Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak
Raja Kecil Sulong Perak
Pelantikan6 September 2014 - kini
(9 tahun, 7 bulan dan 21 hari)
Didahului olehRaja Ashman Shah
Keputeraan (1994-03-10) 10 Mac 1994 (umur 30)
Hospital Kuala Lumpur, Malaysia
Nama penuh
Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah
KerabatKesultanan Perak
AyahandaRaja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
BondaDato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah[1][2] (diputerakan pada (1994-03-10)10 Mac 1994 di Hospital Kuala Lumpur) merupakan Raja Kecil Sulong Perak. Beliau adalah anakanda kedua dan putera bongsu kepada pasangan Raja Dato' Seri Ashman Shah dan Dato’ Seri Noraini Jane. Beliau ialah salah seorang Raja Bergelar Perak dan waris yang keempat dalam Sistem Hierarki Kesultanan Perak.[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Nazim dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan dan kerabat Diraja Perak serta satu-satunya anak lelaki tunggal Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,[4] anakanda kepada Almarhum Sultan Perak, dan isterinya, Dato’ Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Dari sebelah bapanya, beliau ialah cucu kepada bekas Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dan bekas Raja Permaisuri Perak, Raja Permaisuri Tuanku Bainun. Datuk di sebelah ibu beliau ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin, bekas pengerusi Bank Bumiputera. Beliau mempunyai darah kacukan Melayu dan Australia melalui keturunan di sebelah ibunya.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Adik-beradiknya termasuk Yang Mulia Raja Eminah Alliyah binti Almarhum Raja Ashman Shah yang diputerakan pada 17 September 1992 dan Yang Mulia Raja Bainunnisa Safia binti Almarhum Raja Ashman Shah yang diputerakan pada 3 April 1995.[5]

Raja Ahmad Nazim juga merupakan sepupu kepada Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan Raja Kecil Besar Perak dan Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang kedua-duanya merupakan anakanda kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke-35).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Nazim memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Beliau kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di salah sebuah sekolah menengah yang berprestij di Malaysia, Sekolah Antarabangsa Garden (GIS). Selepas menamatkan A-Level di Kolej Marlborough, Raja Ahmad Nazim melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang tertua dan juga terkenal iaitu, Universiti Cambridge, United Kingdom.[6]

Kerabat dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Berbahagia
Dato' Seri Noraini Jane Binti Tan Sri Kamarul Ariffin
(1959-07-25)25 Julai 1959 Hospital Kuala Lumpur 64 tahun, 9 bulan dan 2 hari
Yang Mulia Raja Eminah Alliyah (1992-09-17)17 September 1992 Kuala Lumpur 31 tahun, 7 bulan dan 10 hari
Yang Mulia Raja Bainunisa Safia (1997-04-03)3 April 1997 Kuala Lumpur 27 tahun dan 24 hari

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Nazim telah dianugerahkan:

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Engku
  • 10 Mac 1994 - 10 Mac 2010: Yang Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Dato' Seri Ashman Shah
  • 10 Mac 2010 - 1 April 2013: Yang Teramat Mulia Raja Dato' Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Dato' Seri Ashman Shah, Raja Kecil Tengah Perak
  • 6 September 2014 - Kini: Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah, Raja Kecil Sulong Perak

Nama penuh berserta gelaran rasmi ialah: Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah, D.K.A. II, S.P.C.M., Raja Kecil Sulong Perak

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PERAK16". royalark.net. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Maharum Bugis Syah (MBS): YTM Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah". tengkusyah.blogspot.com. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Raja Ahmad dilantik Raja Kechil Sulung Perak
  4. ^ "Raja Ashman Anakanda Sultan Perak Mangkat Akibat Asthma". BERNAMA. 30 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 30 Mac 2012. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Alert! - ESET NOD32 Antivirus". perihalnegara.blogspot.com. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "MALAYSIA IN CRISIS: Dinasti Azlan Shah Bahagian Akhir". webcache.googleusercontent.com. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
Yang Teramat Mulia Raja Kechil Sulung Perak Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah
Tarikh keputeraan: 10 Mac 1994
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Pewaris Tahkta Negeri Perak Darul Ridzuan
Kedudukan keempat
16 Mac 2010 - 30 Mac 2012
Pemegang jawatan kini
Heir:
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah
Didahului oleh
tiada
Raja Kechil Sulung Perak
Waris keempat Kesultanan Perak

1 April 2013 - Kini
Pemegang jawatan kini