Portal:Biografi/Biografi Pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Rahim Kajai (lahir Abdul Rahim Haji Salim; 1894 - 5 Disember 1943), merupakan seorang wartawan, penulis novel dan penyunting Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai pengatur huruf dan penulis untuk beberapa akhbar Melayu tempatan. Beliau kemudiannya menjadi koresponden untuk akhbar mingguan Sinar Zaman yang berpangkalan di Pulau Pinang. Pada tahun-tahun kemudiannya, beliau terlibat dalam Warta Malaya dan Utusan Melayu, akhbar Melayu paling berprestij masing-masing pada tahun 1930-an dan 1940-an, dan menulis beberapa risalah politik dan agama mengenai hak Melayu di Tanah Melayu. Antara 1936 dan 1941, beliau menulis 48 cerita pendek, yang kemudiannya disusun dalam beberapa buku yang diterbitkan antara 1949 dan 1961. Untuk hasil karya perintisnya, beliau dipandang tinggi dalam Malaya sebagai antara penyumbang paling terkenal kepada sastera Malaya. Beliau diberi gelaran kehormat "Bapa Kewartawanan dan Cerpen Melayu" oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).(baca lagi)