Portal:Harry Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Logo-HP-portal.png

sunting  

Portal Harry Potter

Portal telah diadakan untuk menguruskan dan menyediakan masukan umum bagi segala perkaitan dengan Harry Potter. Francais Harry Potter kini mempunyai enam buah buku, dua buku kecil atau sampingan, empat buah filem beserta masukan yang akan datang. Portal ini kini masih dalam pembikinan dan diharapkan agar lebih banyak pengguna dapat membantu untuk memajukan portal dan projek ini untuk kegunaan masa depan. Terima kasih, dan selamat datang ke Portal Harry Potter.

sunting  

Rencana pilihan

Harrypotterandtheorderofthephoenix bigposter.jpg

Harry Potter and the Order of the Phoenix

Harry Potter and the Order of the Phoenix ataupun Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix merupakan siri kelima dalam siri panjang cerita Harry Potter. Kali ini, kisahnya memerihalkan tahun kelima Harry bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts dan memaparkan kegentingan selepas kembalinya Lord Voldemort setelah 14 tahun.

Namun, pihak seperti akhbar Daily Prophet dan menteri sihir sendiri, Cornelius Fudge, mengatakan bahawa Harry dan Albus Dumbledore sengaja mempropagandakan cerita tersebut. Fudge melantik seorang guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang baru iaitu Dolores Umbridge, yang telah amat bersedia untuk mengambil alih jawatan Albus Dumbledore sebagai pengetua Hogwarts dengan sokongan penuh Kementerian Sihir. Walau bagaimanapun, Harry dan kawan-kawannya seperti Ronald Weasley dan Hermione Granger amat tidak menyukainya kerana dia enggan untuk berbincang bersama mereka mengenai kepulangan Voldemort adn juga kerana tidak mengajar mereka sepenuhya subjek praktikal Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Disebabkan itu, mereka telah menubuhkan Tentera Dumbledore, sebuah persatuan rahsia untuk menpersediakan Harry dan 28 lagi orang kawan-kawan sekolahnya untuk menentang Voldemort dan Death Eaternya.


Lebih lanjut...

sunting  

Pautan web

Laman-laman Rasmi

Laman Berita

  • (Inggeris) Mugglenet: Berita, maklumat, permainan, penyuntingan, dan media; beserta Podcast dan secara keseluruhannya adalah laman yang sangat bagus
  • (Inggeris) Veritaserum: Berita, galeri gambar, dan video
  • (Inggeris) HPANA (Harry Potter Automatic News Aggregator) - Pengumpul Berita Harry Potter Automatik
  • (Inggeris) The Leaky Cauldron: Laman berita
Laman Maklumat

Laman Cereka Peminat

sunting  

Berita Harry Potter

Filem:

Buku:

Pelakon:

sunting  

Gambar pilihan

Kumpulan Phoenix.jpg
Kumpulan Phoenix merupakan kumpulan gerakan sulit yang ditubuhkan oleh Albus Dumbledore untuk menentang Lord Voldemort. Setelah kejatuhan Voldemort, kumpulan ini tidak lagi bergiat aktif sehingga Harry Potter sendiri menyaksikan kebangkitan Voldemort. Ahli kumpulannya terdiri daripada ahli sihir pelbagai peringkat dan ramai yang telah terkorban ketika berkhidmat.

Arkib...



{{{1}}}
sunting  

Watak pilihan

Dolores Umbridge.jpg

Dolores Jane Umbridge merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling. Umbridge mula muncul dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix sebagai Penolong Kanan Menteri Sihir (Cornelius Fudge), dan kemudian mengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam di Hogwarts.

Umbridge juga menjadi orang yang pertama dan satu-satunya dilantik sebagai "Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts", yang memberikannya kuasa lebih ke atas para guru dan pelajar serta undang-undang sekolah serta mewujudkan Skuad Penyoal Siasat.


Lebih lanjut...

{{{1}}}
sunting  

Perkara yang anda boleh lakukan

Penambahan rencana

  • Menambah rencana yang masih tiada (pautan yang masih merah).
  • Menambahkan maklumat kepada rencana stub atau yang terlalu pendek.
  • Mengemaskini maklumat mengikut maklumat terkini.
sunting  

Kategori

sunting  

Tahukah anda...

Tahukah anda...
Nuvola apps filetypes.png
  • bahawa J. K. Rowling, pengarang buku ini telah dilahirkan pada 31 Julai, tarikh yang sama Harry Potter dilahirkan dalam buku? (Catatan: JKR dilahirkan pada 1965, manakala Harry dilahirkan pada 1980)
  • bahawa akan muncul watak bernama Mopsy iaitu watak yang menyukai anjing dalam buku ke-4 tetapi tidak pernah muncul?
  • bahawa terdapat sekolah sihir lain selain Hogwarts seperti Akademi Kuasa Ajaib Beauxbatons, Institut Pengajian Sihir Durmstrang dan Institut Ahli Sihir Salem.
  • bahawa nama pertama Ginny ialah Ginevra, bukan Virginia?
  • bahawa Dean Thomas tinggal bersama ibu dan bapa tirinya?
  • bahawa dalam cetakan pertama versi Amerika bagi Harry Potter and the Goblet of Fire, turutan mangsa Voldemort yang muncul dari tongkat sakti adalah salah? Bapa Harry yang keluar dahulu sebelum ibunya, sedangkan dia sepatutnya muncul kemudian.
  • bahawa nama keluarga Hermione Granger asalnya dicadangkan dengan nama Puckle, dan Draco Malfoy pula ialah Spungen?
  • bahawa masyarakat sihir mempunyai kementerian mereka dan Menteri Sihir tetap menteri yang berkhidmat di bawah Perdana Menteri?
  • bahawa moto sekolah Hogwarts, Draco Dormiens Nunquam Titillandus, adalah Latin bagi " Jangan Mengganggu Naga yang Tidur?"
  • bahawa bab pertama dalam buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan hampir pernah diletakkan dalam buku pertama, ketiga dan kelima sebelum diletakkan ditempat yang sesuai dalam buku keenam?
  • bahawa bekas pengetua Hogwarts masih berkhidmat untuk pengetua sekolah terkini walaupun telah mati melalui poster yang tergantung di pejabat pengetua?
  • bahawa Arabella Figg dan Argus Filch mempunyai awalan nama AF, kedua-duanya meminati kucing, dan kedua-duanya Squib (anak dari pasangan ahli sihir yang tidak mempunyai kuasa sihir)?
  • bahawa Gilderoy Lockhart adalah satu-satunya watak yang diasaskan oleh manusia sebenar?
  • bahawa hari lahir Hermione adalah 19 September dan Ron adalah 1 Mac?
  • bahawa Daisy Dodderidge (1467-1555) merupakan pemilik pertama wanita Leaky Cauldron?
  • bahawa Aberforth Dumbledore, abang Albus, pernah menjadi tajuk berita kerana menggunakan mantera haram pada kambing?
  • bahawa Lily dan adiknya, Petunia, dinamakan sempena nama bunga. Lily daripada bunga lili yang melambangkan kesucian dan kejernihan manakala bunga petunia melambangkan amarah dan dendam?
  • bahawa Lord Voldemort merupakan bekas Ketua Pelajar dan pelajar terbaik di Hogwarts ketika zamannya?


Arkib...

sunting  

Petikan kata

  • Luna Lovegood: "...tapi sekarang pemain Hufflepuff yang berbadan besar itu telah mencuri bola Quaffle daripada Ginny, saya tak ingat namanya, macam Bibble... bukan, Buggins..."
    McGonagall: "Cadwalladerlah!"
  • Dumbledore: "Walau bagaimanapun, cermin ini tidak memberikan kita pengetahuan mahupun kebenaran"
  • Pomona Sprout: "Tumbuhan ini perlu dipicit. Kamu boleh kumpulkan nanahnya..."
    Seamus Finnigan: "Kumpulkan apa?"
  • McGonagall: "Black dan Potter. Ketua geng kecil mereka. Kedua-duanya sangat bijak tentunya.... sebenarnya luar biasa bijak. Saya tak fikir kita akan ada lagi pasangan pengacau seperti mereka..."
    Rubeus Hagrid: "Fred dan George Weasley boleh memberi mereka kepuasan atas usaha mereka."
  • Ron Weasley: "Awak makan semula nampaknya."
    Hermione Granger: "Saya rasa ada cara yang lebih baik untuk nyatakan pendirian tentang hak kebebasan elf"
    Ron Weasley: "..awak memang laparpun."
  • George Weasley: "Semasa kami di tahun pertama, Harry,... muda, bebas, dan polos... er, lebih polos daripada sekarang."
  • Ron Weasley: "Awak rasa mereka tahu cerita terbaru ke?"
    Harry Potter: "Kalau ada pun, kita tak akan dapat dengar cerita itu selepas Dekri... yang ke berapa sekarang?"
  • Harry Potter: "Profesor... saya terima risalah kementerian yang dihantar melalui burung hantu tentang langkah-langkah keselamatan yang patut kita ambil daripada gangguan Death Eater..."
    Dumbledore: "Ya, saya pun dapat satu. Berguna tak risalah tu?"
    Harry Potter: "Tak juga."
  • Ron Weasley: "Saya dah cakap. Dia ni kemaruk elf."

Arkib...

sunting  

Penyumbang

Nuvola apps kdmconfig.png

Anda dipersilakan untuk meletakkan nama anda di sini sekiranya anda lazim menyumbang rencana berkaitan Harry Potter. Terdapat banyak lagi yang perlu diperkembangkan dan dilakukan dengan Portal Harry Potter ini!

sunting  

WikiProjek

sunting  

Wikimedia Berkaitan

Wiktionary
Kamus Bahasa Melayu
Wikibooks
Buku teks dan manual bebas
Koleksi petikan kata Sumber percuma
Wikispecies
Panduan spesies
Sumber berita bebas Commons
Multimedia bebas
Meta-Wiki
Koordinasi projek Wikimedia

Hapuskan ingatan para pelayan