Pierre Nkurunziza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pierre Nkurunziza
Pierre Nkurunziza, Presiden Republik Burundi
Presiden Burundi
Dalam jawatan
26 Ogos 2005 – 8 Jun 2020
Naib PresidenMartin Nduwimana
Yves Sahinguvu
Gabriel Ntisezerana
Didahului olehDomitien Ndayizeye
Digantikan olehPascal Nyabenda (sementara)
Butiran peribadi
Lahir(1964-12-18)18 Disember 1964
Bujumbura, Burundi
Meninggal dunia8 Jun 2020(2020-06-08) (umur 55)
Hospital Ulang Tahun Kelima Puluh, Karuzi, Burundi
Parti politikCNDD-FDD
PasanganDenise Bucumi Nkurunziza

Pierre Nkurunziza (18 Disember 1964 – 8 Jun 2020) ialah seorang ahli politik Burundi yang merupakan Presiden Burundi dari tahun 2005 sehingga kematian beliau pada tahun 2020. Beliau juga merupakan Ketua Dewan Nasional untuk Pertahanan Demokrasi-Tentera (CNDD-FDD). CNDD mewakili pemberontak etnik Hutu di Burundi, tetapi kini[bila?] berubah menjadi parti politik.[perlu rujukan]

Kehidupan dan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nkurunziza lahir pada 18 Disember 1964 di Bujumbura. Beliau memulakan pengajian di wilayah Ngozi, peringkat menengah di Kitega serta peringkat tinggi di Universiti Burundi pada tahun 1990 dalam bidang jurusan pendidikan dan sukan.[perlu rujukan]

Ayahnya, Eustache Ngabisha, menjadi ahli Parlimen Burundi pada 1965 dan kemudian menjadi Gabenor. Bapanya dibunuh pada tahun 1972 semasa pertempuran etnik Hutu-Tutsi yang meragut nyawa lebih daripada 100,000 orang rakyat Burundi.[perlu rujukan]

Nkurunziza ialah seorang pensyarah di Universiti Burundi ketika era perang saudara sehingga membawa kepada pembunuhan Presiden Burundi yang berasal daripada etnik Hutu yang pertama, Melchior Ndadaye, pada tahun 1993. Dilaporlan sehingga 300,000 orang disahkan terkorban.[perlu rujukan]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi ahli CNDD-FDD pada tahun 1995 sebagai seorang tentera, selepas tentera menyerang kampus universiti. Dalam sebuah wawancara dengan agensi berita IRIN (2004), beliau berbual semula peristiwa-peristiwa yang terjadi:

“Pada tahun 1995, tentera Tutsi menyerang kampus universiti dan membunuh 200 orang pelajar. Mereka cuba membunuh saya juga. Para penyerang menembak saya yang sedang berada dalam kereta. Saya sempat keluar dan lari. Mereka membakar kereta saya. Saya kemudian bergabung dengan CNDD-FDD sebagai askar. Kami tidak memulai perang saudara itu.”[perlu rujukan]

Nkurunziza dilantik wakil setiausaha agung CNDD-FDD pada tahun 1998. Pada tahun 2001, beliau dipilih sebagai ketua. Berlaku perpecahan dalam kumpulan pada akhir 2001. Beliau dipilih semula untuk jawatan ketua pada Ogos 2004.[perlu rujukan]

Bermula pada akhir 2003, beliau menjadi Menteri kerajaan peralihan Presiden Domitien Ndayizeye.[perlu rujukan]

Pilihan raya Burundi terbahagi kepada 4 peringkat iaitu pilihan raya tempatan, presiden, legislatif dan senator dalam tempoh 5 bulan dan keadaan politik menjadi tidak teratur. Terdapat banyak etnik dan suku kaum.[1]

Presiden Burundi[sunting | sunting sumber]

Setelah FDD CNDD menang dalam pilihan raya Jun dan Julai 2005, Nkurunziza dicalonkan sebagai calon Presiden parti. Beliau terpilih menjadi presiden pada 19 Ogos 2005 dan mula berkhidmat pada 26 Ogos 2005. Kemenangan tercapai setelah rundingan dengan pemimpin penberontak FNL Agathon Rwasa yang juga pemberontak Hutu.[perlu rujukan]

Beliau terpilih kembali pada tahun 2010 setelah mendapat 91.62 % undi. Burundi mempunyai 3.5 juta orang pengundi berdaftar. Separuh daripadanya berumur 14 tahun. 12 parti pembangkang membangkang pilihan raya ini sebagai taktik mendapatkan sokongan. Suruhanjaya Pilihan raya diketuai oleh Pierre Claver Ndayicariye. Kira-kira 76.98 % keluar mengundi. Pilihan raya ini ialah sebahagian pilihan raya yang akan tamat pada September 2010. Pilihan raya legislatif diadakan pada 23 Julai.[2][3]

Agathon Rwasa pemimpin pemberontak daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Hutu (FNL) melarikan diri kerana pasukan keselamatan dikatakan memburunya. Kerajaan menuduh Rwasa masih bercuti.Dengan ketiadaannya, satu-satunya calon presiden ialah Nkurunziza. 12 orang terbunuh manakala 60 orang pula cedera dalam serangan bom di Bujumbura ketika pilihan raya berlangsung. Diplomat memaklumkan keselamatan Burundi masih lagi bahaya.[4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Nkurunziza meninggal dunia pada 8 Jun 2020 akibat kegagalan jantung. Kematian beliau diumumkan di laman rasmi Twitter kerajaan Burundi. Nkurunziza telah memilih Evariste Ndayishimiye pada 20 Mei sebagai penggantinya yang akan mengambil alih tugas presiden pada Ogos 2020.[5]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dalam agama Kristian. Pierre Nkurunziza berkahwin pada tahun 1994 dan mempunyai dua orang anak laki-laki. Beliau ialah seorang daripada tujuh orang beradik. Dua daripada saudaranya dibunuh selepas perang saudara tercetus pada tahun 1993 dan tiga yang lain terbunuh apabila berperang di CNDD-FDD. Hanya seorang saudara perempuannya yang masih hidup hari ini.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nkurunziza stages a massive win Nkurunziza stages a massive win
  2. ^ Nkurunziza stages a massive win
  3. ^ Burundi opposition leader Rwasa admits he is in hiding
  4. ^ "Burundi's president Pierre Nkurunziza re-elected". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-23. Dicapai pada 2011-01-23.
  5. ^ Agensi (10 Jun 2020). "Presiden Burundi Pierre Nkurunziza meninggal dunia". Astro Awani. Diterjemahkan oleh Najmi Syahiran Mamat. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.