Perhimpunan Agung UMNO 2021
Perhimpunan Agung UMNO 2021 atau singkatannya PAU 2021 telah diadakan pada 16 Mac 2022 hingga 19 Mac 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.[1] Perhimpunan ini diadakan 4 hari selepas sahaja pilihan raya negeri Johor 2022 pada 12 Mac 2022 dimana Barisan Nasional memenangi pilihan raya tersebut dengan kemenangan 40 kerusi.[2][3] Perhimpunan kali ini dianggap penting bagi UMNO bagi menentukan hala tuju parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 dan terdapat juga desakan daripada sebilangan pemimpin dan ahli parti untuk mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat sebelum tamat tempoh penggal parlimen ke-14 berikutan kemenangan besar Barisan Nasional dalam dua pilihan raya iaitu pilihan raya negeri Melaka 2021 dan juga pilihan raya negeri Johor 2022 pada November 2021 dan Mac 2022 yang lalu.[4]
Tema pada perhimpunan PAU 2021 ialah UMNO - Kestabilan dan Kemakmuran. Jumlah perwakilan yang menyertai PAU 2021 ialah seramai 5,571 perwakilan.[5][6]
Atur cara perhimpunan
[sunting | sunting sumber]16 Mac 2022
- Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan.
17 Mac 2022
- Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung.
18 Mac 2022
- Acara Menaikkan Bendera UMNO Sang Saka Bangsa.
- Ucapan dasar oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Perhimpunan Agung UMNO bermula dengan perbahasan ucapan dasar Presiden.
19 Mac 2022
- Hari kedua Perhimpunan Agung UMNO dengan perbahasan oleh perwakilan dan penggulungan oleh pimpinan atasan UMNO.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula 16-19 Mac". Berita Harian. 12 Januari 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
- ^ "BN menang PRN Johor". Sinar Harian. 12 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
- ^ "Menang besar PRN Johor, 'timing' PRU, nasib MN bakal warnai PAU 2021". Free Malaysia Today. 15 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
- ^ "Kemenangan BN pada PRN Melaka, Johor 'pemanas' PAU UMNO 2021 – Ahmad Maslan". Malaysia Gazette. 14 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
- ^ 5,571 perwakilan hadiri PAU UMNO 2021
- ^ 5,571 perwakilan sertai PAU 2021
- ^ "Kit Media & Aturcara Perhimpunan Agung UMNO 2021". UMNO online. 14 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.