Pengangkutan di Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta menunjukkan jalan raya dan jalan kereta api utama di Iran.

Pengangkutan Darat[sunting | sunting sumber]

Jaringan Jalan Raya[sunting | sunting sumber]

Jaringan jalan raya di Iran adalah antara yang terbaik di dunia. Ia menghubungkan bandar-bandar utama dan kawasan-kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, Iran mempunyai 178,152 km (111,000 batu) jalan raya dan 66% daripadanya adalah berturap. Manakala, terdapat 30 pengguna kereta bagi setiap 1000 penduduknya.

Jaringan Kerata Api[sunting | sunting sumber]

Jalan keretapi di Iran pula adalah sepanjang 6,405 km (3,980 batu).

Transit Kota[sunting | sunting sumber]

Sistem transit pula terdapat di semua bandar-bandar utama manakala Teheran, Mashad, Shiraz, Tabriz, Ahwaz dan Isfahan sedang didalam proses membina jalan kereta api bawah tanah.

Pengangkutan Laut[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan utama Iran ialah pelabuhan Bandar Abbas yang terletak di Selat Hormuz. Pelabuhan ini dihubungkan dengan sistem jalan raya dan jalan kereta api bagi pengangkutan kargo. Jaringan kereta api Tehran-Bandar Abbas dibina pada tahun 1995 yang menghubungkan Bandar Abbas dengan seluruh Iran dan Asia Tengah melewati Tehran dan Mashad. Pelabuhan-pelabuhan lain pula ialah pelabuhan Bandar Anzali di Laut Kaspia, pelabuhan Bandar Turkmen juga berhadapan dengan Laut Kaspia, dan pelabuhan korramshahr dan pelabuhan Bandar Khomeyni di Teluk Parsi.

Pengangkutan Udara[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar utama di Iran juga dihubungkan dengan Pengangkutan Udara. Terdapat sebanyak 321 lapangan terbang di Iran dimana 129 daripadanya mempunyai landasan yang berturap dan 192 pula tidak mempunyai landasan berturap. Iran Air pula adalah syarikat penerbangan kebangsaan Iran yang bertanggungjawab menghubungkan bandar-bandar utama Iran dan juga menghubugnkan Iran dengan negara-negara lain.

Komunikasi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Iran mempunyai media massanya tersendiri iaitu tiga stesen radio nasional dan dua saluran televisyen nasional dan juga beberapa setesen radio dan televisyen daerah. Pada tahun 2005, terdapar 252 stesen radio dan juga terdapat 158 televisyen bagi setiap 1000 penduduk. Talian telefon pula adalah sebanyak 219 dan juga terdapat 110 kimputer peribadi bagi setiap 1000 penduduk.