Pierre-Emerick Aubameyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pierre-Emerick Emiliano François Aubameyang (Sebutan bahasa Perancis: [pjɛʁ ɛməʁik obaməjɑ̃ɡ]; lahir 18 Jun 1989) merupakan pemain bola sepak profesional yang bermain untuk Chelsea F.C. dan pasukan bola sepak kebangsaan Gabon.[1] Aubameyang menyertai Borussia Dortmund pada bulan Julai 2013, dan tidak lama selepas itu, dia memenangi trofi DFL-Supercup 2013. Dia dikenali kerana kepantasannya, berlari 30 meter dalam masa 3.7 saat, dan keupayaannya beraksi sebagai penyerang atau pemain sayap.[2] Pada 19 Mei 2022, Patrick-Emerick Aubameyang secara rasmi mengumumkan persaraan antarabangsanya selepas 73 penampilan dan 30 gol dijaringkan.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref> Pada 24 Jun 2009, ianya telah diumumkan bahawa kelab Ligue 1, Lille OSC telah memutuskan untuk menandatangani Aubameyang secara pinjaman.

Pada musim berikutnya, dia dipinjamkan ke kelab lain sekali lagi, kali ini ke AS Monaco. Pada 21 Ogos 2010, Aubameyang menjaringkan gol pertamanya untuk Monaco ketika perlawanan di tempat lawan menentang RC Lens. Dia sekali lagi menjaringkan gol pada 29 Ogos di tempat sendiri ke atas AJ Auxerre dimana pasukannya menang 2–0.[3]

Pada bulan Januari 2011, selepas enam bulan di Monaco, Aubameyang dipinjamkan ke AS Saint-Étienne sehingga akhir musim 2010–11. Pada bulan Julai 2011, tempoh perpinjamannya dilanjutkan sehingga keseluruhan musim 2011–12. Pada 22 Disember 2011, Aubameyang menyertai Saint-Étienne secara perpindahan tetap. Pada bulan Februari 2012, Aubameyang menjaringkan hatrik pertamanya ketika menentang FC Lorient.

Pada 20 April 2013, Aubameyang berada dalam kesebelasan utama Saint-Étienne untuk perlawanan akhir Coupe de la Ligue. Les Verts menang 1–0 dan memberikan Aubameyang trofi major pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional.

Dalam musim Ligue 1 2012–13, Aubameyang mengakhiri liga sebagai penjaring terbanyak dengan 19 gol. Daripada 37 penampilan, dia juga membuat lapan bantuan gol.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 2013, Aubameyang menyertai finalis Liga Juara-Juara, Borussia Dortmund dengan kontrak lima tahun.[4] Dia membuat penampilan kompetitif pertama untuk kelab barunya pada 27 Julai 2013 menentang Bayern Munich dalam DFL-Supercup, menggantikan Jakub Błaszczykowski pada separuh masa kedua dimana Dortmund menang 4–2.[5]

Pada 10 Ogos 2013, Aubameyang membuat penampilan pertama Bundesliga dan menjaringkan gol hatrik menentang FC Augsburg. Dalam proses itu, Aubameyang juga menjadi pemain Gabon pertama untuk beraksi dalam Bundesliga.[6] Pada 27 November 2013, Aubameyang menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah ketika menang 3–1 ke atas Napoli dalam peringkat kumpulan.[7]

Pada 13 Ogos 2014, Aubameyang menjaringkan gol kedua Borussia Dortmund ketika kemenangan 2–0 ke atas Bayern Munich dalam DFL-Supercup.[8] Selepas menjaringkan gol itu, dia meraikan dengan memakai topeng Spider-Man.[8] Dalam perlawanan Dortmund yang seterusnya, kemenangan 4–1 ke atas Stuttgart Kickers dalam pusingan pertama DFB-Pokal, Aubameyang menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua dan membuat bantuan gol kepada Adrián Ramos.[9] Pada 13 September, Aubameyang menjaringkan gol pertama Bundesliga untuk musim itu, menjaringkan gol ketiga Dortmund ketika kemenangan 3–1 ke atas SC Freiburg.[10] Tiga hari kemudian, Aubameyang menjaringkan gol kedua Borussia Dortmund ketika kemenangan 2–0 ke atas Arsenal dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[11]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund
Saint-Étienne

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Afrika Terbaik Ligue 1: 2012–13
  • Pasukan Tahunan Ligue 1 (1): 2012–13

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-03. Dicapai pada 2014-10-19.
  2. ^ "Ten things about Aubameyang". Bundesliga. 13 August 2013. Dicapai pada 5 November 2014.
  3. ^ "Monaco vs. Auxerre – 29 August 2010". Soccerway. 29 August 2010. Dicapai pada 10 August 2013.
  4. ^ "Borussia Dortmund sign Pierre-Emerick Aubameyang from St-Etienne". The Guardian. 5 July 2013. Dicapai pada 21 July 2013.
  5. ^ "Borussia Dortmund 4 Bayern Munich 2: Revenge for Klopp as Reus double earns Super Cup victory in repeat of Champions League final". Daily Mail. 27 July 2013. Dicapai pada 27 July 2013.
  6. ^ "Aubameyang hat-trick has Dortmund flying". Bundesliga.de. Dicapai pada 10 August 2013.
  7. ^ "Borussia Dortmund gain lifeline after turning on the style against Napoli". The Guardian. 27 November 2013. Dicapai pada 19 December 2013.
  8. ^ a b "German Supercup: Borussia Dortmund 2–0 Bayern Munich". BBC Sport. 13 August 2014. Dicapai pada 5 October 2014.
  9. ^ "Aubameyang packt auch ohne Spider-Man doppelt zu". Kicker (dalam bahasa German). 16 August 2014. Dicapai pada 5 October 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Rückkehrer Kagawa schlägt voll ein". Kicker (dalam bahasa German). 13 September 2014. Dicapai pada 5 October 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Arsenal's Champions League Group D campaign got off to a poor start as Borussia Dortmund scored either side of half-time to secure a deserved victory". BBC Sport. 16 September 2014. Dicapai pada 5 October 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]