Pokok Ru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Ru
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Ru atau pokok Ru pantai ialah satu spesies pokok berbunga dikotiledon yang dimasukkan dalam susunan Fagales. Spesies "Casuarina equisetifolia"[1] ini berasal daripada kawasan tropika Dunia Lama (Indonesia-Malaysia), Australia dan pulau-pulau Pasifik. [2] Di Malaysia, pokok ini mendominasi hutan pantai yang banyak terdapat di sepanjang pantai termasuk pantai negeri Sabah dan Sarawak. Hutan in semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat.

Serupa dengan ahli-ahli dalam famili Casuarinaceae, Pokok Ru dicirikan dengan ranting-ranting terkulai dan merupakan pokok malar hijau. Akarnya mengandungi bintil yang mengolahkan nitrogen, dan yang mengandungi Frankia.


Di Terengganu, nama Ru merupakan nama biasa yang digunakan di kebanyakan kampung nelayan di tepi pantai, antaranya (tidak lengkap) adalah kampung Ru Renggeh[3], Ru Dua [4], Ru Se le (Ru Satu Pokok Sahaja) sekarang Rusila, dan Ru Rendang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]