Pasar Hujung Minggu Chatuchak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasar Hujung Minggu Chatuchak
Pasar Hujung Minggu Chatuchak pada petang Sabtu.
LokasiChatuchak, Bangkok
Laman sesawangChatuchakmarket.org

Pasar Hujung Minggu Chatuchak (Bahasa Thai: ตลาดนัดจตุจักร, RTGSTalatnat Chatuchak Mengenai audio inisebutan ), di Jalan Kamphaeng Phet 2, Chatuchak, Bangkok, ialah pasar yang paling besar di Thailand.[1] Juga dikenali sebagai "JJ Market," ia mempunyai lebih daripada 15 000 buah gerai dan 11 505 orang peniaga (2019),[2] dan terbahagi kepada 27 buah seksyen. Pasar Chatuchak menjual pelbagai jenis barangan, seperti pokok, barang antik, elektronik, kosmetik, haiwan peliharaan, minuman dan makanan basah atau kering, tembikar, perabot, kelengkapan rumah, pakaian dan buku.[3][4]

Ia merupakan pasar hujung minggu terbesar dan paling beraneka di dunia, dengan lebih daripada 200 000 pengunjung setiap hujung minggu.[3][5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasar Chatuchak telah dibuka sejak tahun 1942.[7] Pada tahun 1948, Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram menggubal dasar yang menghendaki setiap wilayah untuk ada sebuah pasar sendiri. Bangkok memilih Sanam Luang sebagai tapak pasar mereka. Beberapa bulan kemudian, kerajaan memindahkan pasar tersebut ke Sanam Chai. Ia dipindahkan semula ke Sanam Luang pada tahun 1958.

Bermula dari tahun 1975, Jeneral Kriangsak Chamanan melaksanakan dasar untuk menjadikan Sanam Luang sebagai tempat riadah untuk penduduk dan upacara peringatan. Oleh sebab Jeneral Kriangsak Chamanan pengerusi Kereta Api Negara Thailand pada masa itu, beliau membenarkan tanah di sebelah selatan Taman Chatuchak dijadikan sebagai pasar. Rancangan beliau adalah untuk mengitar semula Gunung Sampah Din Daeng yang telah digunakan sebagai tapak pelupusan sampah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Beliau merekrut jurutera-jurutera tentera untuk mengusahakannya dan taman tersebut berjaya disiapkan pada tahun 1978, sewaktu Jeneral Kriangsak Chomanan menjadi Perdana Menteri.[8][9]

Tahun 1983, semua peniaga telah berpindah ke Chatuchak. Pada masa itu, pasar itu bernama Pasar Phahonyothin. Pada tahun 1987, namanya ditukarkan kepada Pasar Chatuchak.[10]

Mercu tanda yang khas di Pasar Chatuchak ialah sebuah menara jam. Ia dibina pada tahun 1987 sempena hari keputeraan yang ke-60 Raja Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember 1987, hasil kerjasama pentadbiran pasaran itu dan Persatuan Pedagang Thai-Cina.[11]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sewa bulanan sebuah gerai untuk peniaga di Pasar Chatuchak adalah antara 10 600 hingga 17 700 baht. Kajian Universiti Dewan Perniagaan Thai (UTCC) mendapati kebanyakan peniaga telah menjual di pasar hujung minggu itu selama empat hingga enam tahun dan mempunyai hasil jualan purata sebanyak 139 500 baht sebulan.[2]

Perdagangan hidupan liar haram[sunting | sunting sumber]

Kajian menunjukkan bahawa Pasar Chatuchak ialah pusat perdagangan hidupan liar haram.[12][13]

Dalam tinjauan 28–29 Mac 2015, penyelidik mengira terdapat 1271 ekor burung daripada 117 spesies yang dijual di 45 buah kedai/gerai. Daripada semua itu, sembilan spesies tersenarai sebagai spesies "Terancam" dalam Senarai Merah IUCN dan lapan spesies sebagai "Hampir Terancam".[12]:24-29[14]

Seksyen pasar[sunting | sunting sumber]

  • Pakaian dan aksesori (seksyen 2–6, 10–26)
  • Kraftangan (seksyen 8–11)
  • Tembikar (seksyen 11, 13, 15, 17, 19, 25)
  • Perabot dan hiasan rumah (seksyen 1,3,4,7,8)
  • Makanan dan minuman (seksyen 2, 3, 4, 23, 24, 26, 27)
  • Pokok dan alat berkebun (seksyen 3, 4)
  • Seni dan galeri (seksyen 7)
  • Haiwan peliharaan dan aksesori (seksyen 8, 9, 11, 13)
  • Buku (seksyen 1, 27)
  • Barang antik dan koleksi (seksyen 1, 26)
  • Lain-lain dan pakaian terpakai (seksyen 2, 3, 4, 5, 6, 22, 25, 26)[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pasar ini boleh ditemui di tepi Jalan Kamphaeng Phet dan boleh dicapai melalui stesen Kamphaeng Phet (hujung barat) dan Taman Chatuchak (hujung timur) di Laluan Biru MRT. Hujung timur pasar juga boleh dicapai melalui stesen BTS Mo Chit di Laluan Sukhumvit.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Agar, Charles (19 July 2006). Frommer's Thailand. John Wiley & Sons. m/s. 16. ISBN 978-0-470-04031-7.
  2. ^ a b Apisitniran, Lamonphet (2019-01-29). "Chatuchak shops plied with e-commerce, loans". Bangkok Post. Dicapai pada 2019-01-29.
  3. ^ a b c "Welcome, Chatuchak Weekend Market". Chatuchak Weekend Market. Dicapai pada 2 April 2017.
  4. ^ "Guide To Chatuchak Market: Experience For Shopping". Asia Marvels. 14 March 2017.
  5. ^ "Where is the World's Largest Weekend Market?". Wanderlust and Lipstick.
  6. ^ "Chatuchak Weekend Market in Bangkok, Thailand-Map-Layout". Guide to Thailand. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 2017-11-24.
  7. ^ "Chatuchak Weekend Market Bangkok".
  8. ^ "เกี่ยวกับเรา - กองอำนวยการตลาดนัดกรุงเทพมหานคร (ตลาดนัดเมืองมีน)".
  9. ^ "Food and music shops to look out for at Bangkok's Chatuchak Weekend Market". The Straits Times. 23 December 2016.
  10. ^ "ประวัติตลาดนัดจตุจักร ตลาดนัดสวนจตุจักร (Jatujak Market) | jj app แอฟพลิเคชั่นบนมือถือ สำหรับนักท่องเที่ยว ตลาดนัดสวนจตุจักร". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-11. Dicapai pada 2014-11-29.
  11. ^ Davies, Ryan (2018-02-05). "Chatuchak's Clock Tower". Chatuchak Market: The World's Largest Weekend Market (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-19.
  12. ^ a b Ching, Serene C L; Eaton, James A (2016). "Snapshot of an on-going trade: an inventory of birds for sale in Chatuchak weekend market, Bangkok, Thailand" (PDF). BirdingASIA. 25. Dicapai pada 28 July 2016.
  13. ^ "Bangkok market a hub for illegal international trade in freshwater turtles and tortoises". International Union for Conservation of Nature (IUCN). 2008-04-25. Dicapai pada 28 July 2016.
  14. ^ "Persistent illegal bird trade highlighted at notorious Bangkok Market". Traffic. 28 July 2016. Dicapai pada 28 July 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


13°48′03″N 100°33′05″E / 13.80083°N 100.55139°E / 13.80083; 100.55139