Parti Fasis Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Fasis Nasional
Partito Nazionale Fascista
Duce dan pengasas Benito Mussolini
Para setiausaha Lihat senarai
Diasaskan 9 November 1921
Dibubarkan 27 Julai 1943
Gabungan Italian Fasci of Combat,
Persatuan Nationalis Itali
Diikuti Parti Fasis Republikan
Ibu pejabat Palazzo della Farnesina
Via della Lungara, 230
Rom, Itali
Akhbar Il Popolo d'Italia
Sayap pelajar Gruppi Universitari Fascisti
Sayap belia Opera Nazionale Balilla
Gioventù Italiana del Littorio
Sayap separa tentera Milizia Volontaria per la Sicurezza Nazionale
Sayap Kesatuan Sekerja Opera Nazionale Dopolavoro
Confederazione Generale del Lavoro
Keahlian  (1939) 6,000,000 orang
Ideologi Fasisme (Itali)
Kedudukan politik Berhaluan kanan
Penggabungan antarabangsa Fasis Antarabangsa (pemerhati)
Warna rasmi      Hitam
Politik Itali
Parti politik
Pilihan raya

Parti Fasis Nasional (Partito Nazionale Fascista, PNF) adalah sebuah parti politik Itali, diwujudkan oleh Benito Mussolini sebagai ekspresi politik fasisme (sebelum ini diwakili oleh kumpulan yang dikenali sebagai Fasci). Parti ini memerintah Itali dari tahun 1922 apabila ahli-ahli Fasis mengambil alih kuasa melalui Perarakan ke Rom, hingga 1943, setelah Mussolini dipecat oleh Majlis Tertinggi Fasisme.

Sebelum PNF, Mussolini terlebih dahulu menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai "Parti Revolusi Fasis" (Partito Fascista Rivoluzionario, PFR), menurut Mussolini, ditubuhkan pada tahun 1915. [1] Selepas keputusan buruk pilihanraya November 1919, PFR akhirnya dinamakan semula pada tahun 1921 kepada Parti Fasis Nasional.[2]

Parti Fasis Nasional telah berakar umbi dalam nasionalisme Itali dan keinginan untuk memulihkan dan mengembangkan wilayah Itali, Fasis Itali merasakan perlu bagi negara untuk menunjukkan kekuasaan dan kekuatannya dan untuk mengelakkan kemerosotan.[3] Fasis Itali mendakwa bahawa Itali moden adalah pewaris kepada Rom kuno dan legasinya, dan dari segi sejarah menyokong penubuhan sebuah Empayar Itali bagi menyediakan spazio vitale ("ruang kehidupan") untuk penjajahan oleh peneroka-peneroka Itali dan untuk menegakkan kekuasaan terhadap Laut Mediterranean.[4]

Fasis menggalakkan satu sistem ekonomi korporat yang mana sindiket majikan dan pekerja dikaitkan bersama-sama dalam persatuan secara kolektif mewakili pengeluar ekonomi negara dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menetapkan dasar ekonomi negara.[5] Sistem ekonomi ini bertujuan untuk menyelesaikan konflik kelas melalui kerjasama antara kelas-kelas.[6]

Fasisme Itali menentang liberalisme. Ia juga menentang sosialisme kerana penentangan tipikalnya kepada nasionalisme,[7] tetapi juga menentang konservatif reaksioner yang dibangunkan oleh Joseph de Maistre.[8] Ia mempercayai kejayaan nasionalisme Itali memerlukan penghormatan tradisi dan rasa lampau yang jelas dikongsi bersama orang-orang Itali disamping komitmen kepada Itali moden.[9]

Bersama dengan penggantinya yang diiktiraf, iaitu Parti Fasis Republikan, ia adalah satu-satunya parti yang pembentukan semulanya dilarang oleh Perlembagaan Itali: "Adalah dilarang untuk menyusun semula, dalam apa jua bentuk, iaitu parti fasis yang dibubarkan".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Benito Mussolini (2006), My Autobiography with The Political and Social Doctrine of Fascism, Mineloa: NY: Dover Publication Inc., p. 227. Note that some authors refer to Mussolini's first political party as "The Revolutionary Fascist Party". 
  2. ^ Joel Krieger, ed. (2012), The Oxford Companion to Comparative Politics, Oxford University Press, p. 120 
  3. ^ Aristotle A. Kallis. Fascist ideology: territory and expansionism in Italy and Germany, 1922–1945. London, England, UK; New York City, USA: Routledge, 2000. Pp. 41.
  4. ^ Aristotle A. Kallis. Fascist ideology: territory and expansionism in Italy and Germany, 1922–1945. London, England, UK; New York City, USA: Routledge, 2000. Pp. 50.
  5. ^ Andrew Vincent. Modern Political Ideologies. Third edition. Malden, Massaschussetts, USA; Oxford, England, UK; West Sussex, England, UK: Blackwell Publishers Ltd., 2010. Pp. 160.
  6. ^ John Whittam. Fascist Italy. Manchester, England, UK; New York City, USA: Manchester University Press, 1995. Pp. 160.
  7. ^ Stanislao G. Pugliese. Fascism, anti-fascism, and the resistance in Italy: 1919 to the present. Oxford, England, UK: Rowman & Littlefield Publishers, Inc., 2004. pp. 43–44.
  8. ^ Stanley G.Payne. A History of Fascism, 1914–45. Madison, Wisconsin, USA: University of Wisconsin Press, 1995. Pp. 214.
  9. ^ Claudia Lazzaro, Roger J. Crum. "Forging a Visible Fascist Nation: Strategies for Fusing the Past and Present" by Claudia Lazzaro, Donatello Among The Blackshirts: History And Modernity In The Visual Culture Of Fascist Italy. Ithaca, New York, USA: Cornell University Press, 2005. Pp. 13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]