Portal:Hal semasa di Afrika/2012
2012[sunting sumber]
- 26 Disember - Para pengundi di Mesir menyetujui perlembagaan baharu.
- 11 Disember - Perdana Menteri Cheick Modibo Diarra meletak jawatan selepas ditahan pemimpin rampasan kuasa Mali dan digantikan oleh Django Sissoko.
- 10 Disember - John Dramani Mahama (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Ghana.
- 23 November - Presiden Sierra Leone Ernest Bai Koroma terpilih semula buat penggal kedua.
- 20 Ogos - Perdana Menteri Habsyah Meles Zenawi meninggal dunia pada usia 57 tahun.
- 20 Ogos - Mali membentuk kerajaan perpaduan dalam usaha memyelesaikan krisis politik akibat rampasan kuasa.
- 11 Ogos - Presiden Mesir Mohammed Mursi mengarahkan Menteri Pertahanan Mohamed Hussein Tantawi meletak jawatan dan membatalkan pindaan perlembagaan oleh tentera.
- 8 Ogos - Majlis Peralihan Kebangsaan Libya menyerahkan kuasa kepada Kongres Kebangsaan Am yang baru dilantik.
- 24 Julai - Presiden Ghana John Atta Mills meninggal dunia pada usia 68 tahun dan digantikan oleh Naib Presiden John Dramani Mahama.
- 15 Julai - Nkosazana Dlamini-Zuma (gambar) terpilih sebagai wanita pertama mengetuai Suruhanjaya Kesatuan Afrika.
- 25 Jun - Calon Parti Kebebasan dan Keadilan Mohammed Mursi secara rasmi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- 14 Jun - Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir membubarkan parlimen negara itu.
- 2 Jun - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan pembantah semasa revolusi Mesir 2011.
- 11 Mei - Barisan Pembebasan Kebangsaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Algeria.
- 12 April - Di tengah-tengah pilihan raya presiden, pihak tentera merampas kuasa di Bissau, ibu negara Guinea-Bissau.
- 5 April - Presiden Malawi Bingu wa Mutharika (gambar) meninggal dunia pada usia 78 tahun.
- 30 Mac - Parti APRC mengekalkan majoriti mutlak dalam pilihan raya di Gambia.
- 25 Mac - Macky Sall (gambar) terpilih sebagai Presiden Senegal.
- 22 Mac - Presiden Mali Amadou Toumani Touré digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
- 14 Mac - Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuat keputusan pertamanya, mendapati Thomas Lubanga bersalah jenayah perang mengerah kanak-kanak.
- 12 Februari - Dalam bola sepak, Piala Negara-Negara Afrika berakhir dengan Zambia menewaskan Côte d'Ivoire.
- 1 Februari - Lebih 70 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan bola sepak di Port Said, Mesir.
- 28 Januari - Siklon Tropika Funso melanda luar pantai Mozambique, membunuh 15 orang di laut dan sekurang-kurangnya 14 yang lain melalui banjir pedalaman.
- 18 Januari - Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi.
- 9 Januari - Presiden Guinea-Bissau Malam Bacai Sanhá meninggal dunia pada usia 64 tahun.
- 1 Januari - Azerbaijan, Guatemala, Maghribi, Pakistan dan Togo menyertai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota sementara.