Pengantin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengantin adalah lelaki atau perempuan yang akan berkahwin atau baru berkahwin. Pihak lelaki dipanggil pengantin lelaki dan pihak perempuan dipanggil pengantin perempuan. Kedua-dua pengantin dipanggil sebagai mempelai. Kedua-dua pengantin yang cantik dan sepadan akan digelar "merpati dua sejoli" atau disebut sebagai peribahasa "bagai pinang dibelah dua".

Dalam kalangan masyarakat Melayu, ketika bersanding, pengantin lelaki akan memakai baju Melayu dan pengantin perempuan akan memakai baju kurung. Biasanya pakaian pengantin mengunakan kain songket. Pengantin lelaki akan memakai tengkolok dan keris akan disisip di pinggang. Sementara pengantin perempuan akan memakai mahkota atau tiara di kepala dan membawa bunga tangan.