Pakatan Iklim Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pakatan Iklim Amerika Syarikat
KeanggotaanNegeri-negeri dan wilayah-wilayah yang terlibat
California
Connecticut
Delaware
Hawaii
Massachusetts
Minnesota
New York
Oregon
Puerto Rico
Pulau Rhode
Vermont
Virginia
Washington
Pemimpin
• Ketua bersama
California Jerry Brown
• Ketua bersama
New York Andrew Cuomo
• Ketua bersama
Washington (negeri) Jay Inslee
Pendirian1 Jun 2017
Populasi
• Perkiraan 2016
102,169,711[1] (ke-14)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
$6.76 trillion[2] (ke-4)
$66,183[1] (ke-9)

Pakatan Iklim Amerika Syarikat[3] (bahasa Inggeris: United States Climate Alliance) merupakan kumpulan negeri-negeri di Amerika Syarikat berdwiparti yang komited untuk menegakkan Perjanjian Iklim Paris 2015 dalam sempadan mereka dengan mencapai matlamat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 26 hingga 28 peratus daripada tahap tahun 2005 pada tahun 2025 serta mencapai atau melebihi sasaran yang ditetapkan rancangan Pelan Tenaga Bersih persekutuan. Pakatan ini juga membentuk forum untuk ahli-ahlinya terus membangun dan memperkuatkan lagi Pelan-pelan Tindakan Iklim mereka yang sedia ada melalui perkongsian maklumat dan amalan yang terbaik di kalangan negeri-negeri yang terlibat.

Setakat pada 7 Jun 2017, negeri-negeri anggota pakatan ini berjumlah sebanyak 35.9% penduduk A.S serta 30.6% KDNK negeri tersebut setakat 2016. Negeri-negeri ini melepaskan 18.2% karbon dioksida yang dihasilkan AS pada tahun 2014.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pakatan ini telah terbentuk pada 1 Jun 2017 sebagai tindak balas pengumuman yang dibuat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai keputusannya menarik diri bagi pihak Amerika Syarikat dari Perjanjian Paris. Pembentukan pakatan ini diumumkan oleh tiga gabenor-gabenor tiga negeri: Jay Inslee mewakili Washington, Andrew Cuomo mewakili New York, dan Jerry Brown mewakili California. Kesatuan ini bukanlah perjanjian terikat tetapi pengumpulan pemerintah negeri yang mempunyai polisi-polisi yang serupa mengenai perubahan iklim.[4] Sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh Inslee menyatakan bahawa negeri-negeri "New York, California dan Washington yang terdiri daripada lebih satu perlima Keluaran Dalam Negeri Kasar AS komited untuk mencapai matlamat mengurangkan pelepasan 26-28 peratus tahap tahun 2005 serta mencapai atau melebihi sasaran Pelan-Pelan Tenaga Bersih persekutuan." Ketiga-tiga negeri ini diperintah oleh Parti Demokratik, meskipun kedua-dua pemerintahan New York dan California bakal dipertaruhkan dalam Pilihanraya Gabenor-Gabenor Amerika Syarikat 2018 yang akan datang.

Pada malam hari yang sama, gabenor-gabenor tujuh negeri Amerika Syarikat telah bersetuju untuk menjaga sokongan negeri-negeri mereka terhadap Perjanjian Paris. Sebanyak hampir 70 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat termasuk kebanyakan orang di seluruh 50 negeri yang menyokong Perjanjian tersebut.[5]

Pada 2 Jun, Gabenor Dan Malloy dari Connecticut  mengumumkan bahawa negerinya akan menyertai Pakatan Iklim tersebut. Pada hari yang sama, Gabenor Charlie Baker dari Massachusetts menjadi Gabenor Republikan yang pertama membawa negerinya kepada pakatan ini. Gabenor Vermont Phil Scott yang juga dari parti Republikan turut menyatakan penyertaan negerinya. Gabenor Pulau Rhode, Gina Raimondo, dan Gabenor Oregon, Kate Brown, turut menyatakan hasrat negeri-negeri mereka memasuki pakatan ini. Gabenor David Ige yang mewakili Hawaii mengumumkan penyertaan negeri tersebut sebagai negeri ahli ke-9 dalam pakatan ini.

Pada 5 Jun, Gabenor Terry McAuliffe yang mewakili Virginia dari Parti Demokratik mengumumkan bahwa negerinya akan menyertai Pakatan Iklim ini. Gabenor Mark Dayton dari Minnesota, Gabenor John C. Carney Jr. dari Delaware serta Gabenor Ricky Rosselló dari wilayah Puerto Rico turut menyertai pakatan ini pada hari yang sama.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Setakat 7 Jun 2017, dua belas negeri termasuk wilayah Puerto Rico telah menyertai pakatan ini. New Hampshire membuat pengumuman terbuka menolak menyertai pakatan ini.[6] Pejabat Gabenor Michigan turut menyatakan bahawa mereka tiada rancangan untuk menyertakan negeri tersebut kepada pakatan ini.[7]

Puerto Rico juga menyatakan kekecewaan terhadap keputusan Presiden Trump untuk menarik diri dari perjanjian ini, meskipun ia tidak merupakan sebuah negeri dalam Amerika Syarikat. Gabenor wilayah tersebut, Ricardo Rosselló berkata: "Sebagai sebuah gabenor yang juga seorang saintis, saya menentang penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris. Pentadbiran kami komited melindungi alam sekitar kami, dan kami sedar bahawa sekecil-kecil perubahan pun boleh meninggalkan kesan yang besar dan lama terhadap planet kita."

Negeri-negeri lain yang menyatakan sokongan[sunting | sunting sumber]

Setakat 9 Jun 2017, sepuluh gabenor termasuk Datuk Bandar Washington, DC - lima dari parti Demokrat dan enam dari parti Repubikan - telah berjanji memberikan sokongan negeri-negeri mereka untuk Perjanjian Paris. Sebelas negeri dan wilayah bukan anggota yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap Perjanjian ini tetapi tidak menyertainya bertanggungjawab ke atas 21.75% daripada jumlah pelepasan karbon yang terkumpul di Amerika Syarikat. Kwasan-kawasan ini mempunyai kependudukan kira-kira 67 juta orang, atau 20.8% daripada jumlah penduduk Amerika Syarikat.

Kota-kota[sunting | sunting sumber]

Sebanyak beratus-ratus datuk-datuk bandar AS yang juga telah menunjukkan sokongan mereka terhadap matlamat pakatan ini[8], seperti ibukota Washington, D.C,[9] dan 10 kota paling ramai penduduk di negara ini: Kota New York, Los Angeles, Chicago, Houston, Phoenix, Philadelphia, San Antonio, San Diego, Dallas dan San Jose. Lebih dari 200 kota-kota ini merupakan ahli-ahli Agenda Tindakan Iklim Datuk-Datuk Bandar Negara, sebuah organisasi yang diasaskan datuk-datuk bandar AS yang komited menegakkan Perjanjian Paris.[10] Kota-kota bukan ahli seperti Baltimore, Charlotte, Indianapolis dan Memphis berjanji dengan bebasnya menghormati Perjanjian tersebut.[11][12][13][14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Annual Estimates of the Resident Population for the United States, Regions, States, and Puerto Rico: April 1, 2010 to July 1, 2016" (XLSX). United States Census Bureau. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  2. ^ "Gross domestic product (GDP) by state (millions of current dollars)". Bureau of Economic Analysis. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  3. ^ "Tolak perjanjian iklim, Trump terpinggir".
  4. ^ "Inslee, New York Governor Cuomo, and California Governor Brown announce formation of United States Climate Alliance | Governor Jay Inslee". governor.wa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Jun 2017.
  5. ^ Wilts, Alexandra (1 Jun 2017). "Majority of Americans in every US state supports Paris climate deal Trump is poised to withdraw from". The Independent. Dicapai pada 3 Jun 2017.
  6. ^ "Sununu says N.H. won't join climate alliance". Concord Monitor. 6 Jun 2017. Dicapai pada 7 Jun 2017.
  7. ^ Nick Minock (9 Jun 2017). "Gov. Snyders office indicates no plans to join U.S. Climate Alliance". wwmt.com. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  8. ^ "Mayors National Climate Action Agenda Partners". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada June 7, 2017.
  9. ^ "DC Mayor Reaffirms Commitment To Paris Agreement". 2 Jun 2017.
  10. ^ "248 US Climate Mayors commit to adopt, honor and uphold Paris Climate Agreement goals". 1 Jun 2017. Dicapai pada 7 Jun 2017.
  11. ^ "Tennessee mayors vow to honor Paris accord, despite Trump decision". Dicapai pada 3 Jun 2017.
  12. ^ "Indy, Carmel mayors respond to U.S. pulling out of Paris climate agreement". 2 Jun 2017. Dicapai pada 3 Jun 2017.
  13. ^ https://content.govdelivery.com/accounts/MDBALT/bulletins/19f4b48
  14. ^ ""We Do Not Have Time To Wait For A New Administration": Charlotte Responds To Trump's Withdrawal From Paris Accord". Charlotte, NC Patch (dalam bahasa Inggeris). 2 Jun 2017. Dicapai pada 2 Jun 2017.