Penyamun Tarbus
| Penyamun Tarbus | |
|---|---|
| Pengarah | Aziz Sattar |
| Penulis | Aziz Sattar |
| Lakon layar | Aziz Sattar |
| Dihasilkan oleh | Deddy M. Borhan |
| Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1980 |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Penyamun Tarbus merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1980. Filem Penyamun Tarbus diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Penyamun Tarbus mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Ibrahim Pendek, Aziz Sattar, A. R. Badul, Mahmud Jun, S. Shamsuddin dan ramai lagi.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Tuan Syed ialah orang kaya yang cuba mengelak daripada membayar cukai dan menyimpan segala rekod kewangannya di dalam peti besi.
Rekod kewangan dan tarbusnya dicuri oleh tiga orang penyamun: Aziz Rabun, Ibrahim Pendek dan Sudin Pekak, untuk membalas dendam ke atas Tuan Syed yang menolak permohonan kerja mereka dengan memberi alasan mereka sudah berumur.
Tuan Syed tidak berani membuat laporan polis kerana takut rahsianya akan terbongkar. Oleh sebab itu, Tuan Syed mengupah beberapa orang penyiasat persendirian iaitu Badul, Raja Ismail, Aznah dan Jastina untuk menjejaki penyamun-penyamun itu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Ibrahim Pendek sebagai Ibrahim Pendek
- Aziz Sattar sebagai Aziz Rabun
- S. Shamsuddin sebagai Sudin Pekak
- A. R. Badul sebagai Badul
- Mahmud Jun sebagai Tuan Syed
- Jastina
- Raja Ismail sebagai Ismail
- Ahmad B
- Aznah Hamid
- Yahya Sulong sebagai Penjual Buah
- Param sebagai Pencuci Kereta
- Julie Dahlan
- Tawil
- Balasingam sebagai Doktor
Lagu
[sunting | sunting sumber]- 1- Penyamun Tarbus - Deddy M Borhan
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia ke 2 (1981) - Komedi Terbaik