Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Brunei, Putera Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, 30, dan Dayangku Sarah Pengiran Salleh Ab. Rahman, 17, berlangsung mengikut adat istiadat negara itu di Istana Nurul Iman, pada 9 September 2004. Sebelum itu, pasangan mempelai diraja Brunei telahpun menyempurnakan majlis perkahwinan dengan tujuh upacara tradisional. Putera Mahkota merupakan anak lelaki sulong Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pada majlis persandingan itu juga, pihak istana Brunei telah mengumumkan gelaran Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kepada Dayangku Sarah.

Majlis persandingan itu turut dihadiri oleh 2,000 tetamu terdiri daripada pengiran-pengiran dan kakitangan kerajaan yang berpakaian hitam mengikut protokol istana termasuk Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Endon Mahmood, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Presiden Filipina, Gloria Macapagal-Arroyo, Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.