Perbincangan pengguna:Syfuel

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang ke Wikipedia Melayu!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia: Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam!  — Master2841 08:30, 27 Julai 2006 (UTC)

Anda peminat Harry Potter?

Nampaknya anda seorang peminat Harry Potter, kan? --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 10:54, 7 Julai 2007 (UTC)[balas]

Harry Potter 7[sunting sumber]

Saya akan alihkan lindungan buat masa ini. Saya melindunginya kerana didapati rencana-rencana buku Harry Potter sering ditokok-tambah pengguna lain secara sambil lewa tambahan pula ketika buku ini baru diterbitkan 2 bulan lepas. Dengan pengalihan perlindungan tersebut, harap anda dapat meningkatkan piawaian rencana tersebut dan rencana-rencana berkaitan yang lain. Selamat menyumbang. — Polar 11:10, 27 September 2007 (UTC)[balas]

Saudara Master2841 tidak aktif buat masa ini. Saya ingin menasihatkan anda supaya menyusun semula ayat dan bahagian dalam rencana tersebut dengan betul. Pastikan setiap bahagian yang lama tidak dipadamkan terus kerana kebanyakannya tiada dalam isi yang baru anda masukkan. Fakta tersebut penting kerana ia fakta sebenar yang dibuat mengikut perkembangan sebelum dan ketika buku ini dilancarkan dan bukan terjemahan semata-mata dari inggeris. Polar 09:27, 19 November 2007 (UTC)[balas]

Saya faham kerana sayalah satu-satunya orang yang mengembangkan rencana Harry Potter dalam wiki ini selain anda. Jadi, kebanyakan rencana Harry Potter di sini ibarat anak saya yang saya akan jaga sebaiknya. Berkenaan dengan HPDH, anda suntinglah dengan sebaiknya. Saya akan jaga dan anda dialukan-alukan untuk memberi yang terbaik. Selamat Maju Jaya dalam SPM. :)

P/S - Terjemahan bukunya akan keluar Julai depan, jadi, tajuknya mungkin akan berlainan mengikut terjemahannya. Polar 09:43, 19 November 2007 (UTC)[balas]

Calon Pemeriksa Wikipedia bahasa Melayu 2008[sunting sumber]

Selamat. Saudara dijemput mengundi ke laman pengundian saudara berhubung perlantikan sebagai pemeriksa → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Yosri sebagai pemeriksa 1 Januari 2008, Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Malekhanif sebagai pemeriksa 1 Januari 2008, Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Polar sebagai pemeriksa 1 Januari 2008, Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Che090572 sebagai pemeriksa 1 Januari 2008. Undian saudara cukup berharga untuk laman pengundian ini. Sekian. — Didie (bincang) 03:13, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]

Pengasas Hogwarts[sunting sumber]

Bagi saya, adalah lebih baik Pengasas Hogwarts diasingkan dari Rumah Hogwarts - Polar 10:05, 28 Februari 2008 (UTC)

Penyelia[sunting sumber]

Adakah anda berminat menjadi seorang penyelia Wikipedia bahasa Melayu? Saya lihat anda begitu aktif dalam menyumbang rencana berkaitan Harry Potter. Mungkin, anda dapat menggunakan kuasa penyelia nanti untuk menyelaraskan rencana-rencana terbabit. Di samping itu, anda juga telah melepasi syarat sebagai seorang penyelia. Untuk maklumat lanjut, lihat Wikipedia:Penyelia/Polisi#Sysop. Harapan saya semoga anda menerima tawaran saya ini dan dapat membina kemajuan di Wikipedia bahasa Melayu. Sekian. — Didie (bincang) 02:54, 29 Februari 2008 (UTC)[balas]

Hantu Hogwarts[sunting sumber]

Waalaikumsalam...

Saya cadangkan hantu-hantu itu disekalikan dalam satu rencana kerana masing-masing mempunyai isi yang tidak terlalu panjang dan lebih mudah kerana tidak seperti watak-watak lain, hantu agak kurang dikenali kerana hanya muncul dalam 2 filem sahaja. Apapun, sekiranya terdapat salah satu yang agak panjang, kita asingkan untuk mudah dibaca. Tapi jangan lupa pautan terus ke situ. Polar 11:35, 1 Mac 2008 (UTC)

Memandangkan anda aktif dengan rencana berkenaan Harry Potter, anda berhak diberikan penghargaan. Maka, saya telah menganugerahkan bintang penghargaan di laman anda dengan harapan anda berusaha dan meningkatkan lagi kualiti rencana-rencana Harry Potter. Walaupun saya pelopor rencana Harry Potter di wiki ini tetapi sejak kebelakangan ini, saya agak kurang terlibat dengan rencana berkaitan Harry Potter. Portal:Harry Potter pun tergendala. Harap anda dapat membantu dan jangan malu untuk berunding demi menghasilkan rencana terbaik. Saya gembira untuk membantu. Sekian. Salam. :)
P/S - Baru beli buku Harry Potter dengan Azimat Maut, tak sempat habiskan lagi. Hehe. —Polar, 09:47, 4 Mac 2008 (UTC)[balas]

Selamat berjaya[sunting sumber]

Hari keluar keputusan SPM. Semoga berjaya! :) — Polar 00:00, 12 Mac 2008 (UTC)[balas]

Syukur alhamdulillah. Walau bagaimanapun, perjuangan anda tak berakhir di situ. Cuba kuasai pula menara gading selepas ini! Hehe. Cadang nak teruskan ke mana? Matrikulasi, STPM, Diploma? Apapun, semoga anda dapat yang terbaik. Insya-Allah.
P/S - Saya dulu dapat 9A 1B. 10 subjek jugak. Huhu. — Polar 12:51, 12 Mac 2008 (UTC)[balas]

Urm. Sebenarnya peluang untuk ke luar negara tidak hanya untuk lepasan SPM. Anda boleh memohon kemudian. Tapi sudah tentu, peluangnya lebih kecil melainkan anda betul-betul buat yang elok pada peringkat seterusnya ini. Saya dapat pada peringkat ini selepas tak berjaya peringkat selepas SPM tapi saya tak pergi kerana mungkin saya lebih sayangkan Malaysia. Hehe. Tapi saya cadang nak buat Master di luar.

Untuk ke UM (sebagai pelajar UM nih), ada caranya dalam mengisi borang terutama yang dalam talian. Apapun, selamat mencuba.

P/S - Dah habis baca buku Azimat Maut? Filemnya akan dikeluarkan secara berasingan iaitu November 2010 & Mei 2011. Tak seperti filem-filem sebelumnya, mungkin mereka hendak memasukkan sebanyak mungkin unsur yang ada dari buku ke filem. - Polar 10:13, 13 Mac 2008 (UTC)



Ya, saya pelajar UM dalam jurusan sains fizik. Huhu. Kalau anda masuk UM tahun ni, mungkin sempat terserempak dengan saya di kampus tanpa disedari. Hehe. Kita bukan saling mengenali pun. Haha. Tentang Azimat Maut, memang betul. Anda mengkhatamkannya di sini sebab anda memindahkan banyak benda dari wiki Inggeris. Anda memang rajin. Saya dah tak larat lagi agaknya nak buat begitu.

Ingat lagi saya beriya bangun awal pada 21 Julai tahun lepas untuk baca bukunya (Inggeris) pada hari pertama ia dikeluarkan di seluruh dunia. Tapi, kena baca 2-3 kali jugalah sebab tak puas. Apapun, tamatlah sudah koleksi Harry Potter. Tunggu filem saja sekarang ni yang akan habis dalam masa 3 tahun ni. - Polar 10:44, 13 Mac 2008 (UTC)

Waalaikumussalam. Berkenaan templat, anda boleh belajar dengan templat-templat yang sedia ada. Terdapat banyak templat di wiki ini atau pun wiki inggeris. Anda boleh ambil salah satu untuk dibuat eksperimen di Wikipedia:Kotak pasir. Copy & paste di sana, ubah sana-sini sikit-sikit dan lihat perbezaannya. Dari situ anda akan tahu fungsi-fungsi sesetengah perkara dalam membina templat. Ambil masa sikit tapi banyak yang akan dipelajari. Selamat belajar. :) P/S - Tahniah kerana dapat tawaran untuk meneruskan mengajian di Asasi Sains UiTM. Mana-mana pun sama saja. Jangan risau. Asalkan kita usaha gigih, kita pasti akan berjaya, Insya-Allah. - Polar 11:33, 17 Mac 2008 (UTC)

Bantuan tiba :)[sunting sumber]

Waalaikumsalam. Berkenaan dengan ingin megalihkan suatu rencana kepada rencana lain i.e. taip atau tekan Godric Gryffindor, keluar Pengasas Hogwarts, taip atau tekan Hujung Spinner, keluar Senarai Tempat siri Harry Potter.... Caranya, anda pergi ke laman yang anda taip itu (yang masih kosong), contohnya Hujung Spinner dan anda dapati masih kosong atau pautannya masih merah. Anda taip di sana #REDIRECT [[Senarai Tempat siri Harry Potter]], dan simpan, anda akan dapat lencongan terus ke laman Senarai Tempat siri Harry Potter. Jika ingin lebih tepat, terus ke subtopik Hujung Spinner, anda taip #REDIRECT [[Senarai Tempat siri Harry Potter#Hujung Spinner]], dan simpan. Anda akan dapat terus ke subtopik Hujung Spinner dalam rencana Senarai Tempat siri Harry Potter.

Berkenaan dengan terjemahan Harry Potter, anda akan dapati penterjemahannya tidak konsisten dari satu buku ke satu buku, dari satu edisi ke satu edisi. Lebih baik kita gunakan yang terjemahannya berbahasa melayu yang lebih sesuai seperti Norbert, Naga Bersirip Belakang Norway bertukar-tukar dengan Norbert Si Naga Norwegia Bersirip, Tentera Dumbledore pula menjadi Pasukan Dumbledore dll. Kalau saya, saya akan ikut kriteria:

  1. Berbahasa Melayu Tepat dan Penuh berbanding Terjemahan Campuran (Kejohanan Ahli Sihir Trio berbanding Kejohanan Triwizard)
  2. Buku terawal berbanding buku terkemudian (Serbuk Litupan Ketuat dalam Kumpulan Phoenix berbanding Serbuk Wartscap dalam Azimat Maut)
  3. Edisi terawal berbanding edisi terkemudian (Norbert, Naga Bersirip Belakang Norway dalam edisi pertama berbanding Norbert Si Naga Norwegia Bersirip dalam edisi cetakan dan suntingan kemudian)

Walau bagaimanapun, jika memerlukan perubahan lanjut dan menyeluruh, kita perlu kaji semula tentang penggunaan yang paling sesuai dan terbaik. Polar 08:54, 22 Mac 2008 (UTC)

Rencana berasingan[sunting sumber]

Apabila anda ingin membuat rencana baru, saya sarankan jika rencana itu panjangnya lebih dari 3 perenggan dan boleh berdiri dengan sendirinya di halaman lain tanpa memerlukan rencana lain untuk menerangkannya, adalah lebih elok membuat di halaman berasingan. Berbeza dengan wikipedia Inggeris, mereka sebolehnya memasukkan semua rencana dalam satu nama atau senarai panjang (lagi-lagi mereka mempunyai lambakan rencana... entah berapa juta rencana mereka ada) tetapi ia mungkin menyukarkan untuk kita dan seperti kita tahu, berapa ramai sangat yang minat baca panjang-panjang di skrin komputer terutama budak-budak. Baik mereka beli saja buku. Sebab itu bagi rencana-rencana harry potter di wiki ini, saya rasa lebih elok kalau diasingkan untuk tidak terlalu panjang kerana memudahkan pembacaan orang ramai. Lagipun, kita sekarang dalam visi memperbanyakkan rencana di wiki melayu kerana kita sudah ketinggalan dari segi kuantiti rencana sejak 3 tahun ini.

Mungkin anda melihat wiki inggeris, rencana harry potternya pendek-pendek dalam satu senarai yang panjang. Sebab itu saya lebih suka melihat wiki khas Harry Potter kerana rencana di sana lebih memuaskan panjangnya dalam setiap satu rencana (serta masing-masing berasingan) dan maklumatnya lebih banyak. :) Polar 12:07, 3 April 2008 (UTC)

Terpulang kepada anda untuk melakukan yang mana paling sesuai. Knoctur Alley boleh juga disatukan sebagai salah satu cabang jalan di Diagon Alley. Kalau nak asing juga boleh. :) Polar 10:32, 5 April 2008 (UTC)

Adik Syfuel... :-)[sunting sumber]

Hehe. Maafkan saya... or abang if u wish... Kebelakangan ini agak sibuk dengan kehidupan harian, ni pun baru balik dari Johor bagi pengurusan budak-budak yang baru masuk ke kolej. Saya setuju untuk mengembangkan lebih banyak rencana yang sedia ada serta menambah baik sebelum membuat rencana lebih baru. Kesibukan mungkin menghalang dari perkara tersebut dilakukan tetapi Insya-Allah, sedikit demi sedikit akan mampu membuahkan hasil.

Berkenaan beza antara portal & wiki, Portal Harry Potter ialah satu laman khas yang ibarat portal - mengumpulkan sedikit sebanyak maklumat tentang Harry Potter manakala Wiki Harry Potter pula 'Wikipedia' khas segala-galanya tentang Harry Potter. Harap boleh faham.

P/S - Kalau awak bahasakan saya abang, adakah saya perlu bahasakan anda awak sebagai adik? Takut kalau terus membahasakan begitu tanpa persetujuan awak, awak akan janggal. Saya tidak kisah kerana saya sudah biasa dengan panggilan itu lebih-lebih lagi sebagai fasilitator yang bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang lebih muda.
P/P/S - Rencana Anuar Zain tu memang sangat pelik tapi tak berkesempatan untuk mengubahnya menjadi tidak pelik. :-)

Polar 17:52, 17 Mei 2008 (UTC)


Waalaikumsalam. Yup. Abang dah tak jadi penyelia. Bukan apa, abang kini amat sibuk dengan urusan harian, apabila abang memegang jawatan penyelia tetapi abang pula jarang online, maka, tidak patut juga. Lagipun, tanggungjawab untuk menjadi penyelia itu merupakan amanah yang harus dipikul dengan baik. Kalau tidak dibuat dengan elok, apabila di sana nanti, kita disoal pula. Baik kita lepaskan sahaja kalau dah tak sanggup. Lagipun, penyelia-penyelia ni susah nak sebulu. Hehe. Faham maksud abang? Tapi, kalau adik nak jadi penyelia, silalah. Jangan gusar. Abang akan sokong.

Hehe, lagipun abang lebih suka begini, lebih free macam dulu iaitu banyak masa untuk menyunting dan menambah rencana baru. Boleh concentrate lebih pada rencana yang kita buat berbanding risaukan masalah dalaman wikipedia yang tak sudah-sudah. Pening woo... Haha, lepas ni boleh kita kembangkan lebih banyak rencana berkenaan Harry Potter bersama.

Polar 17:22, 23 Mei 2008 (UTC)

Rezeki di mana jua...[sunting sumber]

Waalaikumsalam. Tak apa. Biasala kalau sibuk dengan persiapan. Memang kelam kabut juga kalau maklumat tahu last minute. Abang dulu pun agak kelam kabut, dapat surat offer seminggu sebelum masuk U, dengan nak buat medical check-up lagi. Sume hospital penuh jek dengan bebudak nak buat med check-up. Sijil dll pun nak kena update salinan dia. Adeh.

Kebanyakan program Asasi selalunya akan terus kepada ijazah, sepertimana Asasi Sains UM, Asasi UIA, UiTM dsb. Diploma selalunya tiada asasi, terus lepas SPM. Tak dapat aliran sains pun tak mengapa. Mana-mana pun ok, insyaAllah ada rezeki di situ. Apapun, kita cuba terima dan kita akan dapat buat dengan terbaik. Abang pun bukan nak sangat ambil sains ni tapi entah macam mana, sebab mengikut orang agaknya, abang dapat dan abang mula-mula keberatan. Keputusan agak teruk. Tetapi apabila abang mula terima seadanya, baru abang naik kembali. Jadi, harap adik jangan terlalu berat hati kalau dapat tawaran tu. Mungkin ada banyak pengalaman yang akan adik dapat dengan pergi ke Nilai tu.

Oh ya, apa-apa hal selepas ini, kalo adik ada emel, adik emel sahaja abang. Takut selepas ini adik terlalu sibuk dan abang tak sempat untuk masuk ke wiki untuk membalas perbualan. Emel sahaja abang melalui giantpolar@gmail.com. Apa-apa yang abang boleh tolong, insyaAllah abang akan tolong. Jangan malu. Selagi ada ilmu dan pengalaman untuk dikongsi, kita boleh kongsi bersama. Haha. Good luck. :-) Polar 18:42, 27 Mei 2008 (UTC)

Re: Infobox[sunting sumber]

Waalaikumusalam. Sebenarnya saya merujuk kepada infobox lain dahulu sebelum mencipta infobox baru. Yang penting, saudara/ri mesti memahami cara untuk menyusun table <'>>< Mr Ikan (bincang) 12:41, 22 Februari 2009 (UTC)[balas]

Saya tak tahu pautan asal, saudara/ri boleh belajar sendiri dengan merujuk templat lain contohnya Templat:Infobox_Menteri yang digunakan di rencana Menteri Besar Kelantan, Templat:Infobox_Sekolah_Malaysia yang digunakan di rencana Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, Templat:Infobox_University yang digunakan di rencana Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Saudara/ri juga boleh merujuk templat yang lebih sukar untuk dibina seperti Templat:Infobox_City yang digunakan di rencana Wakaf Bharu. Selamat mencuba <'>>< Mr Ikan (bincang) 04:20, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]
Saya mintak agar saudara/ri meletakkan tandatangan pada ruangan perbincangan saya dengan menaip ~~~~ dan menggunakan satu tajuk untuk setiap topik - terima kasih <'>>< Mr Ikan (bincang) 04:20, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Fail tanpa lesen sah[sunting sumber]

Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.

Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Fail:Gryffindor.jpg
  2. Fail:Hufflepuff.jpg
  3. Fail:Ravenclaw.jpg
  4. Fail:Slytherin.jpg
  5. Fail:Harry potter sendiri.jpg
  6. Fail:Alohomora.JPG
  7. Fail:Sectumsempra..JPG

--MGA73bot (bincang) 22:28, 11 Julai 2011 (UTC)[balas]

Unused file(s)[sunting sumber]

Hi! You have uploaded one or more files that is not in use. You can see all unused files in Kategori:Wikipedia orphaned files and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if the files are still useful. If yes add it to an article and remove the template {{Orphan file}}.

If it is no longer useful then nominate for deletion.

If the file is free it could be copied to Commons. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 11:16, 14 Mei 2020 (UTC)[balas]

Freely licensed file(s)[sunting sumber]

Hi! You have uploaded one or more files with a free license. I have added an information template to the file(s) if there were none. You can see all free files in Kategori:Unidentified subjects in Malaysia and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if all the information is there and in the right place. If not please add or move the information.

If information is not there and if it is not possible to add it then nominate for deletion.

Once all the information is there the file can probably be moved to Commons. You can do so if you know how. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 14:16, 21 Februari 2021 (UTC)[balas]