Raja Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Seri Sheikh Raja Ashman Shah
Yang Teramat Mulia Raja Kechil Sulung Perak Darul Ridzuan
Raja Dato Seri Ashman Shah.JPG
Raja Kechil Sulung Perak Darul Ridzuan
Kemahkotaan16 Mac 2010 - 30 Mac 2012
Didahului olehRaja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Almarhum Raja Ashman Shah
Diikuti olehRaja Iskandar Dzulkarnain
KeputeraanRaja Ashman Shah ibni Raja Azlan Shah
(1958-12-28)28 Disember 1958
George Town, Pulau Pinang, Malaya
Kemangkatan30 Mac 2012(2012-03-30) (umur 53)
Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemakaman30 March 2012
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganNoraini Jane (k. 1991)
AnakandaRaja Eminah Alliyah
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kechil Sulung Perak)
Raja Bainunisa Safia
Nama penuh
Almarhum Dato' Seri Sheikh Raja Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah
KerabatKesultanan Perak
AyahandaSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
BondaTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
AgamaIslam

Almarhum Dato' Seri Sheikh Raja Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (28 Disember 1958 - 30 Mac 2012) ialah bekas Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan. Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kecil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Raja Datuk Seri Ashman adalah anakanda ketiga baginda sulung dan putera bongsu Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah, Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Eleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Berkahwin[sunting | sunting sumber]

Raja Ashman berkahwin dengan pelakon filem Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane pada 26 September 1991.

Mereka dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri :

  • Raja Eminah Alliyah (lahir pada 17 September 1992)
  • YTM Raja Kechil Sulung, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, (lahir pada 10 Mac 1994)
  • Raja Bainunisa Safia (lahir pada 3 April 1997)[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Ashman Shah mempunyai :

Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang keagamaan, Raja Ashman pernah menuntut ilmu kesufian dengan Sheikh Nazim Al-Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah dan di kurniakan Ijazah dalam pengkhususan (permission of initiating seekers, teaching the masses and channelling divine energy). Beliau juga dilantik sebagai perwakilan utama Gerakan tariqat tersebut di Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raja Ashman Shah mempunyai beberapa peranan utama dalam bidang profesional :

  • Pengarah Eksekutif Syarikat Dreamland Holding dari 1990 hingga 2012.
  • Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Haqqani Malaysia dari 1994 hingga 2012.
  • Pengerusi Syarikat Dwitasik Sdn Bhd dari 1994 hingga 2012.
  • Pengarah Urusan Syarikat KKB Engineering Sdn Bhd dari 1994 hingga 2012.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Mangkat pada 30 Mac 2012 pada jam 1:30 pagi akibat serangan asma. Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (54 tahun) mangkat di kediamannya No. 25, Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menjelaskan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Solat jenazah diadakan di Masjid Ubudiah dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan.[3]

Gelaran dan dihormati[sunting | sunting sumber]

  • 28 Disember 1958 - 11 Mei 1987 : Yang Mulia Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muibbuddin Shah [4]
  • 11 Mei 1987 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muibbuddin Shah
  • 10 Mac 1998 - 16 Mac 2010 : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muibbuddin Shah
  • 16 Mac 2010 - 30 Mac 2012 : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Sulung Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muibbuddin Shah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Royal Ark, Perak, p.16
  2. ^ Blazing trails in halls of Academia
  3. ^ Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma
  4. ^ Raja Ashman Shah's death with decorations details of the members of the Perak succession

Pautan luar[sunting | sunting sumber]