Pengaruh Islam terhadap seni lukis Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lengkung Saracen dan mozek Byzantine melengkapi satu sama lain di dalam Palatine Chapel, Sicily.

Pengaruh Islam ke atas seni lukis Kristian merujuk kepada pengaruh seni lukis Islam, hasil seni di dalam dunia Islam dari abad ke-7 hingga abad ke-19, ke atas seni lukis Kristian. Pada tempoh itu, sempadan di antara dunia Kristian dan dunia Islam banyak berubah, dalam beberapa kes menyebabkan pertukaran penduduk dan seterusnya amalan kerja dan teknik seni lukis. Lagi, kedua-dua peradaban tersebut mempunyai hubungan diplomasi dan perdagangan yang memudahkan pertukaran budaya antara satu dengan lain.

Hasil seni perhiasan Islam merupakan barang import bernilai tinggi sepanjang Zaman Pertengahan.

Dari segi seni, titik-titik pertemuan penting di antara Barat Latin dan dunia Islam pada zaman awal Islam ialah Selatan Itali dan Sicily, dan semenanjung Iberia, yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang signifikan. Kemudian republik maritim Itali memainkan peranan penting dalam perdagangan hasil seni. Seni lukis Islam tidak mempengaruhi seni lukis Salibi dalam negeri-negeri Salibi pada zaman Perang Salib, walaupun ia mungkin merangsang pengimportan barangan Islam di kalangan tentera Salibi yang pulang ke Eropah.