Portal:Macedonia Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Portal Macedonia Utara

Bendera Macedonia Utara
Bendera Macedonia Utara
Jata negara Macedonia Utara
Jata negara Macedonia Utara
Peta Macedonia Utara dalam Eropah.

Macedonia Utara (Macedonia: Северна Македонија, rumi: Severna Makedonija), secara rasminya Republik Macedonia Utara (Macedonia: Република Северна Македонија, rumi: Republika Severna Makedonija) adalah sebuah negara terletak di Semenanjung Balkan, Eropah Tenggara. Ia merupakan salah satu negara pecahan kepada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang merdeka pada tahun 1991. Antara tempoh ia dimerdekakan 1991 dan Februari 2019, ia dikenali secara rasminya sebagai Republik Macedonia , atau secara pendeknya Macedonia.

Negara ini menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993, namun pertelingkahan nama "Macedonia" dengan negara Yunani (Greece) yang berjiranan menyebabkan ia didaftarkan bawah nama Republik Bekas Yugoslavia Macedonia (The former Yugoslav Republic of Macedonia) Pada Jun 2018, pihak negara tersebut dan Yunani menandatangani Perjanjian Prespa yang mensyaratkan bahawa nama negara tersebut mesti ditukar kepada "Republik Macedonia Utara" erga omnes. Penamaan semula ini dikuatkuasakan pada 12 Februari 2019.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data