Timbalan Presiden pertama UMNO ialah Tun Abdul Razak Hussein (1951-1970) dan diikuti oleh (mengikut turutan) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (1970-1973), Tun Hussein Onn (1973-1976), Tun Dr. Mahathir Mohamad (1976-1981), Tun Musa Hitam (1981-1987), Tun Abdul Ghafar Baba (1987-1993), Dato' Seri Anwar Ibrahim (1993-1998), Tun Abdullah Ahmad Badawi (1998-2003), Dato' Seri Mohd Najib Razak (2003-2009), Tan Sri Muhyidin Yasin (2009-2016), Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi (2016-2018) dan penyandang sekarang ialah Dato' Seri Mohamad Hasan (2018-sekarang).
Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, parti tersebut tidak lagi menjadi kerajaan sebaliknya menjadi pembangkang. Oleh kerana itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dapat lagi dijawat.[2]