Perbincangan pengguna:Didie/Arkib2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Senarai ahli Wikipedia

Saya melihat anda telah mengemaskini dan mencipta senarai ahli Wikipedia di sini. Baguslah tetapi ada satu ralat - perkataan "Wikipedians" adalah perkataan bahasa Inggeris. Gunakan bahasa piawai, alihkan kesemua laman-laman berkenaan ke istilah yang betul. — Alistaire 16:52, 2 September 2006 (UTC)[balas]

Laman pengguna dirosakkan

Nampaknya pengguna 213.214.155.64 telah membuat kerosakan yang banyak sekali sehingga laman pengguna saya menjadi sasaran dilaku musnah. Saya akan memulihkan semua laman pengguna yang dirosakkan. Saya ingin menyekat pengguna ini tidak terbatas. Hampir 13 halaman dirosakkan antaranya laman pengguna saya, Master2841, Siber79, dan lain-lain. - Didie 09:11, 6 September 2006 (UTC)[balas]

Teruskan. — Master2841 11:40, 6 September 2006 (UTC)[balas]

Saya lihat PM Poon sudah memadam laman pengguna dan perbualannya. Adakah pemadamannya itu patut dikembalikan kepada asal? Namun, itu adalah kebebasan PM Poon untuk membuat apa sahajakan tetapi sebarang bentuk perkauman dan yang berkaitan tidak dibenarkan. Saya berasa rindu dengan PM Poon kerana dia telah berjasa pada ms.wikipedia ini dan pada suatu ketika, dia memberikan semangat kepada saya. Semoga pemergian ini bukanlah kekal tetapi sementara sahaja. Saya sekarang sedang sibuk membuat rencana mengenai keluarga diraja Jepun berikutan Puteri Akishino yang melahirkan anak lelakinya. Ada sesiapa yang berminat dengan rencana mengenainya. Anda yang lain boleh membantu saya. - Didie 11:54, 6 September 2006 (UTC)[balas]

Saya pun rindu dengannyache 17:41, 6 September 2006 (UTC)[balas]

Kotak pandu arah

Kotak pandu arah telah saya tukar. Agak mengelirukan juga. Sebenarnya, saya bukanlah pakar dalam pengendalian Wiki ini dan terpaksa cuba-cuba. Oleh itu maaf sekiranya lewat memberi jawap balas. Yosri 12:50, 6 September 2006 (UTC)[balas]


Assalamualaikum Yosri, apa yang anda lakukan ini betul seperti yang saya katakan. Terima kasih banyak-banyak tetapi boleh tak pautan rencana pilihan diletakkan di bawah pautan portal masyarakat. - Didie 12:55, 6 September 2006 (UTC)[balas]


Bukankah sudah ada dalam kotak Rencana gotong-royong dan kotak Mengenai Wikipedia - Ringkasan Wikipedia? Yosri 13:01, 6 September 2006 (UTC)[balas]

Cadangan ini dibatalkan

Ya tak ye juga, kalau sudah ada rencana gotong-royong, buat apa nak ada rencana pilihan. Nampaknya Yosri anda kena buang pautan itu semula. Harap maaf kerana menyusahkan anda. Ikut andalah Yosri, sama ada hendak membuang pautan itu atau membiarkan saja. - Didie 13:10, 6 September 2006 (UTC)[balas]


Yosri, anda meletakkan pautan gotong-royong itu pasti ramai yang akan tertanya-tanya mengenainya terutama di kalangan pengguna baru. Sebaiknya anda meletakkan pautan rencana gotong-royong yang lebih sesuai. Boleh tak. - Didie 14:05, 6 September 2006 (UTC)[balas]


Humm... Sebenarnya saya meletakkan yang ringkas kerana ia tidak muat satu baris. Tidak mengapa, telah saya ubahkan. Yosri 09:25, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana sudi menunaikan permintaan saya. - Didie 10:17, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Status penyumbangan penyelia

Salam. Hai Didie. Mengenai "Status penyumbangan penyelia" tu, saya fikir ia mungkin tidak diperlukan kerana status sumbangan/keaktifan selalunya diletakkan di laman pengguna itu sendiri berbanding laman Wikipedia:Penyelia. Tapi ia akan kelihatan kosong kerana penyelia jarang ke sana kecuali anda sendiri memberitahu mereka untuk mengisi status mereka setiap kali mereka di sini. — Polar 15:00, 7 September 2006 (UTC)[balas]

Saya sependapat dengan POlar. ...Aurora... 15:29, 7 September 2006 (UTC)[balas]

Luahan saya

Saya berasa sedih, pilu, hiba, terkilan, dukacita dan sedikit hampa dengan ms.wikipedia ini. Semua cadangan saya tidak dapat dipertimbangkan juga diterima. Saya ingin memajukan ms.wikipedia ini namun cadangan saya ini tidak dapat diterima pakai kerana cadangan yang mungkin tidak sependapat dengan orang lain. Ini ialah luahan perasaan saya terhadap ms.wikipedia pada ketika ini. - Didie 07:45, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Jangan bersedih wahai Didie. Bukan apa. Kadang kala, ada sesetengah pendapat yang menyusahkan orang lain dan sukar dijalankan serta tidak menepati piawaian dan garis panduan. Mungkin anda baru di sini. Saya pun pernah begitu tapi kita haruslah bertolak ansur. Jika benar usul anda lebih baik dan berasas serta logik, tegakkan. Tidak salah. Jika tidak berasas, belajar untuk bertoleransi kerana kita bekerja bersama dalam satu komuniti sukarelawan. Mungkin ada yang lebih arif dan berpengalaman. Jangan pentingkan diri sendiri, ok. Salam. :) — Polar 08:27, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Benar cakap Polar! Memang banyak idea anda cenderung kelihatan tidak praktikal kepada kami yang lebih lama bertapak dalam dunia Wikipedia. Bagaimanapun, untuk menghapuskan kesedihan, kepiluan, kehibaan, keterkilanan, kedukacitaan, serta kesedikithampaan anda, adalah baik juga jika badan penyelia ms:wikipedia membenarkan anda mencuba salah satu idea yang anda pilih buat satu minggu bagi membolehkan anda melihat kesannya. Jika tidak baik, pulangkan saje. Sebaliknya, jika idea itu baik, kekalkannya. Jika ia merupakan sesuatu perkara yang dapat menyenangkan anda, banyak idea saya juga tidak dapat diterima, termasuk penggunaan gambar surat khabar yang mengakibatkan pertikaian yang begitu kejam dengan Johnmklee. Kan kini gambar surat khabar jelas boleh diterima, termasuk gambar hak cipta bersyarat?

Banyaknya inovasi dan rekaan baru (seolah-olah adanya rekaan lama, hehehe... tetapi kan bahasa Inggeris pun menggunakan new inventions?) mula-mulanya tidak dapat diterima — umpamanya rekaan mesin fotostat yang ditolak oleh IBM tetapi kemudian diberikan kepada Syarikat Xerox yang merupakan sebuah syarikat kucing kurap ketika itu — atau diperlihatkan dengan kesangsian, umpamanya pencetak komputer. Ketika Guglielmo Marconi mencadangkan komunikasi wayarles, kawan-kawan rapatnya menyarankannya ke hospital mental di mana beliau tinggal buat satu tempoh.

Selain itu, menukarkan sesuatu benda memang susah. Ini sebahagian disebabkan sikap 'rintangan terhadap perubahan' yang merupakan sikap manusia yang semula jadi, bukan sahaja di sini tetapi juga di mana-mana satu syarikat yang anda bekerja. Kini, kita tahu bahawa amalan pengabdian adalah buruk dan tidak selaras, baik dari segi hak asasi manusia mahupun dari segi keadilan semula jadi (natural justice). Bagaimanapun, idea ini tidak dapat diterima oleh orang-orang Amerika Syarikat Selatan ketika dikemukakan oleh Abraham Lincoln. Namun, banyak orang telah dikorbankan, akibat Perang Saudara Amerika dalam tempoh empat tahun antara 1861 dan 1865. Untuk gambaran kederitaan perang ini yang mungkin dapat menggerakkan hati, bacalah Lalu bersama Angin (Gone with the Wind) yang ditulis oleh Margaret Mitchell. (Terdapat versi bahasa Indonesia daripada Perpustakaan Bandar.)

Saya memang suka membaca tentang kehidupan orang lain, khususnya tokoh-tokoh dalam berbagai bidang. Setelah menterjemahkan banyak rencana biografi dalam portal ini, saya mendapati bahawa kehidupan mereka memang amat susah sebelum mencapai kejayaan sulung. Sebelum menterjemahkannya, bunyi nama mereka memberi gambaran yang lain, iaitu kejayaan mereka mungkin disebabkan oleh bakat yang merupakan takdir. Jika ini adalah benar, tak kan kena menderita dan menghadapi kegagalan dasyhat berulang kali sebelum berjaya?

Didie, walau apa pun, janganlah hilang bakat kreatif anda yang begitu unik! Mana tahu pada suatu hari kemudian, anda akan dapat mencapai 'pecah lalu' (bahasa Inggeris: breakthrough atau 'kejayaan yang cemerlang' hehehe) di dunia nyata? — PM Poon 20:01, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Pantun saya untuk menyambut kembali PM Poon

Pantun ini ditujukan kepada PM Poon khasnya. Pantun empat kerat ini berbunyi seperti:

Mak Cik Siti membeli benda,
Benda dicari di Tasik Chini,
Wikipedia ini memerlukan anda;
Wahai PM Poon pulanglah ke sini.

Dan diakhiri dengan pantun ini.

Baju kurung dipenuhi renda,
Dipakai cantik oleh Cik Mimi,
Takkan tak boleh bergurau senda;
Janganlah pergi meninggalkan kami.

Sekian terima kasih. Diharap anda(PM Poon) dapat membalas pantun saya jika anda mahir berpantun. Tidak mengapa. Selamat kembali. - Didie 16:08, 9 September 2006 (UTC)[balas]


Pantun? Kartun boleh? hehehe. Sebelum saya terlupa, saya meminta maaf kerana lambat membalas. Terima kasih atas pantun anda. Saya orang kasar, langsung tak faham kesenian. Ketika saya belajar organ elektronik di Alor Star pada suatu ketika, saya berasa muzik yang diberi oleh guru muzik kepada saya tak shiok, bunyinya. Ketika saya melihat seorang kanak-kanak yang berumur lebih kurang 6 tahun (saya berumur 27 tahun ketika itu) masuk kelas yang sama beberapa minggu kemudian (perniagaan memang banyak teruk, cuma dua orang penuntut saje!), saya mendapati bahawa muziknya lebih sedap. Oleh itu, saya meminta guru itu untuk membenarkan saya main muzik yang dimain oleh kanak-kanak itu. Apakah cik gu berkata? Cuba teka! Cik gu berkata, "Kan muzik budak itu sama sahaja dengan muzik yang kau main ini?!" hehehe.

Lagi satu contoh! Kawan saya hendak belajar berdansa di Singapura. Dia mengajak saya belajar kerana nak pengangkutan yang mudah serta percuma. Sekolah tarian itu memang amat masyhur di Singapura. Selepas satu bulan, pelatih itu memberitahu kawan saya, "Panggil kawan kau jangan datang lagi. Nanti perniagaan saya tutup kalau dia memberitahu orang lain dia belajar di sini!" hehehe.

Tentang penyertaan saya di sini, saya memang akan terus menyumbang. Selain daripada perisian yang mudah, dan sumber bahasa Inggeris yang banyak untuk diterjemahkan, perhubungan yang begitu "lama" dari segi sumbangan memang akan menimbulkan sedikit perasaan kasih sayang terhadap portal ini. Bagaimanapun, saya rasa lebih selesa di luar, iaitu sebagai pengguna tanpa mendaftar. Dari segi portal ini, semua adalah sama kerana saya masih menyumbang! — PM Poon 18:33, 12 September 2006 (UTC)[balas]

Kotak Carian sudah pulih

Saya terkejut apabila mencari rencana Los Angeles dan ingat rencana itu ada di ms ini. Lihat2 carian itu memberikan semua rencana yang berpaut dengan Los Angeles. Sungguh terkejut dan berkemungkinan sudah pulih. - Didie 01:51, 10 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Rencana khas

Saya akan memperbaiki rencana itu. Selamat Hari Raya kepada anda juga. — Master2841 07:43, 19 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Jangan padamkan maklumat permohonan.

Tolong jangan padam maklumat permohonan / maklumat lain. Ia perlu di arkib sebagai sesuatu rekod permohonan tidak mendapat sokongan. Yosri 10:11, 20 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Thailand atau Negara Thai?

Hai, merujuk kepada Perbualan:Thailand sila berikan komen lanjut di laman perbualan tersebut mengenai pilihan anda menamakan rencana itu . Ini untuk mempercepatkan proses pemilihan nama rencana oleh penyelia. Anda boleh menukar pilihan anda atau apa sahaja. Terima kasih.Zack2007 02:55, 29 November 2006 (UTC)[balas]

Permohonan menjadi penyelia

Sila lawati laman Wikipedia:Penyelia bagi pengundian permohonan menjadi penyelia. Yosri 11:04, 18 Disember 2006 (UTC)[balas]

Matthew A. Lockhart ialah seorang pengguna lama iaitu sejak 27 Ogos 2005. Lihat sumbangan beliau.

Walaupun dia pengguna lama, di Wikipedia:Penyelia/Pengundian berkata yang pengguna itu mesti mempunyai 10 suntingan sebelum pengundian bermula atau permohonan itu ditulis. -Didie 07:40, 19 Januari 2007 (UTC)[balas]

Sudah lebih 10 suntingan yang dibuat olehnya. Saya tidak lihat ada apa-apa masalah. — Master2841 07:50, 19 Januari 2007 (UTC)[balas]

Bukan itu yang saya maksudkan tetapi Matthew mempunyai 7 suntingan sahaja pada sebelum 11 Januari iaitu sebelum pengundian birokrat bermula. Sekarang, Matthew mempunyai 10 suntingan ke atas selepas pengundian ini bermula dan inilah yang membuatkan dia tidak layak mengundi tetapi dia boleh mengundi selain daripada undian birokrat ini yang bermula 11 Januari 2007. --Didie 08:07, 19 Januari 2007 (UTC)[balas]

Suntingan bukan bermaksud hanya rencana tetapi termasuk juga templat, imej dan sebagainya. Maka sumbangan beliau sudah melayakkan beliau untuk mengundi. — Master2841 16:35, 19 Januari 2007 (UTC)[balas]
Beliau mempunyai 7 suntingan sahaja termasuk templat, imej, dan sebagainya. Suntingan terakhirnya sebelum 11 Januari 2007 ialah 12 September 2006. -Didie 01:02, 20 Januari 2007 (UTC)[balas]

Cuba kira semula daripada awal sumbangan beliau, lebih daripada 10 suntingan. Suntingan beliau sudah cukup. Saya harap anda berbincang dengan penyelia yang lain sebelum anda menolak undi seseorang. — Master2841 08:06, 20 Januari 2007 (UTC)[balas]

Ya saudara Master2841, memang Matthew mempunyai 50 suntingan ke atas tetapi dia membuat suntingan yang banyak selepas pengundian Aurora dimulakan. Sebelum pengundian bermula dia hanya membuat kurang daripada 10 suntingan dan sudah lama dia tidak aktif di sini. Harap faham wahai Master2841 ye. hehehe - Didie 05:22, 21 Januari 2007 (UTC)[balas]

Statistik Matthew A. Lockhart

Suntingan berkali-kali juga dikira. Mari kita lihat senarai sumbangan beliau setakat 12 Januari 2007.

#20:40, 12 Januari 2007 (silam) (beza) Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Aurora untuk birokrat 
11 Januari 2007
# 12:18, 26 Januari 2006(silam) (beza) k Perbualan:Islam di Eropah (Perbincangan 
tidak relevan oleh 202.188.6.193)  (puncak) [kembalikan]
# 07:17, 25 Januari 2006 (silam) (beza) MP40 ----->12
# 07:08, 25 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:Senjataapi (puncak) [kembalikan]
# 07:04, 25 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:Senjataapi
# 06:54, 25 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:Senjataapi
# 06:10, 25 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:Senjataapi
# 06:08, 25 Januari 2006 (silam) (beza) Templat:Senjataapi
# 12:48, 23 Januari 2006 (silam) (beza) Firdaus (diwikikan dan Pandangan Berkecuali) -----> 11
# 12:37, 23 Januari 2006 (silam) (beza) Erwin Rommel ----> 10
# 05:39, 23 Januari 2006 (silam) (beza) Erwin Rommel (Bahagian Kedua Terjemahan) -----> 9
# 04:56, 23 Januari 2006 (silam) (beza) k Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 15:24, 22 Januari 2006 (silam) (beza) Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 10:06, 22 Januari 2006 (silam) (beza) Perbualan:Maya Karin (telah mengeluarkan:
Kandungan dahulu: 'hyeee..maya my name is dina..im stilll 14 still young...huhu.')
# 07:25, 21 Januari 2006 (silam) (beza) k Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 17:22, 20 Januari 2006 (silam) (beza) k Perbualan Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 17:16, 20 Januari 2006 (silam) (beza) Erwin Rommel -----> 8
# 15:42, 20 Januari 2006 (silam) (beza) k Imej:Rommel portrait.jpg (puncak) [kembalikan]
# 15:36, 20 Januari 2006 (silam) (beza) Imej:Rommel portrait.jpg (Dari Wikipedia Inggeris,
 di bawah nama en:Image:Rommel_Potrait yang sama. {{fairuse}})
# 15:22, 20 Januari 2006 (silam) (beza) Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 15:10, 20 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:Imej Hakcipta (Penambahan Imej:Logo hakcipta.png)
# 15:08, 20 Januari 2006 (silam) (beza) Templat:Fairuse (Penambahan Imej:Logo hakcipta.png)
# 14:50, 20 Januari 2006 (silam) (beza) USS Idaho (BB-42) -----> 7
# 15:03, 17 Januari 2006 (silam) (beza) Laman Utama (Kembali ke revisi terakhir oleh Borgx)
# 14:57, 17 Januari 2006 (silam) (beza) Templat:Fairuse (Kemaskini kotak)
# 14:49, 17 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:HakciptaKerajaanMalaysia (puncak) [kembalikan]
# 14:49, 17 Januari 2006 (silam) (beza) k Kategori:Hakcipta Kerajaan Malaysia (puncak) [kembalikan]
# 14:45, 17 Januari 2006 (silam) (beza) Imej:Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.jpg 
({{fairuse}}) (puncak) [kembalikan]
# 14:43, 17 Januari 2006 (silam) (beza) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Pautan imej)---->6
# 14:40, 17 Januari 2006 (silam) (beza) Imej:Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.jpg 
(Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sumber: Kerajaan Negeri Sarawak
{{HakciptaKerajaanMalaysia}})
# 16:55, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 16:41, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Wikipedia:Kedai Kopi
# 16:39, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Wikipedia:Kedai Kopi
# 16:35, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Kategori:Hakcipta Kerajaan Malaysia
# 16:35, 16 Januari 2006 (silam) (beza) HakciptaKerajaanMalaysiaTemplat: (HakciptaKerajaanMalaysiaTemplat: 
dipindahkan ke 
Templat:HakciptaKerajaanMalaysia: Kesalahan nama asal.) (puncak) [kembalikan]
# 16:35, 16 Januari 2006 (silam) (beza) k Templat:HakciptaKerajaanMalaysia (HakciptaKerajaanMalaysiaTemplat: 
dipindahkan ke 
Templat:HakciptaKerajaanMalaysia: Kesalahan nama asal.)
# 16:33, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Templat:HakciptaKerajaanMalaysia
# 16:15, 16 Januari 2006 (silam) (beza) k Imej:Tun Abang Haji Openg.jpg
# 16:11, 16 Januari '''2006''' (silam) (beza) Abang Haji Openg  ----> 5
# 15:52, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Imej:Tun Abang Haji Openg.jpg 
(Tun Abang Haji Openg, Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama. Sumber: Muzium Sarawak. {{fairuse}})
# 15:45, 16 Januari '''2006''' (silam) (beza) Yang di-Pertua Negeri 
(Kotak penyandang + penyandang Sarawak)  -----> 4
# 15:13, 16 Januari '''2006''' (silam) (beza) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching  -----> 3
# 14:56, 16 Januari 2006 (silam) (beza) Wikipedia:Kedai Kopi (→Jawapan saya)
# 19:58, 14 Januari 2006 (silam) (beza) Wikipedia:Kedai Kopi
# 19:52, 14 Januari 2006 (silam) (beza) Perbualan Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 19:50, 14 Januari 2006 (silam) (beza) Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 19:26, 14 Januari 2006 (silam) (beza) Perbualan Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 13:27, 12 September 2005 (silam) (beza) Wikipedia:Kedai Kopi
# 07:41, 28 Ogos '''2005''' (silam) (beza) k Politik di Sarawak (Tambahan Pautan)----> 2
# 13:06, 27 Ogos 2005 (silam) (beza) Pengguna:Matthew A. Lockhart
# 06:43, 27 Ogos 2005 (silam) (beza) k Wikipedia:Kedai Kopi
# 06:32, 27 Ogos 2005 (silam) (beza) Templat:Kotak Jawatan
# 06:21, 27 Ogos '''2005''' (silam) (beza) Abdul Taib Bin Mahmud  -----> 1
# 06:14, 27 Ogos 2005 (silam) (beza) Pengguna:Matthew A. Lockhart 

*Nota: Segala maklumat di atas diambil daripada laman sumbangan pengguna Matthew A. Lockhart.

Mungkinkah anda keliru sekarang sudah tahun 2007 bukan 2006? Dia cuma membuat satu suntingan pada tahun 2007 iaitu mengundi di laman pengundian Birokrat Aurora. Harap anda perbetulkan kembali undian beliau kerana ini hanya akan menampakkan anda menafikan hak beliau untuk mengundi. — Master2841 08:04, 21 Januari 2007 (UTC)[balas]


Oopss, maaf Master2841 dan Matthew kerana tidak sedar yang sumbangan Matthew melebihi kelayakan yang ditetapkan untuk mengundi. Saya tidak perasan kerana hanya melihat secara rambang sahaja lalu memotong undian ini. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Maaflah ye, saya tidak sengaja untuk melakukannya. Malunya... hehehe - Didie 11:50, 21 Januari 2007 (UTC)[balas]

Hal-hal penyelia

Hai Didie, nak tanya apa tujuan ranking penyelia itu? Saya rasa ia tidak berkait langsung dengan tugas penyelia dan mengalih perhatian daripada perkara yang lebih penting iaitu statistik keaktifan penyelia sedia ada. Satu lagi, lihat komen saya di permohonan penyelia. ...Aurora... 13:33, 22 Januari 2007 (UTC)[balas]

Hai Didie, Kalau tidak silap, anda telahpun meletakkan bilangan suntingan mereka di laman Penyelia. Saya tidak kisah, tetapi saya ingin mengesa anda agar membuat sumbangan rencana selain dari menjejak suntingan para penyelia. Ini kerana Wikipedia Melayu masih dibawah tahap 20,000 rencana. Masih dianggap Wiki kecil. Yosri 14:01, 22 Januari 2007 (UTC)[balas]

Tujuan ranking penyelia ada ialah untuk memberitahu kepada para penyelia berapakah jumlah suntingan yang dibuat oleh mereka walaupun pada suatu ketika, saya berani untuk mengambil risiko untuk berdepan dengan kritikan mengenainya dan saya meletakkannya juga tetapi ia telah dipadam kerana dikritik hebat oleh para penyelia. Sekarang, saya menganggap sudah tiba masanya diletakkan berapakah suntingan mereka berikutan dengan hampir 3/4 daripada jumlah penyelia tidak aktif!. Memang kewujudan mengenai statistik keaktifan penyelia telah disedari ramai namun ia masih tidak cukup sebaliknya apa yang ditulis mengenai angka-angka yang menulis sejauh mana tahap keaktifan hanya sia-sia sahaja.

Yosri berkata yang saya seelok-eloknya lebih mengutamakan sumbangan penyelia daripada suntingan yang disunting kerana tahap Wikipedia Bahasa Melayu masih di tahap yang belum memuaskan lagi iaitu bawah daripada 20,000 rencana. Memang benar katanya kerana Wikipedia Melayu sekarang jauh ketinggalan jika dilihat dari segi bilangan rencana yang sekarang berada di tangga ke-40 di http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm tetapi di manakah sumber yang boleh dicari? Saya membuat senarai ranking penyelia untuk memudahkan pengguna baru dapat menghubungi penyelia yang aktif. Tidak perlu menunggu penyelia itu dengan lama sedangkan penyelia itu sedang berehatkah. Harap maaf jika saya ada terkasar bahasa dan kesemua ini adalah kenyataan yang melanda ms.wiki sekarang. Sekian terima kasih. - Didie 08:31, 23 Januari 2007 (UTC)[balas]

Anda mengatakan 3/4 penyelia tidak aktif. Apakah takrifan "aktif" yang anda gunakan? Adakah ia menyunting dalam tempoh 24 jam terakhir? Perkara ini subjektif, itulah sebab saya membangkang idea ranking ini. Satu lagi, mengikut jadual anda, antara hari ini dan 25 hb, saya melakukan 25 suntingan tetapi tidak aktif, manakala anda pula melakukan cuma 7 suntingan tetapi kurang aktif. Tak logik rasanya. ...Aurora... 03:27, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]

Status Meursault2004 dan Abangmanuk sebagai penyelia

Tentang Abangmanuk; dia masih lagi baru jadi harus diberi peluang. Tiada sebab untuk persoal status beliau. Tentang Meursault2004 kali terakhir dia menggunakan kuasa penyelia ialah 20 hari yang lalu (menurut statistik di Wikipedia:Penyelia). Setakat ini tidak ada penyelia yang boleh dipersoalkan sumbangan mereka kerana mereka tidak melanggar syarat-syarat yang membolehkan perlucutan jawatan mereka. — Master2841 12:18, 23 Januari 2007 (UTC)[balas]

Templat MASf dsb

Untuk pengetahuan anda, templat2 tersebut khusus untuk bola sepak (akhiran f) sahaja. Untuk kegunaan lain, sila gunakan Templat:Flagicon, contohnya {{flagicon|Malaysia}} atau menghasilkan Malaysia. ...Aurora... 03:06, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]


Terima Kasih Aurora, kerana memberitahu kegunaannya terpaksalah saya kembalikan kesemua ke versi asallah ye. - Didie 03:08, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]

Mudah sahaja. Formatnya ialah {{flagicon|nama negara}}. Saya dah betulkan rencana Terbuka Korea yang anda buat itu. ...Aurora... 03:41, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]
Terima kasih Aurora kerana membantu saya mengemaskini. - Didie 04:03, 27 Januari 2007 (UTC)[balas]