi orang Makonde. Seni bina Swahili termasuk gerbang, halaman, perkarangan khas untuk wanita, mihrab, menara dan hiasan pada bangunan. Banyak runtuhan masih dilihat berhampiran pelabuhan Malindi di selatan Kenya di runtuhan Gede (bandar Gede/Gedi yang hilang).[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Swahili facts, information, pictures - Encyclopedia.com articles about Swahili". Encyclopedia.com. Dicapai pada 11 April 2017.
  2. ^ PeopleGroups.org. "PeopleGroups.org - Coastal Swahili of Tanzania". peoplegroups.org.
  3. ^ "2019 Kenya Population and Housing Census Volume IV: Distribution of Population by Socio-Economic Characteristics" (PDF). Kenya National Bureau of Statistics. Dicapai pada 2 May 2021.
  4. ^ Inquérito Nacional aos Agregados Familiares sobre Condições de Vida: Resultados Gerais (dalam bahasa Portuguese). Maputo: Instituto Nacional de Estatística. 1998.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b c "Swahili - Worldwide distribution". Worlddata.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-24.
  6. ^ Project, Joshua. "Swahili in Saudi Arabia". joshuaproject.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-24.
  7. ^ Valeri, Marc (2007-07-01). "Nation-building and communities in Oman since 1970: The Swahili-speaking Omani in search of identity". African Affairs (dalam bahasa Inggeris). 106 (424): 479–496. doi:10.1093/afraf/adm020. ISSN 1468-2621.
  8. ^ "Popular African Languages in the United States". Akorbi (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-23. Dicapai pada 2021-07-24.
  9. ^ PeopleGroups.org. "PeopleGroups.org - Central Swahili of Congo (Kinshasa)". peoplegroups.org. Dicapai pada 2021-07-24.
  10. ^ "The People of the Swahili Coast". 23 Mac 2020.
  11. ^ a b Spear, Thomas (2000). "Early Swahili History Reconsidered". The International Journal of African Historical Studies. 33 (2): 257–290. doi:10.2307/220649. ISSN 0361-7882. JSTOR 220649. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Spear 2000 257–290" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ Horton and Middleton, "The Swahili: The Social Landscape of a Mercantile Society." Wiley.
  13. ^ "The People of the Swahili Coast". education.nationalgeographic.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-11.
  14. ^ "Tanzania Hajj pilgrims stranded". BBC News. 12 December 2007.
  15. ^ "Kenya: Mombasa Pilgrims Jam Airport for Hajj Trip". 19 November 2009. Dicapai pada 11 April 2017 – melalui AllAfrica.
  16. ^ "hajinformation.com".
  17. ^ "Swahili People". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-18. Dicapai pada 2006-09-16.
  18. ^ William Frawley, International encyclopedia of linguistics, Volume 1, (Oxford University Press, 2003), page 181
  19. ^ Daniel Don Nanjira, African Foreign Policy and Diplomacy: From Antiquity to the 21st Century, ABC-CLIO, 2010, p. 114
  20. ^ "urban-research.net". 2000. Dicapai pada 11 April 2017.
  21. ^ Horton, Mark (1996). Shanga: the archaeology of a muslim trading community on the coast of East Africa. The British Institute in Eastern Africa.
  22. ^ "Ibn Battuta: Travels in Asia and Africa 1325-1354 - Medieval Sourcebook, Retrieved on 2007-08-28".
  23. ^ "Ruins of the walled city of Gedi, Kenya. - Leisure, health and housing - Port Cities". PortCities.org.uk. Dicapai pada 11 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]