Muhammadu Buhari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muhammadu Buhari
محمد بخاري
Muhammadu Buhari, President of the Federal Republic of Nigeria (cropped).jpg
Potret rasmi Muhammadu
Presiden Nigeria
Bakal
Memegang jawatan
29 Mei 2015
Naib PresidenYemi Osinbajo
MenggantikanGoodluck Jonathan
Ketua Negara Nigeria ke-7
Dalam jawatan
31 Disember 1983 – 27 Ogos 1985
Didahului olehShehu Shagari
Digantikan olehIbrahim Babangida
Gabenor Negeri Timur-Laut
Dalam jawatan
Ogos 1975 – Mac 1976
Didahului olehMusa Usman
Butiran peribadi
Lahir (1942-12-17) 17 Disember 1942 (umur 77)
Daura, Nigeria British[1][2]
KerakyatanNigerian
Parti politikAll Progressives Congress
Pasangan
  • Safinatu Yusuf (1971–1988)
  • Aisha Halilu (1989–kini)
Anak-anak
Alma mater
Laman sesawangthisisbuhari.com
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Nigeria
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Nigeria
Tahun perkhidmatan1961–1985
PangkatMejar Jeneral

Muhammadu Buhari (lahir pada 17 Disember 1942) adalah Presiden Nigeria mulai Mei 2015[4] dan Mejar Jeneral bersara dalam Tentera Darat Nigeria yang pernah menjadi Ketua Negara Nigeria dari 31 Disember 1983 hingga 27 Ogos 1985 setelah melakukan rampasan kuasa ketenteraan.[5][6] Pemerintahan tentera Buhari digelar sebagai Buharisme.[7][8]

Beliau bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2003, 2007 dan 2011 tetapi gagal. Pada Disember 2014, beliau terpilih sebagai calon presiden All Progressives Congress untuk pilihan raya Mac 2015. Buhari memenangi pilihan raya 2015 dengan mengalahkan penyandang jawatan Presiden iaitu Goodluck Jonathan. Beliau dilantik lanjut sebagai presiden setelah memenangi pilihan raya presiden Nigeria sekali lagi pada Februari tahun 2019 mengalahkan Atiku Abubakar sebanyak lebih 3 juta undian.[9]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Buhari berasal dari Daura di Negeri Katsina; beliau berketurunan etnik Fula.[1][2]

Dalam pemerintahan Nigeria[sunting | sunting sumber]

Sebagai Menteri Petroleum[sunting | sunting sumber]

Pertama kali Buhari menjadi perhatian umum pada tahun 1976 apabila beliau menjadi Menteri (atau "Pesuruhjaya Perasekutuan") bagi Petroleum dan Sumber Semulajadi di bawah kemudiannya Ketua Negara Jeneral Olusegun Obasanjo. Sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Gabenor North-Eastern State yang baru dibuat semasa regim Murtala Mohammed. Beliau kemudiannya menjadi ketua Nigerian National Petroleum Corporation yang baru dibentuk[10] in 1977.[11]

Kerajaan Buhari[sunting | sunting sumber]

Major Jeneral Buhari telah dipilih untuk memimpin negara oleh pegawai berpangkat sederhana dan tinggi selepas kejayaan kudeta tentera yang menjatuhkan kerajaan awam yang dipimpin oleh Presiden Shehu Shagari pada Disember 31, 1983. Pada masa itu, Buhari adalah ketua Divisyen Bersenjata Ketiga di Jos.[12] Buhari telah dilantik menjadi Ketua Negara dan Ketua Turus Angkatan Tentera, dan Tunde Idiagbon telah dilantik menjadi Ketua Staf Umum (orang #2 sebenarnya di dalam pentadbiran). Buhari menjustifikasikan rampasan kuasa tentera dengan menyelar kerajaan awam sebagai korup lagi lemah, dan kemudian pentadbirannya memulakan satu kempen awam menentang ketidakdisiplinan yang dikenali sebagai "Perang Menentang Ketidakdisiplinan" (WAI). Aspek-aspek bagi kempen ini termasuklah penghinaan umum terhadap pegawai awam yang lambat tiba di tempat kerja mereka dan para pengawal yang bersenjatakan tali cemeti untuk memastikan baris giliran yang tersusun di perhentian bus.[13]

Beliau juga cuba untuk melenyapkan pengkritik pentadbirannya, meluluskan dekri yang mengawal kebebasan berita dan membenarkan musuh-musuh ditahan hingga ke tiga bulan tanpa dakwaan.[14] Beliau juga mengharamkan tunjuk perasaan dan penyekatan masuk oleh pekerja[14] and founded Nigeria's first secret police force, the National Security Organization.[15] Kerajaan beliau telah menjatuhkan pengkritik politik dan pemuzik popular Fela Kuti hingga sepuluh tahun di dalam penjara di atas dakwaan bahawa Amnesty International telah mengumumkan sebagai dibuat-buat;[16]Buhari's successor.[17] Di dalam peristiwa berprofil tinggi yang mencetuskan satu insiden diplomatik dengan Britain, pegawai British telah mendapati bahawa menteri pengangkutan diberi dadah di dalam ke Lagos.[18]

Merujuk kepada BBC, "Percubaan Buhari untuk mengimbangi kewangan umum dengan mengekang import yang membawa kepada kebanyakan yang hilang pekerjaan dan penutupan perniagaan."[19] Kehilangan ini dilosses were disertai dengan kenaikan harga dan kejatuhan dalam taraf sara hidup.[19]

Penahanan dan rampasan kuasa 1985[sunting | sunting sumber]

Di dalam muka pembenterasan yang serius, keadaan ekonomi yang semakin buruk, dan rasuah yang menjadi-jadi, Buhari sendiri telah dijatuhkan oleh satu rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Ibrahim Babangida dan anggota-anggota pemerintah Majlis Ketenteraan Agung atau "Supreme Military Council" (SMC) pada 27 Ogos 1985.[20] Babangida telah membawa banyak pengkritik ke dalam pentadbirannya, termasuklah adik Fela Kuti, Beko Ransome-Kuti, seorang doktor yang mengetuai tunjuk perasaan terhadap Buhari untuk membantah perkhidmatan kesihatan yang semakin teruk.[17] Buhari was then detained in Benin City until 1988.[17]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Muhammadu Buhari

Buhari telah berkhidmat sebagai pengerusi Dana Petroleum, satu badan yang dibentuk oleh Jeneral Abacha, dan didapati daripada keuntungan yang dijana oleh kenaikan harga produk-produk petroleum , bagi mengejar projek-projek pembangunan di seluruh negara.

Pada 2003, Buhari telah bertanding di dalam pilihan raya presiden[21] sebagai calon All Nigeria People's Party (ANPP). Bekiau tewas kepada calon People's Democratic Party iaitu Olusẹgun Ọbasanjọ, dengan beza lebih 11 juta undian. Para penyokong Buhari dan ahli-ahli pembangkang yang lain bahawa di sesetengah negeri seperti Ebonyi bilangan undinya daripada pengundi berdaftar[22][23] Biarpun sesetengah dakwaan penipuan terbukti di makhamah, bahkan pengelolaan pilihan raya dikecam oleh Commonwealth Observer Group,[24] namun rakyat Nigeria bersepakat bahawa beliau tidak wajar membuang masa di mahkamah kerana tidak cukup sumber untuk "membelikan" keadilan.

Pada 18 Disember 2006, Buhari dicalonkan sebulat suara oleh All Nigeria People's Party sebagai calon. Pencabarnya pada pilihan raya April 2007 adalah Umaru Yar'Adua iaitu calon parti pemerintah yang sama negeri asal dengan beliau iaitu Katsina. Dalam pilihan raya ini Buhari meraih 18% undian berbanding 70% bagi Yar'Adua, tetapi Buhari menyangkal keputusan ini.[25] Selepas Yar'Adua mengambil jawatan, ANPP bersetuju untuk menyertai pemerintahannya tetapi dikecam oleh Buhari.[26] Pada bulan Mac 2010, Buhari meninggalkan ANPP untuk Congress for Progressive Change (CPC), sebuah parti yang diasaskannya. Beliau telah berkata bahawa beliau menyokong penubuhan CPC "sebagai suatu penyelesaian terhadap konflik-konflik etika dan ideologi yang lemah di dalam bekas parti terdahulu iaitu ANPP".[27]

Buhari telah menjadi calon presiden CPC pada 16 April 2011 semasa pilihan raya umum, menentang Presiden Goodluck Jonathan dari People's Democratic Party (PDP), Mallam Nuhu Ribadu dari Action Congress of Nigeria (ACN) dan Ibrahim Shekarau dari ANPP. Beliau telah bertanding di atas platform anti rasuah dan berjanji untuk membuang perlindungan kekebalan daripada pegawai-pegawai kerajaan.[18] Beliau juga memberi sokongan kepada penguatkuasaan Undang-undang Shariah di negeri-negeri utara Nigeria, yang mana sebelum ini menyebabkan kerumitan politik beliau di kalangan pengundi-pengundi Kristian di selatan negara.[13]

Bagaimanapun, beliau masih lagi menjadi "folk hero" kepada beberapa pihak kerana penentangannya yang keras terhadap rasuah.[18]

Buhari telah memenangi sebanyak 12,214,853 undi, kedua terbanyak kepada presiden Goodluck Jonathan dari PDP, yang mendapat 22,495,187 undi dan telah diisytiharkan pemenang.[28] Pelantikan beliau pada bulan Mei menandakan kali pertama berlakunya peralihan kuasa yang damai daripada penyandang kerajaan terpilih umum kepada ahli pembangkang yang terpilih umum sejak kemerdekaan Nigeria pada 1960.

Buhari telah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala yang terjadi di bawah penyeliaannya ketika zaman pemerintahan tentera dengan berkata bahawa beliau tidak dapat mengubah zaman lampau. Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai "converted democrat".[29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Muhammadu Buhari Presidential Candidate". thisisbuhari.com. Dicapai pada 2015-02-08.
  2. ^ a b "Muhammad Buhari". Enyclopaedia Britannica. Dicapai pada 8 Februari 2015. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Muhammad Buhari" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "Famous U.S. Army War College Alumni". Ranker.com. Dicapai pada 1 April 2015.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan telegraph tidak disediakan
  5. ^ "Military Regime of Buhari and Idiagbon". Dicapai pada 12 September 2013.
  6. ^ Max Siollun (October 2003). "Buhari and Idiagbon: A Missed Opportunity for Nigeria". Dicapai pada 12 September 2013.
  7. ^ Sanusi Lamido Sanusi (22 July 2002). "Buharism: Economic Theory and Political Economy". Lagos. Dicapai pada 12 September 2013.
  8. ^ Mohammed Nura (14 September 2010). "Nigeria: The Spontaneous 'Buharism' Explosion in the Polity". Leadership (Nigeria). Dicapai pada 12 September 2013.
  9. ^ Published. "UPDATED: Buhari wins second term". Punch Newspapers (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-30.
  10. ^ Troubled journey By Levi Akalazu Nwachuku, G. N. Uzoigwe
  11. ^ [1][pautan putus]
  12. ^ Matthews, Martin P. Nigeria: current issues and historical background. p. 121.
  13. ^ a b "Nigeria's Muhammadu Buhari in profile". BBC News. 17 April 2011. Dicapai pada 2011-04-20.
  14. ^ a b Falola, Toyin and Matthew M. Heaton. A History of Nigeria. p. 214.
  15. ^ Matthews, Martin P. Nigeria: current issues and historical background. p. 122.
  16. ^ Shola Adenekan (2006-02-15). "Obituary: Dr Beko Ransome-Kuti". The Guardian. Dicapai pada 2011-04-20.
  17. ^ a b c Falola, Toyin and Matthew M. Heaton. A History of Nigeria. p. 217.
  18. ^ a b c "Former military ruler Muhammadu Buhari gains support as anti-corruption candidate in Nigeria". The Washington Post. 2011-04-06. Dicapai pada 2011-04-20.
  19. ^ a b [2][pautan putus]
  20. ^ "Muhammad Buhari (head of state of Nigeria) - Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Dicapai pada 2011-04-20.
  21. ^ "Nigeria: Facts and figures". BBC News. April 17, 2007.
  22. ^ "Profile: Muhammadu Buhari". BBC News. December 19, 2006.
  23. ^ "High drama in Abuja". BBC News. April 23, 2003.
  24. ^ http://www.thecommonwealth.org/shared_asp_files/GFSR.asp?NodeID=164967
  25. ^ "Huge win for Nigeria's Yar'Adua", BBC News, April 23, 2007.
  26. ^ Felix Onuah and Camillus Eboh, "Nigerian president picks ministers", Reuters (IOL), July 4, 2007.
  27. ^ Emeka Mamah (18 March 2010). "Buhari Joins Congress for Progressive Change". Vanguard. Dicapai pada 2011-04-22.
  28. ^ Festus Owete (April 21, 2011). "Congress for Progressive Change considers going to court". Next. Dicapai pada 2011-04-22.
  29. ^ Buhari, Muhammadu. "Prospects for Democratic Consolidation in Africa: Nigeria's Transition" Chatham House, London (26 February 2015).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Shehu Shagari
Pengerusi Majlis Tertinggi Tentera Nigeria
31 Disember, 1983 – 27 Ogos, 1985
Diikuti oleh:
Ibrahim Babangida

Templat:BornoStateGovernors Templat:Nigeria Obasanjo Governors Templat:Nigeria Murtala Governors Templat:2007 presidential election candidates, Nigeria