Rahmat Ekamatra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rahmat (Ekamatra)
Nama lahirEngku Rahmat bin Engku Ismail
Juga dikenali sebagai
Rahmat Ekamatra
Kelahiran (1968-05-19) 19 Mei 1968 (umur 55)
Kota Tinggi, Johor Johor
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop rock , Balada
PekerjaanPenyanyi & Pemuzik
InstrumenVokal
Tahun aktif1989–sekarang
Syarikat rakaman
1993–2003: EMI
2006: FMC
2011: Sofa Production
Pengkarya berkait
M. Nasir, Ekamatra

Engku Rahmat bin Engku Ismail atau nama pentasnya Rahmat (dilahirkan pada tahun 19 Mei 1968 di Kota Tinggi, Johor) adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit album di Malaysia. Beliau memiliki sebuah syarikat iaitu Rahmat Entertainments.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Rahmat memulakan kerjaya nyanyiannya bersama Kumpulan Ekamatra pada tahun 1988 setelah memenangi pertandingan Juara Rock Johor. Pada waktu itu kumpulan ini dikenali sebagai Diamond Head. Ekamatra telah mengeluarkan album pertama mereka berjudul Satu Tekanan Irama pada tahun 1989. Melalui album ini, Ekamatra menjadi popular melalui lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan.

Pada tahun 1990, Rahmat mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Ekamatra dan menubuhkan kumpulan muzik baru yang diberi nama RAHMAT. Single pertama kumpulan ini berjudul Rajuk, disusuli dengan single kedua berjudul Menanti Kasih Di Hujung Hari. Namun kumpulan Rahmat juga tidak bertahan lama apabila terpaksa dibubarkan selepas album tersebut.

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, Rahmat muncul dengan album solo pertama berjudul Rahmat II. Album ini meletup di pasaran dengan lagu hit Siapa Di Hatimu. Lagu ini juga membawa Rahmat ke peringkat separuh akhir kategori Balada Juara Lagu 1994. Selain itu lagu Hanya Setitik Kasih turut diminati ramai.

Album solo kedua beliau menyusul pada tahun 1996 dengan judul Ku Lepaskan Rindu. Album ini turut mendapat sambutan dan lagu Ku Lepaskan Rindu meneruskan kejayaan beliau.

Album solo ketiga beliau, Hanya Segenggam Setia dihasilkan pada tahun 1997. Lagu Hanya Segenggam Setia menjadi siulan ramai dan meneruskan kesinambungan kejayaan beliau.

Di Sini Kasihku Abadi merupakan judul album solo keempat Rahmat yang masih bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama iaitu EMI. Lagu hit utama dalam album ini ialah Di Sini Kasihku Abadi dan lagu kumpulan Alleycats yang dirakam semula dengan nafas baru, Seribu Bintang.

Pada tahun 2000 juga Rahmat berpeluang menghasilkan album Kau Yang Pertama yang memuatkan lagu-lagu penyanyi popular lain yang diberi nafas baru, antaranya ialah Kucari Damai Di Hati (Gingerbread).

Album solo keenam Rahmat, Kekasihku dihasilkan pada tahun 2002 dan memuatkan lagu utamanya berjudul Kekasihku. Tradisi beliau merakamkan lagu lama diteruskan dan kali ini sebuah lagi lagu popular Alleycats, Sampaikan Salam Cintaku menjadi pilihan beliau.

Pada tahun 2006 Rahmat bernaung di bawah syarikat FMC dan muncul dengan album solo ketujuh berjudul Antologi setelah beberapa tahun menyepikan diri. Album ini memuatkan tiga lagu baru. Rahmat juga turut merakamkan semula tiga buah lagu popularnya ketika bersama Ekamatra iaitu "Pusara Di Lebuhraya", "Sentuhan Kecundanng" dan Hanya Satu Persinggahan dengan nafas baru.

Selepas itu beliau kembali menyepikan diri sehinggalah pada tahun 2011 beliau muncul dengan album mini berbentuk kerohanian berjudul Semarak Cinta Rasulullah. Album terbitan Sofa Production Sdn. Bhd. ini mengandungi lima buah lagu berbahasa Arab yang diadun semula dalam bentuk qasidah. Tanpa publisiti yang meluas album ini berjaya terjual kira-kira 10,000 unit.

Keunikan vokalnya yang lemak merdu menjadikan Rahmat diingati sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre pop rock dan balada. Beliau juga dikenali sebagai seorang artis yang 'low profile' dan bersih dari sebarang gosip-gosip liar.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Ekamatra[sunting | sunting sumber]

Album bersama Rahmat[sunting | sunting sumber]

Album solo[sunting | sunting sumber]

Album mini Kerohanian[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Rahmat Ekamatra & Saleem Iklim (2002)
  • Rahmat No. 1 (2004)
  • Rahmat: The Best of Me (2004)
  • Rahmat & Ekamatra: Memori Hit 1989-1995 (2005)
  • Rahmat & Ekamatra: Lagenda Hit (2010)

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. RAHMAT (Rock)
  2. Penghijrahan Rahmat