Saracen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Saracen ialah istilah yang digunakan oleh orang Kristian Eropah terutama pada Zaman Pertengahan untuk merujuk kepada orang yang beragama Islam (tanpa mempedulikan bangsa atau sukunya).[1] Pada masa itu, istilah ini umumnya digunakan secara negatif.[2] Pada zaman moden, istilah Saracen juga digunakan terhadap lanun laut di Laut Mediterranean. [3]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kulit hitam Saracen ditekankan dalam perincian lukisan Tentera Saracen di luar Paris. Lukisan berkaitan kejadian rekaan dan dihasilkan oleh Julius Schnorr von Carolsfeld, pada tahun 1822-27.

Perkataan Saracen berasal daripada Bahasa Yunani (Σαρακηνός), yang mungkin berasal daripada bahasa Arab شرقيين syarqiyyin ("orang-orang timur"), namun kemungkinan ini tidak mempunyai asas yang kukuh.[4] Istilah ini pertama kali dipakai pada awal zaman Rom kuno untuk menggelar sebuah suku Arab di Semenanjung Sinai. Pada awal zaman selepas masihi, penulisan dalam bahasa Yunani dan Latin perkataan Saracen merujuk kepada orang yang tinggal di kawasan gurun di dalam dan berhampiran wilayah Arabia Romawi (Arabia Petrea); mereka dibezakan secara khusus daripada orang Arab.[5][6] Pada masa-masa berikutnya, orang-orang Kristian Rom memperluaskan penggunaan ini kepada orang Arab secara keseluruhan. Setelah berkembangnya agama Islam, terutama pada masa Perang Salib, istilah ini digunakan terhadap seluruh Muslim (orang Islam).[7] Istilah ini disebarkan ke Eropah Barat oleh orang-orang Byzantium (Rom Timur) dan Tentera Salibi.[1]

Penggunaan istilah pada Zaman Pertengahan[sunting | sunting sumber]

Lukisan daripada manuskrip bergambar Byzantine abad ke-12 menunjukkan orang Rom menghukum Saracen Crete.

Penggunaan perkataan Saracen di Eropah bertukar sepanjang Zaman Pertengahan, tetapi maksudnya kekal negatif dan takrifan tepat masih kabur.[8] Dalam satu karya polemik abad kelapan, John dari Damasyik mengkritik orang Saracen sebagai pengikut nabi palsu dan "pelopor Dajjal".[9] Dua abad kemudian, orang Eropah melihat Saracen sebagai penyembah berhala yang miskin dan tidak berpelajaran yang asing daripada orang Arab yang membawa Aristotle kepada Barat serta Moor dan Barbar yang berperang dengan puak Kristian di Sepanyol.Sesorang yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam daripada sumber-sumber [Eropah] Zaman Pertengahan tidak akan membuat usul yang ketiga-tiga keumpulan di atas datang daripada budaya yang sama.[8]

Kesusateraan Zaman Pertengahan dan ras[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-12, orang Eropah Zaman Pertengahan memiliki pemahaman yang lebih kukuh berkaitan Islam dan Saracen menjadi penanda ras dan agama.[5][10] Dalam sebahagian kesusasteraan Zaman Pertengahan, Saracen, – yakni Muslim – berkulit hitam manakala Kristian berkulit putih. Suatu contoh didapati dalam karya The King of Tars ("Raja Tars") sebuah roman Zaman Pertengahan.[11][12] The Song of Roland ("Syair Roland"), satu syair keperwiraan Perancis abad ke-11, membawa hubungan kulit hitam dengan Saracen lebih jauh, dengan membuat warna kulit itu ciri utama Saracen.[13]


Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Saracen." Encyclopædia Britannica. 2007. Britannica Concise Encyclopedia. 23 Sept. 2007.
  2. Hoy (2003). h. 39-45
  3. Torricella is not Peligna, oleh Luigi Russo. 17 Desember 1996. lih. catatan kaki 45 "Caracenes"
  4. Oxford English Dictionary, entri "Saracen"
  5. 5.0 5.1 Daniel, pg. 53.
  6. Retso, pg. 505-506.
  7. Where's Where: A Descriptive Gazetteer. London: Eyre Methuen Ltd.. 1974. ISBN 0-413-32290-4. 
  8. 8.0 8.1 Daniel, pg. 246.
  9. "The Fount of Knowledge" . Gotiska Ärkestiftet av de Sanna ortodoxt kristna. 28 April 2012.
  10. Heng, pg. 334.
  11. Heng, pg. 231, 422.
  12. "The King of Tars". The Crusades Project at the University of Rochester. 28 April 2012.
  13. Kahf, pg. 31.

Rujukan[sunting | sunting sumber]