Pilihan raya negeri Melaka 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pilihan raya negeri Melaka ke-15

← 2018 20 November 2021 Seterusnya →

Semua 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
15 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  Sulaiman Md Ali.jpg Adly Zahari.jpg Mas Ermieyati Samsudin.png
Pemimpin Sulaiman Md Ali Adly Zahari Mas Ermieyati Samsudin
Parti Barisan Nasional (UMNO) Pakatan Harapan (AMANAH) Perikatan Nasional (BERSATU)
Pemimpin sejak 9 Mac 2020 30 Ogos 2017 18 November 2021
Kerusi pemimpin Lendu Bukit Katil Tanjung Bidara
(tewas)
Pilihan raya
lepas
13 kerusi, 36.2% 13 kerusi, 42.5% 2 kerusi, 21.0%
(bawah PH, GS dan BN)
Kerusi sebelum 12 11 1
Kerusi yang
diperlukan
3 4 14
Kerusi yang
dimenangi
21 5 2
Perubahan kerusi 9 6 1
Undian popular 122,741 112,443 77,731
Peratusan 38.64% 35.40% 24.47%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Sulaiman Md Ali
Barisan Nasional

Ketua Menteri dilantik

Sulaiman Md Ali
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Melaka ke-15 ialah sebuah pilihan raya negeri di negeri Melaka, Malaysia yang dianjurkan untuk memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dan dijangka akan dilakukan selewat-lewatnya pada 2023, lima tahun selepas pilihan raya pada 2018. Walau bagaimanapun, pada 5 Oktober 2021, DUN Melaka dibubar secara mengejut dalam situasi kemelut politik Malaysia 2020–21.[1] Hal ini berikutan empat anggota DUN Melaka berkeputusan untuk menarik sokongan terhadap blok kerajaan, iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad, menyebabkan kerajaan Melaka semasa hilang majoriti dan tumbang.[2] Hal ini membuka ruang kepada kewajiban pilihan raya negeri untuk diadakan.

Pilihanraya ini adalah unik kerana menampilkan dua parti gabungan besar di dalam kerajaan iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bertanding sesama sendiri selepas BN melalui UMNO telah menyatakan tidak berkerjasama dengan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Empat ADUN Melaka mengisytiharkan kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali. ADUN berkenaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad. Idris berkata langkah itu dilakukan berikutan beberapa siri keputusan yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri, dan menambah hujah lalu menyatakan Melaka sebagai negeri yang "berbolak-balik."[4] Kemudian, Speaker DUN Melaka mendedahkan bahawa Ketua Menteri mengambil langkah untuk membubarkan DUN berkuat kuasa 4 Oktober 2021, dalam usaha menyelesaikan krisis politik di negeri itu. Keputusan pembubaran DUN dibuat selepas cadangan Sulaiman mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.[5]

Pada 18 Oktober, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 8 November sebagai hari pencalonan sementara hari mengundi dilakukan pada 20 Novemeber, dengan tempoh berkempen sebanyak paling kurang 12 hari.[6]

Isu[sunting | sunting sumber]

Tatacara peraturan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam situasi pandemik COVID-19 setempat, pihak Majlis Keselamatan Negara[7] telah menetapkan tatacara-tatacara (SOP) pengekangan jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh pilihan raya. Walaupun begitu, tatacara-tatacara yang dikemukakan telah menjadi perdebatan dalam kalangan pihak bertanding kerana dikatakan menghambat proses pilihan raya. Satu peraturan yang mendapat tentangan ahli-ahli terlibat ialah pengharaman kempen bersemuka untuk mengelakkan jangkitan.[8] Daripada perspektif BN, tatacara-tatacara ketat itu menyukarkan mereka untuk menilai kehendak dan sokongan rakyat.[9] Sementara itu, pihak PH membantah tatacara SOP kerana disifatkan tidak adil bagi pihak pengundi serta dikatakan terlalu ketat, dan seolah-olah ingin membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan kedudukan di Melaka.[10] Dalam mengurangkan impak SOP yang dilaksanakan, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepada para calon untuk menggunakan khidmat RTM untuk mempromosikan diri mereka.[11]

Selain itu, sesetengah peraturan yang disifatkan tidak masuk akal juga ditentang seperti dakwaan larangan memakai baju dengan logo parti di tempat terbuka.[12] Walau bagaimanapun, dakwaan ini ditolak oleh pihak polis dan disifatkan sebagai satu salah faham.[13]

Impak terhadap pandemik COVID-19[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tempoh berkempen, data pandemik yang diperoleh menunjukkan peningkatan ketara kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital-hospital negeri, dengan nilai kenaikan mencecah 57% dalam tempoh tujuh hari. Di samping itu, parameter-parameter lain seperti bilangan kes dan kadar jangkitan mengalami sedikit peningkatan.[14]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Parti bertanding[sunting | sunting sumber]

Bendera parti yang bertanding semasa PRN Melaka 2021 di Durian Tunggal.

Berikut ialah senarai parti politik dan bilangan calon dalam pilihan raya negeri Melaka 2021[15]:

Bil. Parti Politik Akronim Bilangan calon
1 Barisan Nasional Barisan Nasional.png BN 28
1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO (Malaysia).svg UMNO 20
2 Persatuan Cina Malaysia Flag of the Malaysian Chinese Association.svg MCA 7
3 Kongres India Malaysia Malaysian Indian Congress Flag.svg MIC 1
2 Perikatan Nasional Logo Perikatan Nasional.svg PN 28
1 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bendera BERSATU.svg Bersatu 15
2 Parti Islam Se-Malaysia PAS logo.svg PAS 8
3 Parti Gerakan Rakyat Malaysia Parti Gerakan Rakyat Malaysia Flag.svg Gerakan 5
3 Pakatan Harapan Pakatan Harapan Logo.svg PH 28
1 Parti Keadilan Rakyat Parti Keadilan Rakyat logo.svg PKR 11
2 Parti Amanah Negara Parti Amanah Negara Flag.svg Amanah 9
3 Parti Tindakan Demokratik Democratic Action Party Flag.svg DAP 8
4 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia[16] Malaysian Mighty Bumiputera Party flag.svg PUTRA 5
5 Parti Perikatan India Muslim Nasional[17] Bendera Parti Perikatan India Muslim Nasional.jpg IMAN 1
6 Ahli politik bebas BEBAS BEBAS 22
1 Gagasan Bebas[18] 13
2 Bebas (lain-lain) 9
Jumlah calon 112

Keputusan[sunting | sunting sumber]

s • b 
Parti Calon Undi Kerusi
Undi % Menang % +/–
Barisan Nasional BN 28 122,741 38.64% 21 75.00 8
United Malays National Organisation UMNO 20 18 64.29 6
Persatuan Cina Malaysia MCA 7 2 7.14 2
Kongres India Malaysia MIC 1 1 3.57 1
Pakatan Harapan PH 28 112,443 35.40% 5 17.86 6
Parti Tindakan Demokratik DAP 8 4 14.29 4
Parti Amanah Negara AMANAH 9 1 3.57 1
Parti Keadilan Rakyat PKR 11 0 0.00 3
Perikatan Nasional PN 28 77,731 24.47% 2 7.14 Baharu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU 15 2 7.14
Parti Islam Se-Malaysia PAS 8 0 0.00
Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN 5 0 0.00
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA 5 367 0.12% 0 Baharu
Parti Perikatan India Muslim Nasional IMAN 1 167 0.05% 0 Baharu
Bebas BEBAS 22 4231 11.23% 0
Undi sah 0
Undi rosak/kosong 0
Jumlah undi (peratusan mengundi: .%) 317,680 100.00 28 100.00 0
Tidak mengundi 0
Pengundi berdaftar 495,195
Pengundi biasa 482,549
Undi awal 12,540
Undi pos 106
Sumber: https://dashboard.spr.gov.my/#!/home

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Governor dissolves Melaka state assembly". Daily Express. 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  2. ^ Fareez Azman (5 Oktober 2021). "Dun Melaka dibubar - Speaker". Astro Awani. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  3. ^ https://m.malaysiakini.com/news/594329
  4. ^ "Four Melaka assemblymen declare loss of confidence in Chief Minister's leadership". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-04. Dicapai pada 2021-11-09.
  5. ^ "DUN Melaka bubar, pilihan raya dalam tempoh 60 hari". Dicapai pada 2021-11-09.
  6. ^ "PRN Melaka 20 November". Berita Harian. 2021-10-18. Dicapai pada 2021-11-09.
  7. ^ Muzamir, Muhammad Yusri (16 November 2021). "MKN keluarkan SOP kempen, bukan SPR". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.
  8. ^ Yaakob, Nor Farhana (13 November 2021). "Tiada kempen bersemuka, PRN Melaka paling 'teruk'". Sinar Harian. Dicapai pada 13 November 2021.
  9. ^ "PRN Melaka: BN sukar ukur sokongan rakyat dengan SOP ketat - Annuar Musa". Astro Awani. 13 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  10. ^ Idris, Rohaniza (11 November 2021). "SPR digesa kaji balik SOP PRN Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2021.
  11. ^ "Kebenaran kempen di RTM buka ruang lebih luas promosi calon PRN Melaka - Wanita PN". Astro Awani. 13 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  12. ^ Azil, Firdaus (12 November 2021). "PRN Melaka: Mengapa tak boleh baju berlogo parti? DAP mahu penjelasan". Astro Awani. Dicapai pada 13 November 2021.
  13. ^ Abdul Kadir, Shuhada (12 November 2021). "PRN Melaka: Tidak boleh pakai baju berlogo parti? Ini jawapan polis kepada DAP". Astro Awani. Dicapai pada 13 November 2021.
  14. ^ Adnan, Ahmad Suhael (15 November 2021). "Melaka sees increase in Covid-19 hospital admissions". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2021.
  15. ^ Ahmad Suhael Adnan (8 November 2021). "112 calon diterima pada PRN Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 14 November 2021.
  16. ^ "Melaka polls: Putra makes debut, fields five candidates". Bernama. The Edge Markets. 6 November 2021. Dicapai pada 7 November 2021.
  17. ^ "Parti Iman bertanding satu kerusi di DUN Machap Jaya". Malaysia Gazette. 7 November 2021. Dicapai pada 7 November 2021.
  18. ^ Calon Bebas yang membentuk 'Gagasan Bebas'. Rujuk: Ahmad Suhael Adnan (November 10, 2021). "13 calon Bebas PRN Melaka bergabung, kongsi manifesto". Berita Harian. Dicapai pada 15 November 2021.