Zakat fitrah
Dalam Islam, Zakat Fitrah ialah satu bentuk pemberian derma yang dituntut oleh Islam bagi setiap Muslim yang berkemampuan pada akhir Ramadan. Zakat Fitrah dikenali juga sebagai Zakat Badan, Zakat Puasa, Zakat Ramadan, dan Zakat Fitri. Zakat ini dilakukan dalam bentuk memberi makanan ruji bagi membolehkan golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri, satu perayaan yang menandakan berakhirnya ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Tuntutan ibadat ini bermula daripada terbenamnya matahari pada hari terkakhir pada bulan Ramadan dan bertrusan sehingga bermulanya solat sunat Aidilfitri pada pagi keesokannya.
Walaubagaimanapun, zakat ini juga boleh ditunaikan lebih awal daripada tempoh ini. Sebahagian Sahabat Rasulullah SAW menunaikan zakat mereka beberapa hari sebelum Aidilfitri. Kadar yang diwajaibkan adalah sama bagi setiap individu tanpa mengambil kira pendapatan dan kekayaan individu tersebut, Kadar yang diwajibkan ialah satu sa' (empat tadahan tangan penuh) makanan, bijirin dan buah-buahan kering bagi setiao ahli keluarga, yanga mana boleh dibayar dengan nilai wang yang setara.
Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Beragama Islam (bukan murtad)
- Berakal
- Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal
Pembahagian
[sunting | sunting sumber]Zakat Fitrah ialah satu tuntutan yang dihukum sebagai wajib bagi setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, selagi mana mereka berkemampuan.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatakan oleh Ibnu Umar:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”
(Riwayat Muslim: 984)
Kadar Fitrah
[sunting | sunting sumber]Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.
Syarat Zakat Fitrah
[sunting | sunting sumber]- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
[sunting | sunting sumber]- Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah
[sunting | sunting sumber]Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Niat Zakat Fitrah
[sunting | sunting sumber]Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala.
Kadar nilai zakat fitrah
[sunting | sunting sumber]| Negeri | 2023 | 2022 | 2018 | 2017 | 2016 |
|---|---|---|---|---|---|
| RM7.00 | RM7.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM6.50/ RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM13.00/ RM20.00 | RM7.00/ RM13.00/ RM20.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM8.00/ RM10.00/ RM24.00 | RM7.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00/ RM10.00/ RM21.00 | RM6.50 | RM 6.50 | RM 6.50 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM6.70 | RM 6.70 | RM 6.70 | |
| RM7.00/ RM13.00 | RM7.00/ RM10.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 6.00 | |
| RM7.00 | RM7.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00 | RM7.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
| RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | RM7.00 | RM 7.00 | RM 7.00 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- https://www.mysumber.com/zakat-fitrah.html
- https://berita.my/kadar-zakat-fitrah/
- https://www.semakan.my/kadar-zakat-fitrah-negeri-malaysia/
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.