Pekan Kuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau Langkawi, Kedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau.

Pergaduhan gergasi antara Mat Chinchang dan Mat Raya yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung kini Gunung Matcincang dan Gunung Raya. Mat Sirat yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua iaitu Padang Matsirat sekarang.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]