Pertempuran Kaherah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Penaklukan Kaherah)
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Kaherah
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Mamluk (1516–1517)
Tarikh Januari-Februari 1517
Lokasi Kaherah, Mesir
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Fictitious Ottoman flag 1.svg Empayar Uthmaniyyah Mameluke Flag.svg Kesultanan Mamluk
Komander
Fictitious Ottoman flag 1.svg Sultan Selim I Mameluke Flag.svg Sultan Tuman Bay II
Kekuatan
Tidak diketahui 10,000
Korban
Tidak diketahui Jumlah angka korban tidak diketahui

Pertempuran Kaherah merujuk kepada pertempuran antara Empayar Uthmaniyyah dan Kesultanan Mamluk di Mesir pada tahun 1517.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pasukan hadapan Uthmaniyyah memasuki kota Kaherah tanpa sebarang halangan namun ia sebenarnya ialah satu perangkap. Pada 26 Januari, pasukan Tuman Bay memasuki kota dan menghancurkan pasukan Uthmaniyyah yang berada di dalam kota dengan kadar yang pantas. Sultan Selim yang tahu akan keadaan ini menghantar pasukan janissarinya untuk merebut kembali kota pada 27 Januari. Penduduk kota bergabung dengan Tuman Bay dan pertempuran berlangsung dan berlanjutan sehingga 3 Februari. Semasa Uthmaniyyah mengambil alih kota Kaherah, dikatakan bahawa puluhan ribu penduduk Kaherah telah terbunuh dan kebanyakannya ialah terdiri daripada bangsawan Mamluk.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Tuman Bay terus melancarkan pemberontakannya ke atas pemerintahan Empayar Uthmaniyyah selama beberapa bulan. Beliau akhirnya telah ditangkap dan dihukum mati pada bulan Mac. Empayar Uthmaniyyah telah berjaya menguasai Syam dan Mesir. Dalam jangka masa tiga tahun, Sultan Selim telah menggandakan wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Kemudian, Uthmaniyyah mengalihkan perhatian dan tumpuan ke atas penaklukan Eropah pula.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Иванов Н. А. 1984.
  2. ^ Петросян 2013.